CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita 'Overdose' Ubat Tekanan Pukul Kepala Anak Dengan Tukul Sampai Maut

19-10-2020 07:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2688| Komen: 8

Description: Wanita kritikal akibat cuba membunuh diri selepas memukul anaknya dengan penukul hingga maut.
Wanita kritikal akibat cuba membunuh diri selepas memukul anaknya dengan penukul hingga maut.

Mirror melaporkan, kejadian berlaku di rumah mereka di Kirovgrad, Rusia pada Jumaat lalu.




Natalia Petunina, 35, dilaporkan memukul Lisa, 3, berulang kali di kepala menggunakan penukul selepas terlebih dos ubat anti tekanan (anti-depressant).

Kanak-kanak itu ditemui bapanya yang baru pulang dari tempat kerja untuk makan tengah hari beberapa minit selepas kejadian sebelum menghubungi ambulans.

Bagaimanapun, paramedik yang tiba mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum melaporkan kematiannya kepada polis.

Jurucakap polis Valeriy Gorelykh berkata kepada media, selepas menyedari perbuatannya, Natalia cuba membunuh diri di tempat kejadian sebelum suaminya pulang ke rumah.

Berikutan kejadian, satu siasatan jenayah berhubung pembunuhan itu dilancarkan dan wanita terbabit berdepan hukuman penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.




Pasukan penyiasat tidak menolak kemungkinan Natalia mengambil ubatan lain selain ubat anti tekanan itu menyebabkan dia terlebih dos.

Sementara itu, keluarga Natalia mengesahkan wanita itu mengalami kemurungan dan sering berasa takut serta mengambil pil anti tekanan.

"Apabila dia melihat ambulans atau kereta polis, dia akan mula panik kerana merasakan seperti mereka sedang mengejarnya," kata ibu Natalia, Valentina.

Malah, wanita itu dikatakan seorang ibu yang baik dan tidak pernah menyentuh alkohol.


Kredit foto: Mirror/Roksana Panashchuk

Seorang rakannya berkata, setiap kali mereka bertemu, Natalia selalu ceria dan dia sangat menyayangi anak perempuannya.

"Kanak-kanak itu selalu berpakaian kemas dan cantik," katanya. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 19-10-2020 08:07 PM
Depression.. Jadi x boleh nak hencap.
Quote Burong_Hantuk 19-10-2020 08:47 PM
Chumill anaknya.. takziah
Quote Tinot7 19-10-2020 09:11 PM
Takziah kpd keluarga
Quote husna_amal 20-10-2020 09:41 AM
Kesiannya sampai otak jadi tak betul. Padahal dia sayang kat anak tu.
Quote mamajawie 20-10-2020 09:55 AM
Ya Allah, ank dia comel sgt kot..hmmmmmm..
Quote Hizert 20-10-2020 10:13 AM
Depress memang takleh buat ape. Seeloknya hantar nursery je anak tu.
Quote matbad 20-10-2020 11:18 AM
Bahaya sgt la depression ni
Quote Artemesiaa 20-10-2020 12:06 PM
Ramai yang suka ambil mudah bab ni tapi inilah jadinya bertindak luar kawalan akibatnya

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.290124 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top