CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Manis Bersemut! Emma Maembong Belajar Memasak Untuk Suami

11-3-2020 10:08 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 19597| Komen: 106|Original author: Oleh: Straya

Description: Pelakon cantik, Emma Maembong baru saja mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari selepas pertemuan singkat dua bulan lalu.


Kredit foto: OhBulan!

Pelakon cantik, Emma Maembong baru saja mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari selepas pertemuan singkat dua bulan lalu. 

Ketika ditanya media selepas majlis persandingan bertemakan 'A Night of Stars' di Bora Ombak Putrajaya, Emma mengucapkan syukur kepada Allah kerana mengurniakannya seorang suami penyayang dan memahami diri serta kerjayanya sebagai selebriti. 


Menurut laporan OhBulan!, Emma juga mengaku tidak pandai memasak, namun akan cuba terbaik demi suami tercinta.

"Saya tengah belajar memasak lagi, semua orang tahu saya tak pandai masak. Jadi, saya cuba jadi yang terbaik buat suami saya. InshaAllah, saya akan cuba," katanya.

Baru 2 minggu merasai kemanisan berumah tangga, Muhammad Shazli turut mengulas mengenai kebaikan berkahwin muda dan memuji masakan isterinya yang turut berminat untuk belajar memasak. 


Mengikut RotiKaya, Muhammad Shazli berkata, banyak perbezaan Emma dari sudut positif.


"Dari kurang memasak, dia dah mula belajar memasak. Memang sedap. Pengalaman saya pertama kali kahwin, ada isteri kemudian isteri pula masak. Feel itu lain, saya sarankan anak muda kahwin cepat," ujarnya.


Image result for emma maembong berdoa di mekah
Kredit foto: RotiKaya

Selepas terpalit berbagai kontroversi, Emma Maembong membuat keputusan menunaikan umrah dengan ayah dan kakaknya sempena ulang tahun kelahirannya pada 27 Mac, tahun lepas. 


Katanya, ketika di Mekah, dia berdoa agar bertemu jodoh yang baik. 


"Saya terkejut lagi, saya pun tak sangka yang saya ada suami, jadi isteri. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Dia seorang yang memahami. Antara ramai kenal, dia lain dari yang lain. Saya berdoa dulu di Mekah, Allah jodohkan saya dengan dia. Dia hadiah untuk saya daripada Allah," katanya dipetik RotiKaya.


Siapa sangka, doa Emma Maembong dimakbulkan Allah setahun selepas dia menunaikan umrah. Bahagia sungguh nampaknya Emma Maembong apabila bertemu jodoh dengan orang yang disayangi. 


Diharapkan perkahwinan pasangan sama cantik dan sama padan ini kekal hingga ke akhir hayat. - CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gorjeous 11-3-2020 10:10 AM
Alhamdullilah...syukur
Quote hasniey 11-3-2020 10:14 AM
Mmg kenal 2 bln yerus kawen ke?cepat jgk buat prsiapan kawen ekk
Org biasa brbulan nk fitting bju,tmpah pelamin,setel kursus kawen,etc
Quote LadyCarefree 11-3-2020 10:14 AM
Semua suami pon tuhan bagi.
Lelaki melayooo kahwin mmang sbab utama nk ada maid dan whore peribadi eh?
Quote virgo19 11-3-2020 10:15 AM
Bukan isteri je kena pandai masak, suami pun kena pandai ok.. namanya pun hidup bersama, semua benda kenala buat sama2, banyakkan tolak ansur.
Quote DahliaTulip 11-3-2020 10:19 AM
kene same2..jgn harap isteri je.
Quote KIM.K 11-3-2020 10:23 AM
Goodluck emma perjalanan masih panjang
just iols tertnya2 kenapa emma nampak cam preggy dalam satu persalinan songket
Quote rospinki 11-3-2020 10:27 AM
KIM.K replied at 11-3-2020 10:23 AM
Goodluck emma perjalanan masih panjang
just iols tertnya2 kenapa emma nampak cam preggy dalam satu  ...

