CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kalau Mati di Angkasa, Adakah Mayat Akan Mereput Atau Jadi Mumia?

16-10-2020 12:40 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6049| Komen: 19

Description: Bercerita soal kematian, pasti ramai yang kurang senang dan merasa takut kerana mati itu menyakitkan dan suatu perpisahan abadi dari alam nyata.



Bercerita soal kematian, pasti ramai yang kurang senang dan merasa takut kerana mati itu menyakitkan dan suatu perpisahan abadi dari alam nyata. Namun suka atau tidak kematian itu pasti tiba kepada kita semua yang bergelar makhluk bernyawa. Hanya waktu dan tempat saja yang kita tidak akan tahu bilakah ajal itu akan datang menjemput kita.

Topik kali ini agak menarik kerana kita bukan saja nak bercerita tentang kematian tapi kita akan belajar secara saintifik tentang bagaimana jika angkasawan mati di angkasa? Apa yang akan berlaku kepada mayat mereka? Jom kita baca artikel yang sangat menarik dipetik dari ajar.com.my yang akan menjawab persoalan ini.


Apa beza keadaan di angkasa dan di Bumi?



Sebelum itu, mari kita terokai dulu perbezaan antara angkasa dan muka bumi kita.

Tarikan Graviti

Angkasa ini cukup berbeza dengan Bumi. Di ruang angkasa, tarikan graviti adalah sangat kecil dibandingkan dengan keadaan di Bumi. Graviti datang daripada jisim yang ada. Bumi mempunyai jisim yang besar, maka tarikan gravitinya sangat kuat berbanding dengan kawasan di angkasa yang jauh daripada sebarang jisim seperti bintang dan planet.

Atmosfera

Kemudian, di Bumi ini dilitupi oleh atmosfera yang terdiri daripada 78 peratus nitrogen, 21 peratus oksigen dan baki gas-gas lain. Gas-gas ini diperlukan oleh manusia untuk bernafas dengan sempurna. Berbeza dengan alam semesta yang hampir vakum iaitu hampir tiada gas di dalamnya. Namun di sesetengah kawasan di alam semesta, terdapat debuan gas yang biasanya terdiri daripada gas hidrogen dan oksigen.

Suhu

Suhu juga berbeza. Suhu di permukaan Bumi adalah sekitar 15 darjah Celcius. Di kawasan berdekatan khatulistiwa, suhunya lebih tinggi iaitu sekitar 25 darjah Celcius. Ada juga kawasan di Bumi dengan suhu melebihi 35 darjah Celcius dan adaa yang di bawah takat beku. Suhu di Bumi ini sesuai untuk kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Di angkasa pula, suhunya jauh berbeza. Suhu purata angkasa adalah sekitar 3 Kelvin, iaitu -270 darjah Celcius! Suhu ini sangat-sangat rendah dibandingkan dengan Bumi.

Tekanan

Oleh sebab Bumi kita ini mempunyai atmosfera, maka ia juga mempunyai tekanan yang dihasilkan oleh atmosfera ini. Secara purata, atmosfera Bumi adalah sekitar 101 kilo Pascal. Tekanan ini cukup untuk kewujudan air dalam bentuk cecair pada suhu purata Bumi. Di angkasa pula, disebabkan ia adalah ruang hampir vakuum, maka tekanannya sangatlah rendah dibandingkan dengan tekanan di Bumi.

Sinaran berbahaya

Di Bumi, kita ada lapisan-lapisan atmosfera yang melitupinya. Atmosfera ini bukan sahaja memberikan udara, oksigen dan tekanan untuk kita hidup, ia juga menjadi pelindung daripada sinaran-sinaran berbahaya seperti sinaran ultraungu daripada Matahari, sinar-X, sinar gama dan sinar kosmik daripada angkasa. Di angkasa, sinar-sinar berbahaya ini dapat bergerak bebas tanpa sebarang halangan.


Apakah perlindungan yang ada bagi angkasawan?


Jadi kita sudah lihat perbezaan antara keadaan di angkasa lepas dan keadaan di Bumi. Seterusnya kita ingin tahu pula apa yang akan terjadi jika kita berada di angkasa lepas?

