CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peluru Tembusi Kepala Lepas Minta Putus

11-11-2020 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2348| Komen: 8

Description: Wanita maut ditembak di kepala oleh bekas teman lelakinya yang tidak dapat menerima perpisahan mereka.
Wanita maut ditembak di kepala oleh bekas teman lelakinya yang tidak dapat menerima perpisahan mereka.

Mirror melaporkan, ibu tunggal muda itu sedang memangku bayinya ketika ditembak Alexandre Velozo Soares di Campo Grande, Brazil pada November.



Kredit foto: Newsflash

Hevelyn da Sant'Anna Rosa, 17, memutuskan hubungan mereka pada awal tahun ini kerana tidak tahan menjadi mangsa keganasan suspek.

Menurut bapa mangsa, Helton da Sant'Anna Rosa, Soares sering mengirim pesanan ringkas berbaur ugutan kepada anaknya selepas wanita itu memutuskan hubungan mereka.


Berkata kepada media tempatan, keluarga mangsa takut untuk melaporkan keganasan dan ugutan dilakukan suspek kerana mereka percaya lelaki itu terbabit dengan geng penjenayah.

"Soares datang ke rumah kami menaiki kereta dan menghubungi Hevelyn sebelum memintanya keluar rumah untuk bertemunya.

"Ketika itu dia sedang mendukung cucu lelaki saya.

"Tidak lama kemudian kami mendengar bunyi tembakan sebelum mendapati Hevelyn terbaring di luar rumah," katanya.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bangbot 11-11-2020 02:53 PM
Psycho much
Quote asfaz 11-11-2020 03:22 PM
Gila betol
Quote Kurex 11-11-2020 03:27 PM
Baby tu hidup laki kan?
Quote Artemesiaa 11-11-2020 03:32 PM
Brazil apa yang nak peliknya dah kerap kes macam ni berlaku
Quote husna_amal 11-11-2020 03:32 PM
Umur 17 tahun dah jadi ibu tunggal.
Quote Scheherazade 11-11-2020 07:23 PM
If i can't have you, no one can
Quote minguk 11-11-2020 07:43 PM
jahatnya         
Quote supernaturalee 11-11-2020 10:36 PM
Lawa
Mcm aaliyah

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.049704 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top