CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Segelintir Kecil Je" - Zed Zaidi Percaya Ada Selebriti Terbabit Sindiket Pelacuran Kelas Atasan

19-10-2020 06:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3741| Komen: 7

Description: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam satu kenyataan kepada Harian Metro tidak menolak dakwaan kewujudan selebriti terbabit dalam sindiket pelacuran kelas atasan.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam satu kenyataan kepada Harian Metro tidak menolak dakwaan kewujudan selebriti terbabit dalam sindiket pelacuran kelas atasan.

Zed Zaidi bagaimanapun mendakwa hanya segelintir kecil yang terbabit dan ia disebabkan keinginan mereka untuk meraih kemewahan dengan cara mudah.



Gambar hiasan

"Mereka menggunakan media sosial menunjukkan kemewahan yang tidak setara dengan pendapatan mereka. Ia sekali gus menunjukkan yang mereka mungkin terbabit dengan perkara itu. 

"Apa yang kita bimbangkan adalah hanya disebabkan segelintir selebriti, ia boleh mencemarkan imej industri hiburan tanah air," katanya.

Zed juga tidak menafikan kemungkinan pembabitan mereka disebabkan peluang pekerjaan terhad dan krisis pandemik Covid-19.

"Seniman sebenarnya boleh bekerjasama dengan agensi kerajaan yang terbabit bagi menyediakan garis panduan terhadap perkara ini. Namun, jika kita lihat dengan kes yang berlaku sekarang, perkara ini perlu diserahkan kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi terbabit untuk urusan lanjut," ujarnya.



Kredit foto: Berita Harian

Tambah Zed, Seniman juga mempertimbangkan untuk menyenarai hitamkan selebiriti yang didapati bersalah.
Selain pelacuran, persatuan itu tegas membanteras isu membabitkan pengubahan wang haram, rasuah, jenayah dan lain-lain kesalahan jenayah berat membabitkan selebriti tanah air. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote barfi 19-10-2020 06:36 PM
Cakap pasal pelacuran kelas atasan ni.. baru jek semalam aku tengok movie Africa di netflix pasal sindiket pelacuran. Tajuk oluture. Wartawan tu undercover jadi pelacur. Dan ada parti tertutup melibatkan politician. Selamba je politician tu semua buat seks dengan pelacur. Padahal kat luar politician tu semua muka baik2, buat kerja amal. Org respect.

Sampai aku tertanya adakah politician di Malaysia ni pun macam tu. Disturbing gila cerita tu tapi aku suka tengok cerita berat sarat macam ni.. walau beberapa hari nak hilangkan trauma huhu
Quote mikasa 19-10-2020 06:38 PM
Industri hiburan kecik je di malaysia..kalau ada kena ...silap2 yang kena banned pecah rahsia lagi besar. Elok presiden ckp kita tunggu kenyataan rasmi dari pihak berkuasa sebelum bagi komen ada segelintir je
Quote matbad 19-10-2020 06:46 PM
nak jugak komenn. Kwan2 dia la yg kalau becuti bawak escort girl sana sini. Sapa yg hidup dipust peranginan, kja kat hotel 5stars tau la retis mana yg slalu buat kja mcm ni hihi
Quote Tinot7 19-10-2020 07:49 PM
matbad: nak jugak komenn. Kwan2 dia la yg kalau becuti bawak escort girl sana sini. Sapa yg hidup dipust peranginan, kja kat hotel 5stars tau la retis mana yg ...


Siapa? Siapa?
Quote cikkilata 19-10-2020 11:27 PM
matbad: nak jugak komenn. Kwan2 dia la yg kalau becuti bawak escort girl sana sini. Sapa yg hidup dipust peranginan, kja kat hotel 5stars tau la retis mana yg ...


Share le... nak tahu gak... {:smile
Quote husna_amal 20-10-2020 09:35 AM
Bukan takat artis je bbnu insta famous pun terlibat.
Quote Harley_Quinn 20-10-2020 10:43 AM
Dan2 dia slhkan pandemik plk. Rsa nya isu pelacuran klas atasan golongan arits ni, dah lma wujud.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.051126 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top