CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yuna Habiskan Masa Di Malaysia, Kembali Ke AS Tahun Depan

12-11-2020 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18745| Komen: 135

Description: Penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Yuna terus berada di tanah air sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu dan belum merancang untuk kembali ke Los Angeles.
Penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Yuna terus berada di tanah air sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu dan belum merancang untuk kembali ke Los Angeles. 


Yuna berkata, dia akan kembali ke AS sebaik situasi Covid-19 kembali reda di negara terbabit.

Foto: IG

"Sebenarnya saya sudah berada di sini sejak Mac lalu. Kebetulan saya pulang ke tanah air untuk urusan kerja bersama suami, tapi tak sangka pula tiba-tiba PKP dilaksanakan.

"Namun, saya okey saja kerana sekurang-kurangnya dapat luangkan masa bersama keluarga. Saya mungkin akan kembali ke AS selepas keadaan sudah semakin pulih. Lagipun jumlah kes positif Covid-19 di sana sekarang ini makin meningkat. Tunggulah bila masa betul-betul sesuai. Mungkin tahun depan baru saya ke Los Angeles semula," katanya. 


Menurut Yuna, walaupun aktiviti seninya sedikit terbantut apabila masih berada di sini, namun dia bersyukur dapat menyiapkan beberapa buah lagu.   

"Sekarang ini semua aktiviti seni membabitkan artis di AS dan Malaysia terkesan dengan pandemik ini. Namun, saya bersyukur masih lagi dapat menghasilkan beberapa lagu dan proses rakaman dilakukan di rumah ketika PKP.

"Sepanjang berada di rumah juga saya melakukan perbincangan dengan produser di AS melalui aplikasi mesyuarat maya. Walaupun ada banyak halangan tapi kalau saya berada di sana sekarang ini pun proses terbabit bukan mudah jika melihat keadaan di negara itu berbanding di Malaysia, kita lebih stabil," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imanda 12-11-2020 12:08 PM
xpenah minat dia.
xtau nape.
Quote lattehazelnut 12-11-2020 12:20 PM
Kalau dia gi us suami dia ikut ke?
Quote Normabaru 12-11-2020 12:29 PM
Antara retis badan xmenarik tp dpt laki helok chuolss.. Jeki betul. Hehe
Quote Acikgomen 12-11-2020 12:32 PM
lattehazelnut replied at 12-11-2020 12:20 PM
Kalau dia gi us suami dia ikut ke?

Hal rumahtangga retis, baik chuols dm deyols sendiri utk kepastian
Quote Orix 12-11-2020 01:16 PM
latest lagu melayu sheols apa eh ? Lautan ?
Quote nia_salina 12-11-2020 01:48 PM
dia ni makin pelik pesyen dia. yg vid dia try ckp kedah ke apa tah melekat gila baju nampak bentuk boobies {:cryrun
Quote KucingBiru 12-11-2020 01:53 PM
Normabaru replied at 12-11-2020 12:29 PM
Antara retis badan xmenarik tp dpt laki helok chuolss.. Jeki betul. Hehe

Respect lelaki dalam family sinclair ni. Diorang support and respect career bini. Rasa family sinclair ni really born under very good parent. Nampak they value character dan intelligent rather only outlook layer.

Dulu tak nampak sangat sisi hebat BCL lepas ashraf meninggal baru nampak. Yuna ni pun mcm same case dengan adam tu.
Quote Themilo 12-11-2020 02:12 PM
dah nampak leher pulakkk..

zaman pakai turban dulu, baju turle neck jaa..
Quote YomiuriLandMae 12-11-2020 02:27 PM
makin pelik plak fashion beliau..
Quote apedehal 12-11-2020 02:29 PM
nia_salina replied at 12-11-2020 01:48 PM
dia ni makin pelik pesyen dia. yg vid dia try ckp kedah ke apa tah melekat gila baju nampak bentuk b ...

Bagus pe..menunjukkan dia de bubis..ekeke
Quote Normabaru 12-11-2020 02:44 PM
KucingBiru replied at 12-11-2020 01:53 PM
Respect lelaki dalam family sinclair ni. Diorang support and respect career bini. Rasa family sinc ...

True that dik cing. Dh la jenis laki muka macho hensem wangi. Hehehe
Quote mawar_mustika 12-11-2020 02:45 PM
dulu suke dgn yuna ni...pastu skrg makin xsuke tgk cr die berpakaian...xblh ke pakai elok sket menutup
Quote budakmanentah 12-11-2020 02:50 PM
dia salah sorg yg makin lama makin nampak kepam. padalah dulu cute je
Quote remotechiever 12-11-2020 02:54 PM
nia_salina replied at 12-11-2020 01:48 PM
dia ni makin pelik pesyen dia. yg vid dia try ckp kedah ke apa tah melekat gila baju nampak bentuk b ...

Entah2 actually dia tak pakai tudung kan dkt sana. She has another private account.
Quote adeqbun 12-11-2020 02:56 PM
nia_salina replied at 12-11-2020 01:48 PM
dia ni makin pelik pesyen dia. yg vid dia try ckp kedah ke apa tah melekat gila baju nampak bentuk b ...

So call tdg die tu sgt la yuckkssss...tlg la yuna..jgn memalukan imej hijab itu
Quote electricopop 12-11-2020 02:57 PM
Tu pun kalau boleh balik next year...
Quote MentariSenja 12-11-2020 02:58 PM
Edited by MentariSenja at 12-11-2020 03:00 PM
KucingBiru replied at 12-11-2020 01:53 PM
Respect lelaki dalam family sinclair ni. Diorang support and respect career bini. Rasa family sinc ...


Yes setuju...they value character...sederhana dan nampak genuine.. tak der nak portray aku lah lelaki paling alim ke aper. Aku appreciate org mcm ni. Apalah guna bibir dan jari tak lekang ngan ayat2 suci tapi perbuatan tak selari. Bagi aku, yg jenis holier than thou memang a big NO lah.
Quote LadyCarefree 12-11-2020 02:59 PM
lattehazelnut replied at 12-11-2020 11:20 AM
Kalau dia gi us suami dia ikut ke?

Yup. Suami dia kerja dengan dia.
Quote RumiMenari 12-11-2020 03:01 PM
Buat la lagu melayu..... dh alang2 dok sini

Lihat semua komen(135)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.062972 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top