CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Geng Basikal Lajak Dicekup, Menangis Naik Van Jenazah

11-2-2020 12:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6398| Komen: 48

Description: Frustrated hearse driver lectures 'basikal lajak' boys next to empty coffin February 10, 2020 @ 7:10pm JevgdFXUyl4 KLANG: Mohd Hirwan Aiyub was looking forward to a relaxing late night drink but ...
Sudah pelbagai cara digunakan bagi memberi kesedaran kepada geng basikal lajak, namun semuanya tidak memberi kesan.


Foto: FB Wan Cai

Namun, siapa sangka kanak-kanak yang sering dianggap degil dan suka menipu ibu bapa demi menyertai aktiviti basikal lajak mengongoi menangis diangkut masuk ke dalam van jenazah selepas dicekup sekumpulan lelaki.


Loading FB Post...


Menurut perkongsian Wan Cai di Facebook, dia dan rakan-rakan sedang minum Restoran Al-Shariff Teluk Pulai, Klang apabila beberapa kumpulan basikal lajak berlumba di hadapan mereka.

Geram melihat telatah mereka yang begitu teruja terjerit-jerit ketika berlumba, muncul idea untuk memberi kesedaran kepada kanak-kanak itu.


Loading FB Post...

Malah, dalam sebuah video yang dimuat naiknya menunjukkan budak lelaki menangis mengakui kesalahannya ketika ditegur mengenai aktiviti berbahaya itu.

"Saya tidak berhasrat untuk mencampuri urusan orang lain, tetapi mencegah itu lebih baik.

"Kita sudah punya sejarah kematian beramai-ramai melibatkan budak basikal lajak dilanggar kenderaan yang dipandu dalam keadaan mabuk.

"Andai berlaku kejadian yang tidak diingini ketika itu, sesal sudah tidak lagi berguna.

"Pantau anak anda sebaik mungkin. Jika tidak, kematian akan menghampiri," ujarnya. - CARI


Loading FB Post...
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • rosasen

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CatMiow 10-2-2020 08:22 PM
Sebaiknya jangan la aku kau,  aku kau kat budak2.... Guna la pkck, abang dan awak.

Dah tu budak2 ni pun pandai guna ayat quran bagai.  Jangan tipu pula,  ada jenazah kat dalam keranda, tak elok juga..

Tapi bagus juga guna teknik ni,  biar budak2 faham kesan basikal lajak, kalau tak,  tak faham.
Quote diggerr 10-2-2020 11:39 PM
Quote awanearisu 10-2-2020 11:44 PM
Harap ibu bapa masing-masing turut sekali menonton video ini. Kalau ada yang kenal, tolong sampai-sampaikan video ini kepada keluarga mereka.
Quote dudaberhias 10-2-2020 11:53 PM
bagus tujuan dia... cuma kena cakap sopan2 sikit dan lembut sikit kalau boleh... unless bebudak tu tak faham bahasa terus lempang je
Quote dudaberhias 10-2-2020 11:55 PM
tapi satu benda yang iols rasa tak best muka budak2 tu di viralkan... harap2 tak mengganggu mental mereka atau kehidupan mereka satu hari nanti...

cara nak nasihat tu betul dah dan savage... bawak masuk van jenazah letak dalam tu terus...
Quote JunkMail 11-2-2020 12:34 AM
Ahhh banyak pulak korang punya songeh... Jgn cakap kasar la.jgn cakap aku kau laa..jgn tunjuk muka laa..budak2 lajak ni takyah nak berlembut sangat. Hati kering kan masing2 nya dok merempit tgh malam kol 2-3 pagi...eleh baru dok sebelah keranda dah nangisssss....kalau aku, aku sepak je sekor2. Ingatkan telur besar dah, berani keluar tgh malam kan..rupanya takut hantu jugak.
Quote ninja boy 11-2-2020 12:47 AM
Tgk ic rumah mana, pergi rumah budak kasi lempang mak bapak
Quote pyropura 11-2-2020 01:26 AM
Kalau mampos kena langgau tu boleh merebak jadi isu perkauman, dan surely ended up DAPig as main culprit
Quote Bumbu 11-2-2020 07:37 AM
Mak bapak budak2 ni tak risau ke anak masi kecik dah pndai balik subuh.... Apesal la tak bw p balai. Biar mak pak bdk2 ni ada akal.
Quote tokchik 11-2-2020 08:42 AM
Mana peranan mak bapak?
Dibiarkan aja Ank2 merayau Mlm2.
Bila jd hal.. Mak bapak mula mending jri salah n orng
Quote Sambalberapi 11-2-2020 09:26 AM
JunkMail replied at 11-2-2020 12:34 AM
Ahhh banyak pulak korang punya songeh... Jgn cakap kasar la.jgn cakap aku kau laa..jgn tunjuk muka l ...

