Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam satu kenyataan kepada Harian Metro tidak menolak dakwaan kewujudan selebriti terbabit dalam sindiket pelacuran kelas atasan.
Zed Zaidi bagaimanapun mendakwa hanya segelintir kecil yang terbabit dan ia disebabkan keinginan mereka untuk meraih kemewahan dengan cara mudah.
Gambar hiasan
"Mereka menggunakan media sosial menunjukkan kemewahan yang tidak setara dengan pendapatan mereka. Ia sekali gus menunjukkan yang mereka mungkin terbabit dengan perkara itu.
"Apa yang kita bimbangkan adalah hanya disebabkan segelintir selebriti, ia boleh mencemarkan imej industri hiburan tanah air," katanya.
Zed juga tidak menafikan kemungkinan pembabitan mereka disebabkan peluang pekerjaan terhad dan krisis pandemik Covid-19.
"Seniman sebenarnya boleh bekerjasama dengan agensi kerajaan yang terbabit bagi menyediakan garis panduan terhadap perkara ini. Namun, jika kita lihat dengan kes yang berlaku sekarang, perkara ini perlu diserahkan kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi terbabit untuk urusan lanjut," ujarnya.
Kredit foto: Berita Harian
Tambah Zed, Seniman juga mempertimbangkan untuk menyenarai hitamkan selebiriti yang didapati bersalah.
Selain pelacuran, persatuan itu tegas membanteras isu membabitkan pengubahan wang haram, rasuah, jenayah dan lain-lain kesalahan jenayah berat membabitkan selebriti tanah air. - CARI |