CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ugut Boikot Fantastic Beasts Kalau Johnny Depp Tak Kembali Sebagai Gellert Grindelwald

12-11-2020 12:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4362| Komen: 19

Description: Beberapa hari lalu, peminat filem Fantastic Beasts dikejutkan dengan pengumuman Johnny Depp dibuang atau dipaksa tidak terbabit dalam naskhah tersebut.
Kredit foto: The Guardian


Beberapa hari lalu, peminat filem Fantastic Beasts dikejutkan dengan pengumuman Johnny Depp dibuang atau dipaksa tidak terbabit dalam naskhah tersebut.

Pengumuman itu disampai Depp sendiri melalui kemas kini di akuan Instagramnya. Aktor itu antaranya mengatakan pihak produksi, Warner Bros meminta dirinya meninggalkan filem tersebut setelah beliau kalah dalam kes saman berkaitan melakukan kekerasan dan memukul bekas isterinya, Amber Heard minggu lalu.


Kredit foto: IG Depp

Sebaik berita tersebut tersebar, peminat filem dan aktor ini terus membuat petisyen mendesak agar Depp dikekalkan dalam naskhah yang terinspirasi dari JK Rowling itu.


Melalui petisyen dibuat dengan judul Warner Bros, Bring Johnny Depp back as Gellert Grindelwald!!!.

Mereka menyasarkan 200,000 tanda tangan dengan kini sudah memiliki lebih 170,000 orang yang menandatangani petisyen tersebut.

Petisyen itu kemudian diletak di laman Change.org dengan alasan pihak produksi tidak berlaku adil terhadap idola mereka.

Para peminat juga dikatakan mengancam akan memboikot filem tersebut jika Depp tidak kembali tampil.

Sementara itu, biarpun kini sudah rasmi tidak akan membawa semula watak Gellert Grindelwald, namun Depp dilaporkan akan tetap menerima bayaran penuh!


Kredit foto: change.org

The Hollywood Reporter mengatakan, satu sumber mendakwa Depp tetap akan menerima gaji atau bayaran penuh dari Warner Bros kerana perjanjian tersebut ada tertakluk di dalam salah satu syarat kontrak yang ditandatangani aktor tersebut.

"Kontrak itu disebut sebagai pay-or-play dan perjanjian itu memang biasanya dilakukan dalam kalangan aktor kelas A seperti Depp," kata sumber tersebut.

Menerusi laporan media antarabangsa, Depp sudah sempat menjalani penggambaran di filem Fantastic Beasts 3 yang berlangsung di London pada 20 September lalu.

Namun kerana kontroversi tersebut, dirinya 'dipecat' sebagai Gellert Grindelwald.

Pihak produksi kini dilaporkan sedang mencari pengganti baharu Depp yang telah terbabit dalam dua siri sebelumnya termasuk Fantastic Beasts and Where to Find Them (2016).


Sumber: Gempak/The Hollywood Reporter
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 12-11-2020 01:12 PM
aku tak tengok aquaman sebab Amber tu la...sebab fitnah Amber habis kerjaya JD...Amber tu betul2 parasit.
Quote Kurex 12-11-2020 01:44 PM
Dengar, kelas A. Bukan macam mira basic, melvins muka tua, intan jalang yg takde gred langsung!!!!
Quote Noraniza_Iblis 12-11-2020 02:25 PM
gigih laa nak boikot2 ..petisyen bagai..
aku kalau cite tu best.. mcm Avengers tu..
aku xkisah  pun..spe pelakon die..asalkan best...
Quote husna_amal 12-11-2020 03:38 PM
Filem Fantastic beast tu bukannya best pun. hambar je tengok dua series movie ni.
Quote SalenaGomez 12-11-2020 07:50 PM
Teringat pakcik deep dlm 21 jump street...helookkk sgt
Quote belilies 13-11-2020 01:01 AM
Rasanya sebab tertangguh, pihak production tanak tanggung rugi kalo delayed. Yg ganti heols pun talented jua. Tapi kan... Instead of boikot FB3 ni, kan lagi bagus boikot Aquaman sampai AH jatuh terduduk menangis di bucu katil. Jari johnny depp sampai putus tau dikerjakan pompuan tu.
Quote belilies 13-11-2020 01:04 AM
Eh... Baru je nampak gosip fans sign petition singkirkan AH dari aquaman.... https://www.facebook.com/74801323026/posts/10157730316658027/
Quote shiraloveyou 13-11-2020 10:01 AM
belilies replied at 13-11-2020 01:04 AM
Eh... Baru je nampak gosip fans sign petition singkirkan AH dari aquaman.... https://www.facebook.co ...

