CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Anak Kapal Terbunuh Perbuatan Paranormal? Ini Kisah Kapal Berhantu SS Ourang Medan

12-3-2020 10:18 AM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 4424| Komen: 7|Original author: Oleh: PDOT777

Description: Pernahkan anda mendengar tentang misteri kapal SS Ourang Medan? Tak dapat dipastikan sama ada pada tahun 1940, 1947 atau 1948, tetapi kapal ini diceritakan telah karam pada salah satu tahun ini.

Kredit foto: hystoricmysteries.com

Pernahkan anda mendengar tentang misteri kapal SS Ourang Medan? Tak dapat dipastikan sama ada pada tahun 1940, 1947 atau 1948, tetapi kapal ini diceritakan telah karam pada salah satu tahun ini. 

Ada beberapa versi cerita misteri menyelubungi kapal ini dan salah satu versi akan kita tengok di bawah.

Dilaporkan Vincent Hayes Gaddis, seorang penulis paranormal yang mencipta frasa Bermuda Triangle pada 1948, ada dua kapal laut milik Amerika Syarikat yang sedang berlayar di Selat Melaka bernama City Of Baltimore dan Silver Star

Diceritakan, bahawa mereka mendapat pesanan SOS yang menakutkan dalam bentuk kod Morse.

Kod Morse berserta padanan abjad dan nombor
Kredit foto: thetreelines.wordpress.com

Pesanan ini berbunyi:

"Semua pegawai termasuk Kapten sudah mati, terbaring di bilik carta dan anjung. Berkemungkinan semua kru sudah mati."


Pesanan kedua pula berbunyi, 

"Saya mati."

Dua kapal ini mengambil keputusan untuk membantu SS Ourang Medan setelah mengetahui lokasinya. Kapal Silver Star yang sampai dahulu mengarahkan anak kapal menaiki SS Ourang Medan untuk menyiasat apa yang terjadi.

Difahamkan, semua anak kapal di SS Ourang Medan telah meninggal dunia. Mengerikan apabila tubuh anak-anak kapal ini sangat keras, dan raut wajah seperti terkejut kerana melihat sesuatu, mulut ternganga dan mata terbeliak.


Antara gambaran mayat anak kapal yang ditemui
Kredit foto: thehorrormoviesblog.com

Kapal Silver Star mengambil keputusan untuk menunda SS Ourang Medan ke pelabuhan berhampiran. Malangnya, api yang besar timbul dari kargo nombor 4 di kapal SS Ourang Medan menyebabkan anak kapal Silver Star terpaksa memotong tali tunda. Kapal itu tiba-tiba meletup dan tenggelam ke dasar laut.


Gambaran Kapal SS Ourang Medan Yang Meletup
Kredit foto: All It Took Was Common Sense To Solve These Famous Unsolved Mysteries, rebelcircus.com

Kisah ini diceritakan anak kapal Silver Star, disiasat oleh Merchant Marine Council dan dilaporkan US Coast Guard Report pada 1952.

Ada satu teori yang logik. Seorang ahli sejarawan, Roy Bainton gagal untuk mengesan rekod pendaftaran kapal misteri ini di Belanda, Singapura, Malaysia ataupun Indonesia. Mujur seorang professor Jerman, Theodor Siersdorfer memberi maklumat penting kepada Roy. 

Didedahkan, kapal SS Ourang Medan menyeludup bahan kimia potassium cyanide dan juga nitroglycerin yang banyak digunakan sebagai senjata semasa Perang Dunia Kedua. 

Air laut yang masin menghakis kargo yang menyimpan dua bahan ini, menyebabkannya bocor dan terdedah kepada anak kapal, sekaligus membunuh mereka.

Dikatakan, tentera Jepun akan menggunakan dua bahan ini dalam eksperimen kejam yang dijalankan oleh unit 731. 


Eksperimen kejam oleh unit 731
Kredit foto: 35 rare images of the infamous Japanese experiment unit 731 in China, china-underground.com

Apa yang membuatkan misteri kapal SS Ourang Medan ini lagi menarik adalah apabila nama kapal ini disebut dalam satu surat yang ditulis oleh C.H Marck, pembantu kepada Pengarah CIA pada masa itu.

Surat ini telah didedahkan sendiri oleh CIA, namun nama kepada siapa surat ini dikirimkan telah dipadam. Pada surat bertarikh 5 Disember 1959 itu, Marck menerangkan apa yang terjadi kepada kru dan kapal SS Ourang Medan. 

Terdapat satu lagi pernyataan dalam surat ini iaitu:

"Saya percaya tragedi mempunyai jawapan kepada beberapa kemalangan udara dan misteri dasar laut yang belum terungkai"

Adakah kapal SS Ourang Medan telah diserang sesuatu yang paranormal? Kenapa pembantu kepada Pengarah CIA berminat tentang kisah kapal ini dan siapakah penerima surat yang cuba dihantar oleh C.H Marck?  

Ramai yang masih ragu-ragu dengan kisah kapal ini. Adakah kapal SS Ourang Medan betul-betul wujud? - CARI
2

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 12-3-2020 12:55 PM
Wow ada kaitan dengan perkara mistik ke ni.
Quote CatMiow 12-3-2020 02:58 PM
Malaysia dah wujud ke 1948?
Quote Artemesiaa 12-3-2020 05:02 PM
Ada kebocoran gas yang membahayakan mungkin penyebab utama kejadian
Quote salmon-suki 14-3-2020 11:56 PM
Nak tahu lebih lanjut psl eksperimen 731 japan tu..that seems interesting
Quote PDOT777 15-3-2020 12:01 AM
salmon-suki replied at 14-3-2020 03:56 PM
Nak tahu lebih lanjut psl eksperimen 731 japan tu..that seems interesting

nanti ada rezeki saya akan post ya boss
Quote dani-rox 15-3-2020 10:22 PM
bukan kisah Ourang Medan nih fiksyen ka?

https://skeptics.stackexchange.c ... an-ghost-ship-exist
Quote PDOT777 15-3-2020 10:46 PM
dani-rox replied at 15-3-2020 02:22 PM
bukan kisah Ourang Medan nih fiksyen ka?

https://skeptics.stackexchange.com/questions/20263/did- ...

banyak yg kata ceritanya fiksyen...tpi banyak gak yg tak nafikan kapal ni wujud, walaupun rekod kapal ni tak pernah ada

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.051776 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top