nanti persiapkan kalkulator electronic,.manual, alat kira kedai cina tu apa nama? susah susah kt fon pun ada kalkulator. hahaha

tang mana gmbr baju songket tu kim?
Quote CinnamonR 11-3-2020 10:34 AM
Laki die pon muke mcm abg n adik dia ye
Quote KIM.K 11-3-2020 10:34 AM
rospinki replied at 11-3-2020 10:27 AM
nanti persiapkan kalkulator electronic,.manual, alat kira kedai cina tu apa nama? susah susah kt f ...

abacus?   untuk apa sis, kira jarak perjalanan ke. Iols mesti taktangkap perumpamaan kalkulator ni

Iols perasan heshe mesti lindung perut dalam semua gambar baju songket ni. Maaflah iols wondering[ig]https://www.instagram.com/p/B9a1gHyp-5v/?igshid=cadd1t8wqg9x[/ig]

Quote sunshinelady 11-3-2020 10:36 AM
virgo19 replied at 11-3-2020 10:15 AM
Bukan isteri je kena pandai masak, suami pun kena pandai ok.. namanya pun hidup bersama, semua benda ...

kan? suami isteri semua kena sama2 belajar buat kerja rumah sama2. dah hidup sama2, sedap sama2, susah pun sama2. yg beza if kerja berat memerlukan muscles ni better la lelaki sebab lelaki ada muscles lebih. and sapa ada kelebihan ajar pada yg kurang, yg kurang tu belajar from yg lebih tu.
Quote kucingitam 11-3-2020 10:37 AM
asal baru kahwin je, bini sibuk nak belajar masak, masak untuk suami..
typical malay lah sangat..lelaki asal kawin je bini kena masak.

mcm pompuan ni kejanya duduk kat dapur aje lah kan..
Quote Boomibulat 11-3-2020 10:40 AM
Edited by Boomibulat at 11-3-2020 10:42 AM
rospinki replied at 11-3-2020 10:27 AM
nanti persiapkan kalkulator electronic,.manual, alat kira kedai cina tu apa nama? susah susah kt f ..

sempoa..





Quote KIM.K 11-3-2020 10:43 AM
sunshinelady replied at 11-3-2020 10:36 AM
kan? suami isteri semua kena sama2 belajar buat kerja rumah sama2. dah hidup sama2, sedap sama2, s ...

Bak kata che ta, dia tak lompat longkang. Petua orang tua2 kata pompuan takleh keje berat even lompat longkang. As perumpamaan sahaja keje berat tu part suami




Quote dua_chzy 11-3-2020 10:49 AM
Cantik betul Emma pakai baju pwincess.
Quote adelea 11-3-2020 10:49 AM
hasniey replied at 11-3-2020 10:14 AM
Mmg kenal 2 bln yerus kawen ke?cepat jgk buat prsiapan kawen ekk
Org biasa brbulan nk fitting bju,t ...

bak kata adik ipar aku
klu niat yg baik allah mmg mudahkan
tak hairan iols dia kawen secepat ini
dan di mudahkan
Quote OsHiN_hOnEy 11-3-2020 11:00 AM
atleast tak perlu tutup lampu
unlike kalo jadian dgn zizang dulu
c
Quote mizruncing 11-3-2020 11:04 AM
KIM.K replied at 11-3-2020 10:34 AM
abacus?   untuk apa sis, kira jarak perjalanan ke. Iols mesti taktangkap perumpamaan kalkulat ...

kahkah dasatnya uols speku. if benar maybe made in japan sbb pre wedding byk buat kt sana kan. dlm video tu blm pape pn dh berpeluk nk cium bagai. ke bilik asing2 kat sana
Quote mizruncing 11-3-2020 11:05 AM
adelea replied at 11-3-2020 10:49 AM
bak kata adik ipar aku
klu niat yg baik allah mmg mudahkan
tak hairan iols dia kawen secepat in ...

yela laki pn duit byk. sangkut paut kerabat jgk. anak dato, keje pilot lg. nak pikir ape. klu meols pn takkan ku lepas
Quote sukacactus 11-3-2020 11:18 AM
Ok la...tp jangan harap isteri je buat keje
Mcm aku pagi td, turun2 tangga je npk laki aku tgh mop lantai...syukur sgt dapat laki xberkira kederat
Sama2 kita usaha semoga aman bahagia

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.059079 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top