Ade satu petition nak singkir AH dh sampai sejuta yg sign
Quote belilies 13-11-2020 05:47 PM
shiraloveyou replied at 13-11-2020 10:01 AM
Ade satu petition nak singkir AH dh sampai sejuta yg sign

Kannn... Padan muka. Harap2 adalah hasilnya
Quote delia3003 14-11-2020 03:31 AM
Edited by delia3003 at 14-11-2020 03:32 AM
sarah82 replied at 12-11-2020 01:12 PM
aku tak tengok aquaman sebab Amber tu la...sebab fitnah Amber habis kerjaya JD...Amber tu betul2 par ...


Iols tgk kat tv je tapi rengsa betul tgk lakonan Amber yg asyik nak control cantik. Lakonan dia mmg tak nampak bersahaja. Tak dinafikan dia memang lawa, dgn rambut merah lagi ler nampak cantik

Fantastic Beasts tu bagi iols tak best, dah ler heroin muka tua. 1st movie tgk kat tv. 2nd tgk kat panggung sbb tgk trailer nampak menarik, lagipun ada Depp dan Jude Law as Dumbledore, sekali bosan giler, rasa menyesal tgk kat panggung, baik tunggu keluar tv je
Quote sarah82 14-11-2020 08:15 AM
delia3003 replied at 14-11-2020 03:31 AM
Iols tgk kat tv je tapi rengsa betul tgk lakonan Amber yg asyik nak control cantik. Lakonan dia  ...

Tak tgk kedua2..sedangkan iols mmg suka movis comic tau...meluat kat AH tu.
Quote Fafaa 14-11-2020 02:31 PM
delia3003 replied at 14-11-2020 03:31 AM
Iols tgk kat tv je tapi rengsa betul tgk lakonan Amber yg asyik nak control cantik. Lakonan dia  ...

Sangat! FB dedua tak best.. Yg first tu lagi better kot walopun tak syok mana pun.. Second tu hype je lebih sbb ada scene Hogwarts, dgn ada Dumbledore lagi tapi hampehh..  Tp JD dlm tu tak best pun.. I syok lg tgk JD dlm Pirates of the Caribbean.. Mmg Jack Sparrow tu dh jd identiti dia.. Tp kena tendang jugak.. Hollywood ni sangat gender bias, depa ni dok berkempen Metoo Movement, Times Up bagai nak rak, tp case JD takde sorang pon nak backup.. Jijiks!  
Quote annehuda 16-11-2020 12:40 PM
fantastic beast no 2 tu hauk sgt bg aku.  jalan citer ke laut. aku ingatkan aku sorg je ke yg rasa movie tu berserabut rupenye mmg 1 dunia
Quote kukukatablog 17-11-2020 11:47 PM
FB tu aku x tengok yang first terus tengok yang kedua,
mmg x best ler langsung inga kot sbb tak tengok first sbb x best,
kawan aku gigih kata best....
Quote depresio 20-11-2020 02:19 AM
belilies replied at 13-11-2020 01:01 AM
Rasanya sebab tertangguh, pihak production tanak tanggung rugi kalo delayed. Yg ganti heols pun tale ...

Jgnnn kesian jason momoa x bersalahhhh
Quote depresio 20-11-2020 02:30 AM
shiraloveyou replied at 13-11-2020 10:01 AM
Ade satu petition nak singkir AH dh sampai sejuta yg sign

Katanya xboleh sbb contract
Quote belilies 20-11-2020 01:48 PM
depresio replied at 20-11-2020 02:19 AM
Jgnnn kesian jason momoa x bersalahhhh

Mcmtu AH kene keluar dr Aquaman lah. Jason Momoa tu kesian gak sbb sejak heols blakon dlm GOT berapa episod je xde job sgt sampai aquaman ni.
Quote depresio 20-11-2020 07:22 PM
belilies replied at 20-11-2020 01:48 PM
Mcmtu AH kene keluar dr Aquaman lah. Jason Momoa tu kesian gak sbb sejak heols blakon dlm GOT bera ...

Xleh juga dorg kata pasal kontrak..
Quote navyahellin 19-12-2020 01:50 PM
Cara Memasang Podcast Addict Di Laptop, Cara Memasang Podcast Addict Di Mac Dan Cara Memasang Podcast Addict Pada Windows 10.


Podcast Addict Pada Windows 10.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.056328 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top