Perlindungan Sut Angkasawan

Semua angkasawan yang berlepas ke angkasa, akan dilengkapi dengan sut angkasawan. Sut-sut ini ada berbagai jenis tetapi kesemuanya mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk menyediakan perlindungan buat angkasawan-angkasawan daripada bahaya angkasa lepas. Sut-sut ini bukan hanya dilengkapi dengan tangki oksigen, ia juga mempunyai tekanan yang sesuai dengan manusia dan juga lapisan-lapisan sut ini melindungi angkasawan daripada sinaran berbahaya di angkasa.

Perlindungan stesen angkasa

Sut angkasawan membolehkan angkasawan bergerak bebas di angkasaraya. Namun bekalan oksigen yang ada di dalam sut ini adalah terhad. Oleh itu, biasanya angkasawan akan berada di dalam stesen angkasa yang dilengkapi dengan segala jenis perlindungan. Stesen angkasa ini mempunyai semua perlindungan yang ada pada sut angkasawan, dan dilengkapi juga dengan tandas, makanan dan minuman. Oleh itu, biasanya angkasawan akan berada di dalam stesen ini sepanjang keberadaan mereka di angkasa.


Apa yang akan berlaku kepada badan kita di angkasa jika tiada perlindungan langsung?




Kita berbalik semula kepada persoalan asal. Cuma sebelum itu, kita lihat dahulu apa yang akan berlaku jika kita masih hidup, tetapi berada di angkasa dalam keadaan tanpa sebarang perlindungan.

Sinaran Berbahaya menghancurkan DNA

Tanpa apa-apa sut yang melindungi badan kita, kita akan terdedah kepada sinaran-sinaran berbahaya seperti sinaran kosmik dan sinar gama. Sinaran berbahaya ini akan merosakkan DNA-DNA dan membakar sel-sel badan jika terdedah kepada kuantiti yang banyak seperti dedahan terus Matahari.

Suhu badan akan menurun

Kemudian, suhu yang sangat rendah (-270 darjah Celcius) akan menurunkan suhu badan kita perlahan-lahan. Namun, suhu yang sejuk ini bukan musuh utama kita.

Tiada oksigen untuk organ berfungsi

Kebanyakan organ dalaman kita berfungsi apabila cukup bekalan oksigen dalam darah kita. Oksigen-oksigen ini diperoleh melalui pernafasan kita. Tanpa udara dan oksigen untuk bernafas, kita akan kehilangan bekalan oksigen untuk organ-organ dalaman kita berfungsi. Kita mampu sedar sekitar 15 saat selepas ketiadaan oksigen dan seterusnya akan pengsan (blackout). Beberapa minit kemudian, semua organ dalaman akan mati, dan kita juga akan mati.

Tekanan rendah merosakkan paru-paru

Tekanan yang rendah di angkasa, akan menyebabkan gas-gas dalam paru-paru kita mengembang. Jika kita menahan nafas di angkasa, gas-gas ini akan mengembang dan boleh merosakkan paru-paru kita. Paru-paru kita boleh meletup jika gas-gas ini tidak dibebaskan ke luar. Jadi, sebaiknya kita kosongkan paru-paru kita secepat mungkin

Air dalam badan akan menyejat

Di bumi, air dapat wujud dalam bentuk cecair kerana tekanan yang tinggi oleh atmosfera. Apabila tiada tekanan yang mencukupi di angkasa, air akan mula menyejat dalam badan kita. Ini akan menyebabkan kulit-kulit kita membengkak. Namun kulit kita cukup kuat untuk mengelakkan daripada meletup. Jika kita sempat masuk semula ke tempat yang mempunyai tekanan yang mencukupi, kita akan beransur pulih seperti sediakala.


Apa yang akan berlaku kepada mayat di angkasa?




Kita sudah lihat jika kita terlepas ke angkasa, kita akan mempunyai beberapa saat untuk menyelamatkan diri. Bagaimana pula jika seseorang angkasawan mati di angkasa? Apa yang akan berlaku kepada jasad angkasawan tersebut?

Sebenarnya, tidak banyak perubahan yang akan berlaku. Di Bumi, bakteria-bakteria dalam badan kita akan makan sel-sel badan kita yang telah mati. Bakteria-bakteria dalam tanah juga akan menghancurkan badan kita. Namun di angkasa, bakteria-bakteria ini tidak dapat hidup kerana keadaan yang kurang sesuai. Mereka juga akan mati seperti kita. Jadi, di angkasa, proses pereputan itu tidak berlaku dengan cepat seperti di Bumi. Malah, kita akan seolah-olah di’mumia’kan jika mayat kita berada di angkasa. Badan kita tidak berubah. Barangkali, alien yang akan menjumpai jasad kita suatu hari nanti atau mungkin juga generasi manusia akan datang nanti, berjaya memperoleh mayat kita dan memberikan pengebumian yang sempurna.


