CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemuliaan Hati Pemandu e-Hailing

9-4-2020 11:00 AM| Diterbitkan: azliadlan| Dilihat: 2905| Komen: 13|Original author: Oleh: Ceteria Hukama


Kredit foto: Malay Mail

Biarpun masih bergelut mencari rezeki setelah kehilangan pekerjaan tetap, ia tidak menjadi penghalang buat seorang bekas wartawan untuk membantu insan yang lebih memerlukan.

Menurut Malay Mail, Mohamad Tarmize Mohd Nor yang juga bekas Penolong Ketua Biro Kosmo! Perak berjaya mengumpul derma RM500 untuk disumbangkan kepada sebuah keluarga di Taman Pengkalan Baru, Ipoh, Perak yang berada dalam kesempitan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Beliau yang kini menjadi pemandu e-hailing setelah kehilangan pekerjaan akibat penutupan syarikat pada Oktober tahun lalu memberitahu telah dihubungi Vanaja Suppiah, 56, bagi mendapatkan perkhidmatannya, baru-baru ini.

"Vanaja meminta saya menghantarnya ke kedai pajak gadai bagi menggadaikan sebahagian barangan kemas yang merupakan hantaran perkahwinannya untuk membiayai kehidupan sepanjang tempoh PKP ini.

"Dia merupakan antara pelanggan tetap yang menggunakan perkhidmatan e-hailing saya terutama untuk menghantar suaminya yang mengalami masalah kesihatan bagi mendapatkan rawatan di hospital," katanya kepada Malay Mail.

Mohamad Tarmize berkata, permintaan Vanaja itu bagaimanapun tidak dapat dipenuhi kerana semua kedai pajak gadai kini tidak beroperasi ekoran pelaksanaan PKP sejak 18 Mac lalu.

Ujar beliau, kegagalan untuk menggadaikan barangan kemasnya membuat Vanaja yang tidak memiliki pekerjaan selepas diberhentikan kerja sebagai tukang cuci di sebuah restoran pada tiga bulan lalu muram kerana sudah keputusan sumber untuk meneruskan kehidupan sekeluarga,


Loading FB Post...

"Saya yang bersimpati dengan nasibnya telah berkongsi kisah keluarga Vanaja di laman Facebook peribadi sebelum rakan-rakan wartawan saya di Kuala Lumpur tergerak hati menghulurkan sumbangan.

"Wang terkumpul RM500 daripada sumbangan itu diserahkan kepada Vanaja dan diharap ia dapat sedikit sebanyak meringankan beban keluarga tersebut," katanya.

Vanaja yang ditemui Malay Mail memanjat kesyukuran dan berterima kasih atas kemuliaan hati Mohamad Termizi.

Dia yang menerima bantuan bulanan RM350 sebulan daripada Jabatan Kebajikan mengakui selain barangan kemas hantaran perkahwinan, simpanannya kini kontang kerana perlu membiayai perubatan suaminya setiap bulan.

"Hanya tuhan yang mampu membalas budi baik Mohamad Termizi. Sebelum ini, dia juga sanggup memberi perkhidmatan untuk menghantar suami saya yang berkerusi roda ke hospital. Tiada ramai pemandu e-hailing yang sanggup melakukannya," katanya. - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 9-4-2020 11:40 AM
semoga amalan baik ni diikuti ramai
Quote MissyMolly 9-4-2020 12:03 PM
bagusnya nak korbankan emas demi kelangsungan hidup...takde meminta-minta
Quote awenda507 9-4-2020 12:49 PM
Semoga murah rezeki kedua2nya
Quote krustykrab 9-4-2020 12:52 PM
MissyMolly replied at 9-4-2020 12:03 PM
bagusnya nak korbankan emas demi kelangsungan hidup...takde meminta-minta

Semoga yg minta voucher tesco, aeon etc tu insofff
Quote djzara81 9-4-2020 01:11 PM
Sayunya. Semoga rezeki brader tu bertmbh & kehidupan keluarga Vanajah tu dipermudahkan
Quote shernazz 9-4-2020 01:41 PM
Kalau keluar berita .cm ni in shaa allah ada yang akan membantu...
Quote Artemesiaa 9-4-2020 03:00 PM
Syabas buat yang membantu moga sama2 dimurahkan rezeki
Quote MissyMolly 9-4-2020 03:02 PM
krustykrab replied at 9-4-2020 12:52 PM
Semoga yg minta voucher tesco, aeon etc tu insofff

...sekali di shuh shuh kan saja oleh cikgu
Quote DandelionW 9-4-2020 04:07 PM
Org mcm ni patut ditolong.....dah sehabis daya cuba hidup baru minta bantuan......ramai yg msh tak segan wpun barang kemas di badan byk,duit simpanan di bank/asb byk tp asal tau je ada bantuan perlu isi dia la yg isi dulu....alasannya,rugi la org beri barang free kita tak ambil.....org lain pun ambil free,kita pun mesti mau....
Quote mamasaffiya 9-4-2020 04:10 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan mereka berdua.
Quote LadyCarefree 9-4-2020 05:44 PM
DandelionW: Org mcm ni patut ditolong.....dah sehabis daya cuba hidup baru minta bantuan......ramai yg msh tak segan wpun barang kemas di badan byk,duit simpanan  ...



Betul. Dahlah hitam
Quote Sham143 9-4-2020 09:18 PM
Alhamdulillah.. Syabas saudara. Sebagai seorang mukmin saya berasa bangga.. Inilah akhlak seorang mukmin yg sejati bantu orang tk kira bangsa dan agama.. Semoga menjadi contoh dn tauladan kepada mukmin2 yg lain..
Quote Konahhh 10-4-2020 01:35 AM
Selalunya orang susah yg lagi faham kesusahan orang lain.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-12-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.212818 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top