CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pati Kiub Pork Jenama Knorr? Pengguna Resah, Ini Jawapan JAKIM

10-2-2020 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 21915| Komen: 101

Description: Tular di laman sosial mengenai gambar pati kiub pork atau khinzir jenama Knorr yang didakwa dijual di pasaran Malaysia.Ia sekaligus menyebabkan keresahan dan kebimbangan di kalangan pengguna muslim di ...
Tular di laman sosial mengenai gambar pati kiub pork atau khinzir jenama Knorr yang didakwa dijual di pasaran Malaysia. 

Ia sekaligus menyebabkan keresahan dan kebimbangan di kalangan pengguna muslim di negara ini kerana jenama berkenaan begitu sinonim dengan pati kiub ayam dan bilis yang halal. 


Kredit foto: Facebook

Menjawab perkara itu, Bahagian Hab Halal, Jakim menerusi laman Facebook berkata isu tersebut sudah pun dijelaskan sekitar tahun 2016 lagi. 

"Perlu diketahui bahawa produk pati kiub tersebut bukan dikilangkan di Malaysia dan tidak layak memiliki pengesahan halal serta tiada sebarang penandaan logo halal yang tertera pada label bungkusan produk berkenaan.


Loading FB Post...

"Selain itu, berdasarkan maklum balas daripada syarikat Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd pada Disember 2018 lalu bahawa pihak syarikat tidak mengimport atau mengedar sebarang produk pati kiub pork tersebut di pasaran Malaysia serta komited dalam mematuhi peraturan dan standard berkaitan halal selaku pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah," tulisnya dalam satu kenyataan. 

Susulan itu, pengguna dinasihatkan agar memastikan dan mengutamakan produk yang mendapat persijilan halal JAKIM dan JAIN mahu pun badan luar negara yang diiktiraf JAKIM. 

Bagi pengguna yang mempunyai sebarang kemusykilan tentang produk yang terdapat di pasaran, boleh menyemak di www.halal.gov.my atau aplikasi Verify Halal.

Jangan mudah percaya berita yang tidak sahih dan menyebarkan perkara yang anda tidak pasti. - CARI 
3

Bagus
6

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MadameOnion 10-2-2020 04:55 PM
bukan kat malaysia kot ni
Quote mdhelmi 10-2-2020 04:55 PM
"pihak syarikat tidak mengimport atau mengedar sebarang produk pati kiub pork tersebut di pasaran Malaysia"

tapi kat shopee dah bole pre-order
beli byk2 letak kat kedai runcit
pon boleh
Quote mizruncing 10-2-2020 04:59 PM
dlu kan dh penah viral. kt thailand ke mane ntah produk ni. malaysia takde. tp blh je kita nk alert. kot trsilap import ke kann
Quote Kurex 10-2-2020 05:03 PM
sup babi......
Quote Kurex 10-2-2020 05:04 PM
btw nak tanya, knorr tu ada kandungan ajinomoto ke?
Quote sarah82 10-2-2020 05:25 PM
Aku x beli jenama knor.. Aku suka adabi.. Jadi aku x berapa nak ambik tau
Quote Boomibulat 10-2-2020 05:28 PM
Edited by Boomibulat at 10-2-2020 05:29 PM

Cmana sebutan Knorr ni..kat iklan bunyi hurup K jelas...bunyi mcm KENORR pulak..I ingt huruf K x dibunyikan persis Idgham mutamasilaiin maal ghunnah gitu..
Quote MissVixen 10-2-2020 05:29 PM
Kenapa gelabah sangat??? Knor tu bukan produk asal malaysia. Banyak je dia buat kiub pati babi dekat luar negara... Ini orang upload gambar kiub knor babi gelabah dia bukan main. Seronok menyakat orang malaysia ni. Tengok orang post gambar babi mesti macam nak samak handphone di tangan.
Quote dekmieDandy 10-2-2020 05:43 PM
dengan mak sedara aku pon dok join memboikot knorr ni

aku dah explain haritu, tapi tak nak ikut cakap dia jugak
Quote hatikudus 10-2-2020 05:56 PM
Edited by hatikudus at 11-2-2020 10:22 AM

Ada yg jumpa dijual di j*** grocer...letak kat rak biasa bersama brg yg halal
Quote hatikudus 10-2-2020 05:57 PM
sarah82 replied at 10-2-2020 05:25 PM
Aku x beli jenama knor.. Aku suka adabi.. Jadi aku x berapa nak ambik tau

Sama la...paling takde pun beli brand maggi klu adabi takde
Quote sepiITUindah 10-2-2020 05:58 PM
boikot knorr
Quote sarah82 10-2-2020 06:17 PM
hatikudus replied at 10-2-2020 05:57 PM
Sama la...paling takde pun beli brand maggi klu adabi takde

Hahaha.. Adabi skrg produk dia sedap... Nanti nak cuba sos korea pulak
Quote otai_g 10-2-2020 06:35 PM
Ha nk sgt kan know. Ini mkn dia.

lain kali beli brand alagapas. Walau hindu buat at least tade perisa babi.
Quote Bergosip 10-2-2020 06:36 PM
Jangan risau semua. Produk Knorr dekat Malaysia semua Halal dan under Unilever Malaysia. Knorr (The Pork Cube) tu dari negara lain.

Produk Knorr dekat Malaysia akan ada logo unilever dekat layout packaging belakang dia. Sebab produk Knorr dekat Malaysia dikendalikan oleh Unilever Malaysia (in case korang beli dekat Shopee).
Quote pyropura 10-2-2020 06:39 PM
Bodo punya lobai, ingat Knorr tu company asal  Kelantan ke? Kalau pun Knorr tu buat produk babi di Msia di kilang berasingan apa salahnya?
Quote ultra78 10-2-2020 06:55 PM
Gambar tu ambil kat mana? Jaya Grocer ke?
Quote dudaberhias 10-2-2020 07:01 PM
Yang pasti jenama knorr semua perisa dia hazab. Beli demiglace sauce , masinn hazab... Beli mushroom powder hazabbb rasa susu je lebih.... Knorr cukup rasa???? Ewww rasa masin je lebih. Bye2 knorr
Quote dudaberhias 10-2-2020 07:02 PM
Halal tak halal, knorr ni salah satu brand yang hancussss perisa2 dan bahan2 yang dia jual. Yang dia keluarkan untuk luar negara punya pun hancusss.

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.137905 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top