CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ucapan Menyentuh Hati Perdana Menteri Australia Buat Warganegara Beragama Islam Sempena Ramadan

27-4-2020 02:30 PM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 4834| Komen: 20|Original author: Straya

Description: Kredit foto: Al-Mesbar CenterKalau sebut Australia, kebanyakan masyarakat kita akan membayangkan negara orang putih yang penuh sifat perkauman dan membenci bangsa lain khususnya orang Asia dan mereka ...

Kredit foto: Al-Mesbar Center

Kalau sebut Australia, kebanyakan masyarakat kita akan membayangkan negara orang putih yang penuh sifat perkauman dan membenci bangsa lain khususnya orang Asia dan mereka yang beragama Islam. Baru-baru ini, ada kejadian serangan kepada dua pelajar perempuan berketurunan Cina dan juga serangan-serangan terpencil kepada umat Islam, yang menguatkan lagi tanggapan ini. 

Ramadhan baru bermula dan kaum muslimin di Australia seramai 604,200 orang (sumber daripada 2016 Australian Census) atau 2.6% daripada jumlah populasi, tidak ketinggalan dalam melakukan ibadah puasa. Perdana Menteri Australia, Scott Morrison turut membuat video ucapan kepada semua warganegara beragama Islam yang menyentuh hati. 


Di dalam ucapannya, Scott Morrison mengatakan Ramadhan adalah masa untuk muslim beribadat dan berpuasa tetapi tahun ini, ia disambut berbeza iaitu di rumah kerana situasi wabak Covid-19 yang tengah melanda seluruh dunia. 



Ucapan Scott Morrison Sempena Ramadhan. Video kredit: Facebook Halal Advisor Australia


Scott Morrison berkata bahawa dia turut berharap masjid dapat dibuka ketika bulan mulia ini. Beliau berjanji satu hari nanti, rumah ibadah akan dibuka semula dan semua lapisan masyarakat dapat kembali menyambut hari perayaan mereka. Bagaimananapun, semua orang harus memainkan peranan dalam mengatasi Covid-19 tanpa mengira kaum dan agama. 

"Saya berharap muslim di Australia akan mendapat kekuatan daripada kepercayaan mereka, keluarga dan masyarakat keseluruhannya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua muslim di seluruh Australia kerana menunjukkan contoh dan teladan yang baik di dalam komuniti", kata beliau lagi.

Saya harap anda akan bersabar di waktu yang mencabar ini. Bersama-sama kita berdoa dan menyokong antara satu sama lain untuk mengatasi krisis ini. Ramadhan Kareem," akhiri Scott Morrison dalam ucapannya.

Sementara itu, salah satu rangkaian pasaraya terbesar di Australia, Coles turut membuat dekorasi sempena menyambut Ramadhan dan menjual kurma untuk umat Islam berbuka puasa.


Kredit: Facebook Australian Halal Food Guide


Situasi ini sedikit sebanyak melegakan umat Islam yang merupakan minoriti di bumi Australia. Walaupun sesekali, ada berlaku serangan bersifat perkauman oleh warga tempatan tetapi masih ramai yang baik hati dan bersikap terbuka kepada orang luar. Harap warga Malaysia yang berpuasa di Australia dapat menjalankan ibadah dengan tenang dan kita sama-sama bersabar dalam menghadapi wabak Covid-19 pada tahun ini.- CARI 
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Akumagoukioni 27-4-2020 02:39 PM
Kami Rohingya di Malaysia di anaktirikan oleh saudara islam malaysia.
Quote Skuau 27-4-2020 02:42 PM
Akumagoukioni replied at 27-4-2020 02:39 PM
Kami Rohingya di Malaysia di anaktirikan oleh saudara islam malaysia.

bg kami Selayang.
Quote famri7 27-4-2020 02:45 PM
Isle di meleisia pula berperangai seperti love
hate mureka.
Quote Akumagoukioni 27-4-2020 02:54 PM
Skuau replied at 27-4-2020 02:42 PM
bg kami Selayang.

