CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dakwa KP Kesihatan Takut Mati, Dewan Rakyat Kecoh Dengan Kenyataan MP Bintulu

12-11-2020 09:53 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 14257| Komen: 182|Original author: Oleh: natrahn

Description: Kecoh di Dewan Rakyat apabila ahli Parlimen Bintulu dari parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu Dato Seri Tiong King Sing mempersoalkan kredibiliti Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham A ...


Kecoh di Dewan Rakyat apabila ahli Parlimen Bintulu dari parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu Dato Seri Tiong King Sing mempersoalkan kredibiliti Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, Dr Noor Hisham dilihat seolah-olah lepas tangan dan tidak turun padang ketika pandemik Covid-19 melanda negara. 

King Sing menyentuh tentang kes Covid-19 di Sabah yang semakin teruk, namun mempertikaikan mengapa Dr Noor Hisham tidak pernah 'turun padang'.

"KP takut mati?"


Tambahnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai kelemahan dalam menangani pandemik Covid-19 yang dilihat menjejaskan sumber ekonomi rakyat.

"DG hari-hari buat (sidang akhbar) buat apa. Budak pejabat pun boleh baca... kenapa dia tak turun melawat tiap-tiap hospital, hospital sementara, pergi tengok bagi sokongan moral kepada petugas.

"Jangan hanya hantar doktor dan jururawat. Mereka tak takut mati tapi DG takut mati... timbalan DG pun tak pergi. Apa sudah jadi. Tak usahlah hari-hari nak buat publisiti," katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Bagaimanapun MP PN - BN & Duta Khas Perdana Menteri ke China itu enggan menarik balik kata-katanya selepas didesak MP DAP. 

Keceluparan mulut Tiong yang juga Duta Khas Kepada Perdana Menteri ke Republik Rakyat China bertaraf menteri itu mencetuskan kemarahan beberapa Ahli Parlimen yang memintanya menghormati pegawai kerajaan dan tidak mengkritik Noor Hisham.

Suasana dalam Dewan Rakyat akhirnya menjadi semakin tegang apabila wakil-wakil pembangkang Pakatan Harapan meminta Tion King Sing memohon maaf dan menarik balik tuduhan tersebut. 

RSN Rayer (Jelutong) bertindak mencelah kerana tidak berpuas hati. Kenyataan Tiong King Sing mengaitkan Ketua Pengarah Kesihatan adalah kurang beretika sehingga mencetuskan kemarahan dan sensitiviti.

Akhirnya RSN Rayer diarahkan Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk keluar dari dewan kerana keengganan beliau duduk selepas diarahkan berbuat demikian.

Menangani COVID-19 bukan hanya terletak di bahu Pengarah Kesihatan Tan Sri Hisham semata mata, kesedaran kita sebagai rakyat dan juga sikap bertanggungjawab ahli-ahli politik juga memainkan peranan yang penting dalam menangani penularannya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kerabuBiru 11-11-2020 04:48 PM
Orang politik ni mmg org gilaaaa
Quote MissYouSayang 11-11-2020 05:02 PM
Yg xleh blah si arau tu sokong plak apa yg si bintulu tu ckp...
Quote dizekni 11-11-2020 05:02 PM
Memang tak layak jadi MP tambi ni

elok la jadi pengganas LTTE je
Quote dodifarid 11-11-2020 05:09 PM
dizekni replied at 11-11-2020 05:02 PM
Memang tak layak jadi MP tambi ni

elok la jadi pengganas LTTE je

Tapi dalam isu ni dia betul.. Takkan kalau dia buat benda betul pun nak hentam, macam tak matang je cara kau berpolitik
Quote jalfa 11-11-2020 05:26 PM
No i aku sokong lotong.dah knp dg kena sabung nyawa kat sana atas kedegilan korang kesana kesini x jaga sop.
Quote sonatalady 11-11-2020 05:29 PM
Asal kp kena g sana.
Menteri kesihatan kan ada.
Korang ahli politik pn degil kat sana...nak lepas geram kat org lain plak.
Quote I.am.PH 11-11-2020 05:29 PM
Edited by I.am.PH at 11-11-2020 09:33 AM

Tersentuh hati saya apabila YB Pakatan Harapan BANGUN mempertahankan DG kita...

