CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Kutuk, Cemuh Saya" - Sheila Mambo Akui Cuci, Ulang Pakai Mask Untuk Jimat

26-10-2020 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12884| Komen: 68

Description: Sheila Mambo yang pernah menerima rumah Program Perumahan Rakyat mengakui di Instagram bahawa dia tidak terus membuang pelitup muka yang sudah digunakan.
Sheila Mambo yang pernah menerima rumah Program Perumahan Rakyat mengakui di Instagram bahawa dia tidak terus membuang pelitup muka yang sudah digunakan.



Pemilik nama Rusilawati Hasan, 57, itu turut menunjukkan caranya membasuh pelitup berkenaan dengan sabun.

Jelasnya, dia berbuat demikian bukan kerana kedekut, sebaliknya ingin mengurangkan kos perbelanjaan untuk membeli pelitup muka yang perlu diguna pakai setiap kali keluar rumah.

Mengakui perbuatannya itu bertentangan dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sheila bagaimanapun menjelaskan bahawa dia sering menggunakan pelitup muk aberkenaan kurang dari dua jam.



Perkongsiannya itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya.

Dalam masa ramai tidak bersetuju dengan caranya itu, segelintir warga maya mengakui melakukan perkara sama demi menjimatkan kos.


Kredit foto: IG Sheila

Kredit foto: KKM

Mengikut garis panduan ditetapkan KKM, pelitup muka tidak disarankan dipakai melebihi lapan jam dan hanya boleh dipakai sekali sahaja.

Sheila kemudian sekali lagi menjelaskan tujuan perkongsiannya itu menerusi kemas kini di IG. Katanya, dia berbuat demikian bagi menegur sesetengah pihak yang menggunakan pelitup muka tanpa menggantikannya dengan yang baru hingga kelihatan kotor.

Kredit foto: IG Sheila

"Saya nak menegur sesetegah pemakai mask secara terus terang pada orang yang saya tak kenal, takut nanti mengaibkan mereka. Jadi, secara sopan memberi tunjuk ajar lebih baik sebab kita tak tahu kemampuan seseorang. Ada yang paling tak sedap mata memandang, mask mereka kotor sangat, dah tak nampak warna putih," katanya.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 26-10-2020 11:40 AM
Bukan rumah dia besar sampai orang guna buat shooting ke?
Quote misz_sanggul 26-10-2020 11:42 AM
Kurex replied at 26-10-2020 11:40 AM
Bukan rumah dia besar sampai orang guna buat shooting ke?

YESZAA..dedulu asik msk mjlh medie hiburan,urtv ke hai..
umhnye besar gile siap renovate cecantik ade maid lgi..
sll shooting2 kt umh die dpt byk duit katenya jgk..
ttbe dh tua dpt rumah ppr confuse btulla..ms tu die de bela ank angkat kut pompuan comey bdk tu
Quote kikuri 26-10-2020 11:43 AM
nape  tak pakai mask kain kak...? boleh la basuh banyak kali takde masalah...
Quote sharlenetexas 26-10-2020 11:44 AM
Kat mydin tak sampai RM5 sekotak 50 keping.
Quote susukambingbest 26-10-2020 11:56 AM
iol tgh mmikirkan betapa bnyaknya lambakan mask trpakai yg jd sampah. Brtambah2 sampah di muka bumi ni
Quote salmon-suki 26-10-2020 12:04 PM
My mom dlu pun cuci jgk,n bila ai dpt taw mmg ai tegur..rupenye dia xtaw cuma boleh pakai sekali sahaja tu y gigih duk basuh..dah taw ni,dia sendiri plak y oder mask utk dipakai..plus y ai oder htr kt kg,jd byk plak mask kt kg..{:smile

Y sheila mambo ni,mask skrg dah murah sgt,beli je y nonmedical tuh kalau xmampu sgt..xpun pakai y kain walaupun pernah viral y kain xmampu tapis bakteria or virus..tp disposable mask mcm ni tlg lerr jgn nak cuci...xkan lerrrrr keluar rumah hari2?tiap2 masa?
Quote newme11 26-10-2020 12:07 PM
jangan lah sampai cuci berulang kali..

Quote lasagnaklcc 26-10-2020 12:07 PM
Tiba2 teringat zaman sekolah dulu kwn i cite sheila mambo ni mak tiri dia. Maybe dah cerai kot tu dok ppr.
Quote Eliadaisy83 26-10-2020 12:07 PM
Sejak bila pula dia ni duduk kt rumah pprt...overated sgtla cite dia ni..
Quote obria 26-10-2020 12:10 PM
aku ingat lagi dia pernah cerita, rumah dia bagi sewa utk orang shooting...
kenapa duduk PPR pulak
Quote DianaSaksen 26-10-2020 12:12 PM
Teringat telemovie kat astro diva diva pencen akak ni berlakon ngan ogy ahmad daud dan dian p ramlee...tak boleh lupa dialog kak ogy kat dian..'ko bawak kipas kiah' lebih kurang macam tu lah
Quote aemon 26-10-2020 12:12 PM
dalam pada kehidupan kita yang susah,masih ade lg insan yg lg susah dr kita.iols insaf
Quote husna_amal 26-10-2020 12:16 PM
Sebenarnya ok lagi kalau kitar semula sekali dua sebab cuci dengan bersih. Sekurang2nya dapat kurangkan pencemaran sisa pelitup muka ni. Sekadar pendapat peribadi.
Quote sarah82 26-10-2020 12:18 PM
Aku rasa mask skrg murah dah berbanding masa bulan 3 hari tu.
Quote Nana_Man 26-10-2020 12:24 PM
Rajin nya makcik ni. Kalau gitu baik pakai face mask kain. Tu yg patut kene cuci lepas tiap kali pakai.
Quote mawar_mustika 26-10-2020 12:36 PM
teringat ms mule2 pkp bln 3 dlu....mask limited sgt & kalau ade mahal gila...nasib baik kt office kiteorg ade sket stock mask...so boss bg 1pack sorang...i bg sket sorang kt adik bradik i..adik beradik i semua dh kawin..so setiap org i bg 1 je sbb nk jimat..time tu bukan xmampu tp mask limited gila..family sister i  mmg die pakai basuh mask yg i bg tu...serius rs kesian gila...now dh murah..i jadi fobia..so mmg beli byk buat stock..
Quote ikanmasin 26-10-2020 12:45 PM
tp skrg mask dah murah.mampu beli..
Quote biozipstar 26-10-2020 12:49 PM
memang tak boleh kan.... risau juga kes mcm ni nak jimat2 sgt ni..
Quote TomyamPuteh 26-10-2020 12:53 PM
Sheila mambo ni asalnya penyanyi kan? Correct me if I'm wrong

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.060892 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top