CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elak Dijangkiti Koronavirus, Wanita Beli Makanan Guna Kereta Kawalan Jauh

11-2-2020 05:59 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4484| Komen: 11|Original author: Oleh: LilRose

Description: Tular sebuah video menunjukkan seorang wanita menggunakan kereta kawalan jauh untuk membeli makanan di wilayah Shandong bagi melindungi dirinya daripada wabak koronavirus.
Tular sebuah video menunjukkan seorang wanita menggunakan kereta kawalan jauh untuk membeli makanan di wilayah Shandong, China bagi melindungi dirinya daripada wabak koronavirus.


Kredit foto: YouTube SCMP

Menurut laporan Newsflare yang dipetik New York Post, Chen Tao tidak perlu keluar rumah, sebaliknya hanya perlu memanfaatkan kereta kawalan jauh lengkap dengan dua kamera untuk membeli makanan 400 meter dari apartmentnya.


Kredit foto: YouTube SCMP

Kata Chen, kenderaan itu mampu bergerak sejauh hampir satu kilometer, memudahkan dia membeli makanan tanpa perlu keluar dari rumahnya.


Tambahnya, dia turut menyertakan nombor telefon pada kotak pengangkut makanan bagi memudahkan urusan jual beli dengan kedai berkenaan.


Kredit foto: YouTube SCMP

Rakaman itu tular selepas wilayah berkenaan menggesa beberapa syarikat untuk menghentikan segala aktiviti sehingga 10 Februari bagi mencegah penyebaran koronavirus. - CARI


3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gummiebear 11-2-2020 06:17 PM
Nasib baik sheols berpikiran jauh. Menarik pulak nampak rcc tu
Quote Boomibulat 11-2-2020 06:41 PM
Jgn RC dikebas budak2 di tengah jalan dah la..
Quote jazaa100 11-2-2020 06:47 PM
Nak selongkar kotak kotak dlm stor cari keta remote control anaj aku......
Quote sarah82 11-2-2020 07:16 PM
Bagus juga.. Tapi kalau aku buat mcm ni.. Harus makcik garang marah aku balik
Quote dudaberhias 11-2-2020 07:18 PM
sarah82 replied at 11-2-2020 07:16 PM
Bagus juga.. Tapi kalau aku buat mcm ni.. Harus makcik garang marah aku balik

Bukan la, kalau uolsss buat macamni di Malaysia harus kereta itu hilang sejurus ianya melepasi pagar rumah hahahahaha
Quote insulin 11-2-2020 07:20 PM
Entah2 kereta rc ni pula yang bawa balik virus...
Quote sarah82 11-2-2020 07:21 PM
dudaberhias replied at 11-2-2020 07:18 PM
Bukan la, kalau uolsss buat macamni di Malaysia harus kereta itu hilang sejurus ianya melepasi pag ...

Hahaha.. Yg tu x bimbang sbb budak2 tak ada kat kwsn ni.. Tapi takut kena marah dgn makcik garang ..makcik tu baik sebenarnya tapi garang bila dia kalut layan pelanggan.
Quote Ladybird910 11-2-2020 07:49 PM
Diorg xde grab dgn food panda ke...sini ade pandamart dan grab delivery..kehkeh
Quote sharlenetexas 11-2-2020 08:28 PM
Ladybird910 replied at 11-2-2020 07:49 PM
Diorg xde grab dgn food panda ke...sini ade pandamart dan grab delivery..kehkeh

Tak beroperasi kot?
Quote Knowlee 11-2-2020 08:40 PM
Sgt kreatif. Senang kerja
Quote husna_amal 12-2-2020 09:40 AM
ok lah memanfaatkan teknologi yang ada.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.051514 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top