CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Memandu Macam 'Setan' Sampai Budak Tercampak Keluar Kereta

11-2-2020 06:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 13723| Komen: 124

Description: Malang tidak berbau apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun tercampak dari keretanya di tengah Lebuhraya PLUS petang semalam.Memetik laporan Harian Metro, semuanya berlaku apabila bapanya d ...
Malang tidak berbau apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun tercampak dari keretanya di tengah Lebuhraya PLUS petang semalam.

Memetik laporan Harian Metro, semuanya berlaku apabila bapanya dilanggar kereta lain sehingga kanak-kanak itu tercampak dan terjatuh di lorong kanan lebuh raya itu.

Kejadian berlaku di Kilometer 235.5 Lebuhraya PLUS Ayer Keroh-Senawang arah utara pada 3.21 petang. 

Kredit foto: Harian Metro

Difahamkan kereta Myvi disyaki dipandu dalam keadaan berbahaya dengan kereta Honda Jazz di lorong kanan. 

“Kenderaan terbabit mengubah haluan dan menghimpit kereta Honda Civic yang berada di lorong kanan.

“Tindakan itu menyebabkan pemandu kereta Honda Civic hilang kawalan lalu terlanggar penghadang besi tengah lebuh raya dan terlanggar bahagian belakang kereta Perodua Myvi di lorong tengah.

“Akibat perlanggaran itu, seorang penumpang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun di dalam kereta Honda Civic telah tercampak keluar dari kereta dan terjatuh di atas lorong kanan lebuh raya,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Abd Kadir. 

Mangsa dikatakan cedera ringan, dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut. 

Manakala dua kenderaan yang dipandu berbahaya itu sudah dikenalpasti dan tindakan akan diambil. 

Difahamkan, menerusi satu rakaman, pemandu dua kereta itu kelihatan berlumba dan menukar lorong sesuka hati sebelum kemalangan menyebabkan kanak-kanak itu tercampak.- CARI 
2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 11-2-2020 05:48 PM
X guna punya pemandu myvi. ...menukar lorong tiba2. ....
Quote Boomibulat 11-2-2020 05:50 PM

[fbvlink]https://www.facebook.com/paidaiah.ramu/videos/2239905982969703/[/fbvlink]

Quote noor2 11-2-2020 05:52 PM
Boomibulat replied at 11-2-2020 05:50 PM

Kussss semangat. ....ya Allah nasib X terlanggar. ...
Quote meow_tompok 11-2-2020 05:53 PM
pemandu dua kereta Perodua Myvi itu kelihatan berlumba dan menukar lorong sesuka hati


sekarang merata org pakai dash-cam, silalah berotak ketika menggunakan jalanraya
Quote True-X 11-2-2020 05:53 PM
seriauuuuu aku tengok.... wpon x mati
Quote noor2 11-2-2020 05:54 PM
Boomibulat replied at 11-2-2020 05:50 PM

Kenapa tarikh 2018. ..ke mata akak kero. ...
Quote EJALTI 11-2-2020 05:55 PM

TQ for the bideo uols...
Quote Boomibulat 11-2-2020 05:56 PM
noor2 replied at 11-2-2020 05:54 PM
Kenapa tarikh 2018. ..ke mata akak kero. ...

boleh baca kat sini..
https://mforum1.cari.com.my/foru ... amp;fromuid=2378666
Quote EJALTI 11-2-2020 05:57 PM

Allahuakbar....tima kasih kat keta yg berhenti dan abam lori tuh...
Quote noor2 11-2-2020 05:57 PM
Oh myvi berlumba dengan myvi. ....pemandu bodoh menyusahkan orang ramai. ..
Quote KekDurian 11-2-2020 05:58 PM
Pkai honda, tp carseat x bole beli ke mangkuk? Geramnya aku
Quote noor2 11-2-2020 05:59 PM
Boomibulat replied at 11-2-2020 05:56 PM
boleh baca kat sini..
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1190105&fromuid=23 ...

Tq kak bomi. ....
Quote ^CUN_GILA~. 11-2-2020 06:05 PM
Edited by ^CUN_GILA~. at 11-2-2020 06:17 PM

Tarikh dashcam ni 2018 la..

Screenshot_20200211-180257.png

Drivers tolong la rajin sikit pastikan tarikh tepat ye..

Screenshot_20200211-180819.png

Thanx to the guy if driver loqlaq dah lama gelek budak tu:
Screenshot_20200211-181012.png
Screenshot_20200211-181048.png
Quote noor2 11-2-2020 06:10 PM
Boomibulat replied at 11-2-2020 05:56 PM
boleh baca kat sini..
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1190105&fromuid=23 ...

Eh...kereta merah tu punya dashcam. ..yg keluar dari kereta merah tu kulit putih mcm cina atau Melayu. .knp padaiah India tu kata tu kereta adik dia ke apa....
Quote Boomibulat 11-2-2020 06:14 PM
noor2 replied at 11-2-2020 06:10 PM
Eh...kereta merah tu punya dashcam. ..yg keluar dari kereta merah tu kulit putih mcm cina atau Mel ...

masih menjadi misteri lagi..
Quote noor2 11-2-2020 06:18 PM
Boomibulat replied at 11-2-2020 06:14 PM
masih menjadi misteri lagi..

Hehe. ..musykil akak ....
Quote Aurora175 11-2-2020 06:19 PM
sebab tu carseat ni penting kt malaysia sbb banyak pemandu melulu... aku kalu blk msia skang nak drive pun rase seriau byk pemandu mcm overdose ketom
Quote ^CUN_GILA~. 11-2-2020 06:20 PM
Dah tak berduit nak beli Porsche pegi berlumbe dengan MyVi.  Typical BBNU beli MyVi dengan duit PTPTN.  Ptuihhh!!
Quote yuki812 11-2-2020 06:20 PM
biasa lane kanan ni semua laju2.
nasib baik adik ni selamat...

Lihat semua komen(124)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.088043 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top