CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muslim Sri Lanka Marah Kerajaan Wajibkan Pembakaran Mayat Covid-19

14-4-2020 10:32 AM| Diterbitkan: ctcheery| Dilihat: 2052| Komen: 2|Original author: Oleh: Ct Cheery

Description: Di Malaysia, terdapat garis panduan dan tatacara pengurusan jenazah yang perlu diikuti mereka beragama Islam.

Di Malaysia, terdapat garis panduan dan tatacara pengurusan jenazah yang perlu diikuti mereka beragama Islam. 


Walaupun negara kini berdepan pandemik COVID-19, namun garis panduan yang disediakan lebih awal secara tidak langsung telah melancarkan urusan negara. 



Foto: Al Jazeera


Berbeza dengan apa yang berlaku di Sri Lanka apabila Kementerian Kesihatan Sri Lanka pada selasa lalu mengeluarkan garis panduan dengan menegaskan prosedur standard pelupusan mayat pesakit COVID-19 perlu dibakar.  


Ianya bertentangan dengan garis panduan terdahulu yang membenarkan pengebumian Muslim traditional.


"Mayat yang disyaki meninggal dunia akibat COVID-19 akan dibakar," kata Menteri Kesihatan Pavithra Wanniarachchi.




Tindakan Kerajaan Sri Lanka itu telah membangkitkan kemarahan golongan Muslim yang merupakan minoriti di negara tersebut. Mereka mendakwa kerajaan tidak berperikemanusiaan kerana mengabaikan tradisi keagamaan dan keinginan keluarga pesakit itu sendiri.



Foto: Al Jazeera


Menurut Al Jazeera, tiga daripada tujuh yang telah meninggal dunia akibat penyakit pandemik COVID-19 di negara itu adalah beragama Islam. Mayat mereka dibakar pihak berkuasa walaupun mendapat tentangan ahli keluarga mangsa.


Fayaz Joonus, 46, anak lelaki kepada salah seorang mangsa COVID-19 berkata, bapanya yang mengalami masalah buah pinggang, disahkan positif COVID-19 pada 1 April dan meninggal dunia pada hari sama. Dia dibakar pada keesokan harinya.


"Jenazah ayah saya dibawa menggunakan kenderaan di bawah pengawasan pasukan polis sebelum dibakar. Kami hanya membaca beberapa doa di luar rumah mayat.


"Kerajaan perlu mengeluarkan satu aturan pengurusan jenazah untuk umat Islam di negara ini. Pembakaran bukanlah satu-satunya pilihan. Kami mahu mengebumikan orang tersayang sesuai dengan pengebumian Islam," katanya kepada Al Jazeera.


Amnesty International juga menyeru pihak kerajaan untuk menghormati hak minoriti agama untuk melaksanakan pengebumian mengikut tradisi mereka sendiri.


"Pada waktu yang sukar ini, pihak kerajaan perlu bersama komuniti dan tidak sepatutnya memburukan lagi perpecahan di antara mereka," kata Biraj Patnaik, Pengarah Asia Selatan di Amnesty International.


Setakat ini, lebih dari 200 orang telah menjalani pemeriksaan dan disahkan positif COVID-19 di Sri Lanka di mana Perintah berkurung di seluruh dunia telah dilaksanakan. - CARI


Bagus
4

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • hongkee1195

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 14-4-2020 10:54 AM
sri  lanka dan isu politik yg tak sudah sudah dengan isu isu yg menyentuh sentimen dua kelompok penduduk ni.
Quote GigaMom 14-4-2020 04:59 PM
Begitulah penduduk islam di negara minoriti

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.048372 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top