Sokong. Elok masukkan jgk dlm keranda tu dalam 20 minit. Baru ada akal
Quote arasham 11-2-2020 09:36 AM
Bumbu replied at 11-2-2020 07:37 AM
Mak bapak budak2 ni tak risau ke anak masi kecik dah pndai balik subuh.... Apesal la tak bw p balai. ...

Kan ada yg ckp depa tipy mak pak depa kata ada event. Walhal nak pi melajak. Mamat tu ckp kalau kau mati maati kena kubur sorang tak denya kwn kau nak teman. So pehal iku ckp kawan kau” yg Saya fahamlah
Quote roti_banjir 11-2-2020 09:38 AM
aku memang tak paham mcm mana ada mak bapak yg boleh bagi anak2 keluar pi kedai kol 11 mlm.....

jgn plak ada yg back up mak bapak kata anak2 keluar mak bapak tak tau.... klu dah keluar dari kol 10-11 mlm spi kol 3 pagi masih tak balik, mcm mana mak bapak boleh tak perasan??????

klu pukul 3 pagi masih kat atas jalan dok melajak ngan kengkawan, kol baper bebudak nih balik umah?

jgn nti ada plak mak bapak yg tak terima anak2 derang kena tarbiah sentap mcm nih, pastuh nak saman plak org yg tolong bagi nasihat kat anak derang…..
Quote roti_banjir 11-2-2020 09:39 AM
tokchik replied at 11-2-2020 08:42 AM
Mana peranan mak bapak?
Dibiarkan aja Ank2 merayau Mlm2.
Bila jd hal.. Mak bapak mula mending jri ...

klu anak kena langgar, semua akn salahkan driver yg melanggar..... bwk kete laju lar, mabuk lar, ngantuk lar....

tapi takder plak yg nak salahkan bebudak dan mak bapak derang yg bagi anak keluar umah memalam dan tak amik berat perihal anak2 sendiri...
Quote tikusmontok 11-2-2020 09:41 AM
pyropura replied at 11-2-2020 01:26 AM
Kalau mampos kena langgau tu boleh merebak jadi isu perkauman, dan surely ended up DAPig as main cul ...

Dapig mabok elok digelek jer ngan van tu
Quote MissLana 11-2-2020 09:44 AM
Sambalberapi replied at 11-2-2020 09:26 AM
Sokong. Elok masukkan jgk dlm keranda tu dalam 20 minit. Baru ada akal

hahahahhahaha claustrophobic siot kalau aku
Quote sukacactus 11-2-2020 10:05 AM
Berapa lama je nak taubat tu
Seminggu 2, insafla kejap
Lps tu on balik
Quote leylapple 11-2-2020 10:36 AM
roti_banjir replied at 11-2-2020 09:38 AM
aku memang tak paham mcm mana ada mak bapak yg boleh bagi anak2 keluar pi kedai kol 11 mlm.....

j ...

makpak jenis pandai beranak jer sis....

nak bela tak mampu...jadi biarkan ajer berkeliaran.. pepandai lah hidup

serupa bela kucing sajork
Quote pyropura 11-2-2020 10:54 AM
leylapple replied at 11-2-2020 10:36 AM
makpak jenis pandai beranak jer sis....

nak bela tak mampu...jadi biarkan ajer berkeliaran.. pe ...

Lepaih tu ada hati nak mintak jasa mak bapak dikenang dihargai bagai

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.116635 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top