CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Covid 19 Masih Merebak, Korea Beri Amaran Kemunculan Virus H5N8 Dalam Kawanan Burung

12-11-2020 05:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2304| Komen: 7

Description: Korea Selatan mengeluarkan amaran penularan virus H5N8 selepas mendapati strain selesema burung tersebut didapati berada di dalam sampel dari burung liar di barat tengah negara itu.



Korea Selatan mengeluarkan amaran penularan virus H5N8 selepas mendapati strain selesema burung tersebut didapati berada di dalam sampel dari burung liar di barat tengah negara itu.

Menurut laporan, virus itu dijumpai di dalam sampel yang dikumpulkan dari burung liar minggu lalu di Cheonan-si, Chungcheongnam-do, kira-kira 84km barat daya ibu kota Seoul, kata Kementerian Pertanian dalam satu kenyataan.

Kementerian itu mengatakan kerajaan telah meningkatkan langkah pencegahan untuk mencegah penyebaran selesema burung yang lebih luas dan mengeluarkan amaran kerana terdapat peningkatan risiko virus tersebut untuk tersebar.

“Ini adalah situasi serius di mana bahan pencemar dapat mengalir dari tanah burung yang bermigrasi ke ladang melalui berbagai laluan,” kata Kementerian Pertanian Kim Hyeon-soo dalam sebuah pernyataan,.

Beliau turut mendesak pelaksanaan tindakan kuarantin secara menyeluruh di ladang, seperti pembasmian kuman secara harian di ladang sebelum keadaan menjadi parah.


Sumber: The Straits Times/SiakapKeli


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 12-11-2020 05:30 PM
kadang2 terfikir ada orang jahat sengaja cucuk virus kat burung untuk sebarkan
Quote Artemesiaa 12-11-2020 05:50 PM
Yang dok ada pun tak habis lagi dah datang yang lain pulak.  Katanya kat sana nak kuat kuasa pemakaian pelitup muka untuk semua orang tak pakai kena denda dan jarak pulak kena 1.5 m.  Dah nak masuk winter suhu dah turun 5 ramai kena season flu selalunya time2 macam ni.
Quote mbhcsf 12-11-2020 06:28 PM
Allahu Akbar

ok ini cross species transmission , tak ?

avian flu ? H5N1 kan?
H1N1?


dulu , like weeks ago Japan,now Korea ye.


KKM - please comment
Jabatan Veterinar ? any comments


berita macam ni awat Malaysia nyer agensi berkaitan diammmmmm je
Quote LadyCarefree 13-11-2020 02:25 AM
mbhcsf: Allahu Akbarok ini cross species transmission , tak ?avian flu ? H5N1 kan?H1N1?dulu , like weeks ago Japan,now Korea ye.KKM - please commentJabatan Ve ...



Baru je baca pasal ni:

https://www.straitstimes.com/singapore/health/coronavirus-expert-warns-of-new-variants-if-virus-spreads-to-new-wildlife-hosts

Quote rastaf 13-11-2020 03:13 AM
mbhcsf replied at 12-11-2020 06:28 PM
Allahu Akbar

ok ini cross species transmission , tak ?



H5N8 tu apa simpton dan kesannya? lagi bahaya dari H1N1 ke atau cuma selsema pada burung je


Quote hayrin86 13-11-2020 08:53 AM
Mujur tak layan Kpop. Baik dgr lagu di bawah sebab esok Deepavali..

[youtube]mc6AYDTnRx8[/youtube]
Quote husna_amal 13-11-2020 10:11 AM
Musibah datang bertalu2.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.208734 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top