[youtube]Hyn9gNuB1Iw[/youtube]
Quote kelapaparut 11-11-2020 05:40 PM
knp lah nak marah pegawai kjaan tu, marah la menteri kesihatan, sesame dlm pn kan gps ni, kalau salah ape2 politician suke salahkan pegawai kerajaan,
Quote tikusmontok 11-11-2020 06:11 PM
Eh bangang tiong sing..ment kesihatan yg patutnya turun sana..taklak kau kecam
Quote I.am.PH 11-11-2020 06:35 PM
dizekni replied at 11-11-2020 09:02 AM
Memang tak layak jadi MP tambi ni

elok la jadi pengganas LTTE je

Menteri dan 2 Timbalannya WFH...

Update: PKPB sebenarnya TIDAK PERLU dan bermotif POLITIK #45 #49 Pst... ada NAMPAK Menteri Kesihatan, 2 Timbalannya dan Dr J (Penasihat Khas Kesihatan Awam PM kita)? Mereka WORK FROM HOME kah?
https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1220805

Harap maklum...

Quote bangcak 11-11-2020 06:39 PM
dizekni replied at 11-11-2020 05:02 PM
Memang tak layak jadi MP tambi ni

elok la jadi pengganas LTTE je

mp tambi tu marah mp lain kutuk dg hisham. uol seronok ke org kutuk dg hisham??

Quote shi_jewel 11-11-2020 06:43 PM
wahai bintulu...hadam dulu apa itu sop.
dah la kurang cerdik, lepas tu memaki hamun di parlimen. better u resign dari jd yb. tak membantu langsung. tau nak bising tanpa hala tuju je
Quote ResellerMaxis 11-11-2020 06:49 PM
Edited by ResellerMaxis at 11-11-2020 06:50 PM
bangcak replied at 11-11-2020 06:39 PM
mp tambi tu marah mp lain kutuk dg hisham. uol seronok ke org kutuk dg hisham??


Dah kenapa si tambi ni nak menyibuk bila bintulu cakap benda betul? Dg ni memang dah jadi tali barut abah cow je. Data covid pun sorok dari kerajaan negeri n rakyat. Nak tunjuk dekat abah cow n agung je.

Hari ini gi jumpa agong konon keadaan dah xterkawal. Bila agong tolak n wartawan tanya pasal covid. Keadaan terkawal lak. Jangan wat spekulasi katanya.

Macam bangsat je sekor sekor pengikut abah cow ni.
Quote bangcak 11-11-2020 06:58 PM
ResellerMaxis replied at 11-11-2020 06:49 PM
Dah kenapa si tambi ni nak menyibuk bila bintulu cakap benda betul? Dg ni memang dah jadi tali b ...

sbb dg tu penjawat awam je.
sama mcm bang non.
lepas heol tembak bajet 2021 cukup2,
heol tak marah zaprol.

bang non kesian kat zaprol sbb heol 'bukan org politik'

dlm berpolitik, kena la berintegriti.

Quote ResellerMaxis 11-11-2020 07:05 PM
bangcak replied at 11-11-2020 06:58 PM
sbb dg tu penjawat awam je.
sama mcm bang non.
lepas heol tembak bajet 2021 cukup2,

Penjawat awam ni xbelajar ke dari kes 1mdb. Sekarang ni semua penjawat awam gak yang dipersalahkan oleh najib.

Jangan jadi tali barut orang politik.
Quote Atata 11-11-2020 07:14 PM
Yg bintulu tu kenapa mmg sengaja mengundang provokasi
Quote ResellerMaxis 11-11-2020 07:29 PM
Atata replied at 11-11-2020 07:14 PM
Yg bintulu tu kenapa mmg sengaja mengundang provokasi

[twitter]https://twitter.com/501Awani/status/1326474438477426688?s=20[/twitter]

Dah boleh jadi calon  parti bersatu next pru.
Quote dizekni 11-11-2020 09:02 PM
dodifarid replied at 11-11-2020 05:09 PM
Tapi dalam isu ni dia betul.. Takkan kalau dia buat benda betul pun nak hentam, macam tak matang j ...

Populis namanya

you pun tau kan macha
Quote dizekni 11-11-2020 09:03 PM
I.am.PH replied at 11-11-2020 06:35 PM
Menteri dan 2 Timbalannya WFH...

Update: PKPB sebenarnya TIDAK PERLU dan bermotif POLITIK #45 # ...

PH memang sengaja lantik rayer ni jadi monyet kot

kaki kacau

Lihat semua komen(182)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.141027 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top