Tular sebuah video menunjukkan seorang wanita menggunakan kereta kawalan jauh untuk membeli makanan di wilayah Shandong, China bagi melindungi dirinya daripada wabak koronavirus.
Kredit foto: YouTube SCMP
Menurut laporan Newsflare yang dipetik New York Post, Chen Tao tidak perlu keluar rumah, sebaliknya hanya perlu memanfaatkan kereta kawalan jauh lengkap dengan dua kamera untuk membeli makanan 400 meter dari apartmentnya.
Kredit foto: YouTube SCMP
Kata Chen, kenderaan itu mampu bergerak sejauh hampir satu kilometer, memudahkan dia membeli makanan tanpa perlu keluar dari rumahnya.
Tambahnya, dia turut menyertakan nombor telefon pada kotak pengangkut makanan bagi memudahkan urusan jual beli dengan kedai berkenaan.
Kredit foto: YouTube SCMP
Rakaman itu tular selepas wilayah berkenaan menggesa beberapa syarikat untuk menghentikan segala aktiviti sehingga 10 Februari bagi mencegah penyebaran koronavirus. - CARI
|