Tiada apa yang menarik di selayang untuk anda cuba dapatkan
Quote aint 27-4-2020 03:37 PM
Bangsa Rohingya... sila belayar ke Australia...

di Australia, tanah luas utk penempatan baru
Quote sarah82 27-4-2020 04:13 PM
Kat malaysia.. Org Melayu islam tolong rohingya 30 tahun terus terpadam kebaikan org Melayu islam malaysia pernah buat tu sebab org islam minta jangan ikut sangat permintaan hamjadh rohingya.. Hebat kan..
Quote Supersirap 27-4-2020 05:01 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote Tinot7 27-4-2020 06:29 PM

pindah je la ke Ozzie... tanah luas tu.. @Akumagoukioni

Sila lihat minit 1:00

[youtube]WULhkipzltU[/youtube]
Quote dizekni 27-4-2020 09:21 PM
Australia lebih suka muslim

berbanding geng wuhan
Quote Sham143 28-4-2020 05:57 AM
Edited by Sham143 at 28-4-2020 06:16 AM
Akumagoukioni: Kami Rohingya di Malaysia di anaktirikan oleh saudara islam malaysia.
Pembetulan...Kami tk menganak tirikan Rohingya di Malaysia..  Rohingya adalah saudara islam kami.. Atas dasar kemaknusiaan lah kami menerima rohingya dinegara kami.. tapi rohingya diibaratkan kacang lupakan kulit.. Yg membuat kami marah kerana rohingya meminta persamaan hak seperti rakyat Malaysia.. Dh lah ramai rakyat malaysia yg susah skrg ni..Selain drp tu Rohingya juga byk membuat masaalah sosial di Malaysia skrg ni sprt Gengstarism, penyeludupan, dadah dn sebagainya.. Tengok la apa yg dh terjadi di Cox Bazar, Bangladesh skrg. Isu2 sprt Gengsterism. Penyeludupan dadah, perdagangan manusia, pelacuran dan bermacam2 masaalah lagi yg dilakukan oleh orang Rohingya..
Quote acik79 28-4-2020 07:20 AM
Sham143 replied at 28-4-2020 05:57 AM
Pembetulan...Kami tk menganak tirikan Rohingya di Malaysia..  Rohingya adalah saudara islam kami..  ...

Aku sokong... kita bg betis dia nak paha....
Quote acik79 28-4-2020 07:25 AM
Tinot7 replied at 27-4-2020 06:29 PM
pindah je la ke Ozzie... tanah luas tu.. @Akumagoukioni

Sila lihat minit 1:00

Betul tu... banyak lagi tempat kosong kat sana.... petani2 (ladang anggur) kat sana kaya raya tapi tak kawin... siap ada rancangan tv sana utk petani ni cari jodoh... aku duk sana dulu duk ikut rancangan tv ni hihi
Quote Tinot7 28-4-2020 07:54 AM
acik79 replied at 28-4-2020 07:25 AM
Betul tu... banyak lagi tempat kosong kat sana.... petani2 (ladang anggur) kat sana kaya raya tapi ...

Ehh.. boleh la hantar depa ke sana.. hik hik
Quote cmf_BeachBoys 28-4-2020 12:36 PM
Orang kulit putih di Australia bukannya penduduk asal Australia pun. Mereka adalah penjajah yang merampas tanah pribumi Australia.

Britain yang menjajah Australia telah membunuh ratusan ribu pribumi Australia dan menjadikan Australia sebagai tempat pembuangan para penjenayah dari Britain.
Quote liton 28-4-2020 01:15 PM
PM Canada pun ada buat ucapan ramadhan. Baguslah, tak menganggap rakyat berlainan agama & warna kulit sbg pendatang.

[youtube]rrzJQMo6QQ4[/youtube]
Quote Gincubiru 28-4-2020 01:28 PM
acik79 replied at 28-4-2020 07:20 AM
Aku sokong... kita bg betis dia nak paha....

Ntahnya , kalau sedar diri , kita okey je , tapi kalau perangai tak semengah duduk negara mana pun orang tak suka ...
Quote che-cikL 28-4-2020 08:12 PM
Saya tak setuju ayat pertama dlm artikel ni:

"Kalau sebut Australia, kebanyakan masyarakat kita akan membayangkan negara orang putih yang penuh sifat perkauman dan membenci bangsa lain khususnya orang Asia dan mereka yang beragama Islam"

Australia is not associated sebagai Negara yg bersifat perkauman. Malah terkenal sebagai livable and friendly country.
Quote guesswho09 28-4-2020 08:52 PM
Trump ada tak buat ucapan
sempena ramadhan?
Quote karipap_sadin 28-4-2020 09:04 PM
Akumagoukioni replied at 27-4-2020 02:39 PM
Kami Rohingya di Malaysia di anaktirikan oleh saudara islam malaysia.

dah perangai x sedar diri of course lah kena kecam & sila berambus. Bangla mmg dh bg pulau khas kan. duduk je situ

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.050920 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top