Sumber : www.wired.com 


Semoga semua persoalan tentang kematian di angkasa sudah terjawab. Ya lah selalu tengok filem sains fiksyen, bila angkasawan mati diluar kapal angkasa je dalam beberapa saat mayat tu akan membeku tetapi tidak pula terus mereput hingga tinggal tulang. Bayangkan kuatnya tekanan udara dan perbezaan suhu ketara kat atas sana tu kan. - CARI 


3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 16-10-2020 12:54 AM
Masuk je perkataan alien tu, terus aku hmmmm je
Quote rocksteady 16-10-2020 01:29 AM
Kurex replied at 16-10-2020 12:54 AM
Masuk je perkataan alien tu, terus aku hmmmm je



tu belum lagi mayat dijumpai polis angkasa guardians of the galaxy atau pun thanos?


Quote 234126 16-10-2020 06:05 AM
Siapa tengok  movie gravity  sandra bullock, tahu dah jawapan dia.
Quote najib888 16-10-2020 07:06 AM
Tambah kerja Gaban, polis angkasa utk CSI punca mayat dibuang..
Quote misuke 16-10-2020 08:14 AM
nice info... pernah terpikir jugak ni
Quote epuepy 16-10-2020 09:04 AM
So mayat akan terapung2 je la dgn suit angkasa? X reput smpi la kena hit ngn meteor or asteroid bru berkecai?

Oh. Freak way to die
Quote mdhelmi 16-10-2020 09:16 AM
mayat kat angkasa tu nanti ultraman akan bawa balik buat action figure susun kat rak
kan diorg selalu ulang alik bumi
Quote Yuna_Ling 16-10-2020 10:00 AM
rocksteady replied at 16-10-2020 01:29 AM
tu belum lagi mayat dijumpai polis angkasa guardians of the galaxy atau pun thanos?

Soalan yg baik, tetapi di forum yg salah . Ini wajib tanya NASA.HEHE
Quote husna_amal 16-10-2020 10:17 AM
seronok baca artikel ni
Quote mamajawie 16-10-2020 10:25 AM
alien????????hmmmmmmmm, propanyehhhh
Quote CiliPadiSedap 16-10-2020 10:59 AM
walaupun mati di angkasa tetap di bangkitkan di padang mahsyar .  
Quote ninjago 16-10-2020 03:42 PM
234126 replied at 16-10-2020 05:05 AM
Siapa tengok  movie gravity  sandra bullock, tahu dah jawapan dia.

sedih gila movie tu.. pastu cam rasa duk dalam vacuum pun ada tgk
Quote ninjago 16-10-2020 03:42 PM
pernah ke ada angkasawan yg mati kat angkasa?

Quote HYSB 16-10-2020 07:47 PM
Haah i pun selalu tertanye ape jadi nasib tt buka benang pasal ni..good info
Quote 234126 16-10-2020 09:45 PM
ninjago replied at 16-10-2020 03:42 PM
sedih gila movie tu.. pastu cam rasa duk dalam vacuum pun ada tgk

Seram tgk terapung2 dlm sebesar2 space yg gelap tu. Feeling yang memang confirm takda harapan dah.
Quote MsPercy 17-10-2020 01:15 AM
Xnk la baca. Baca tajuk je pon tros imagine kat angkasa. 0% to be alive
Better cecah tanah je la.
Quote nanayaya 17-10-2020 11:42 AM
nk kebumi dkt mana yer..terfikir jugak
Quote Scheherazade 24-10-2020 08:18 AM
Mksdnya jasad tu kekal as it is la kan? Klu di'mumia'kan tu ada beza gak sbb x sama dgn as it is dah
Quote mawar_pink 16-11-2020 02:06 PM
maksudnya terapung mcm tu jela kat angkasa..kalo sut tu rosak nnt hancurla jasad tu kan...pernah ke angkawan yg meninggal kat angkasa sana?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.075137 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top