CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Sajjad Bertelekung Di Mekah Remeh - Dr. Maza

4-2-2020 11:16 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6592| Komen: 38

Description: Isu Sajjjad Bertelekung Di Mekah Remeh - Dr. Maza

Kredit foto: Instagram Sajjad dan Astro Awani

Tenggelam seketika kebimbangan rakyat Malaysia mengenai  Novel Koronavirus apabila timbul pula isu usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat bertelekung di Makkah.

Isu ini menimbulkan polemik di kalangan netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan usahawan kosmetik itu yang didakwa mempersendakan agama.

Kredit foto: Instagram Sajjad

Bagi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr. Maza mengganggap itu perkara remeh dan tidak mendatangkan manfaat kepada perkembangan ekonomi negara dan mengembangkan pemikiran rakyat, seperti dilaporkan Harian Metro. 


Dr. Maza berpendapat Sajjad hanya perlu dinasihati bahawa tindakannya itu salah serta mendoakan agar Sajjad kembali kepada fitrah asalnya.

"Kita nasihatkan dia sahajalah. Rahmat Tuhan itu luas dan mudah-mudahan dengan bermacam peristiwa dan pengalamannya di Makkah, dia berubah. 
 
"Itu sahajalah harapan saya dan kita mendoakan dia untuk kembali ke pangkal jalan kerana kadang-kadang setiap orang ada kesukaran dalam dirinya sehingga terperangkap dengan bermacam keadaan," katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Kredit foto: Instagram Sajjad

Terkini, Sajjad dan rombongan telah dibawa keluar dari Mekah untuk sesi lawatan di Madinah selepas ia menjadi kontroversi dan mendapat perhatian banyak pihak.

Jurucakap Albayt Travel (M) Sdn Bhd turut meminta Nur Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka susulan tindakannya yang mencetus kontroversi itu.

"Setakat ini, Nur Sajat hanya menjawab meminta tunggu sehingga dia kembali ke tanah air," katanya yang dipetik dari Berita Harian.

Pemergian Sajjad dan kawan-kawannya ke sana memang tak salah malah harus hukumnya. Namun menjadi kesalahan apabila beliau berpakaian wanita serta masuk ke kawasan perempuan, bercampur dengan jemaah wanita .

Allah dan Rasul Yang Lebih Mengetahui. Selagi masih bernyawa, pintu taubat masih terbuka. Bukankah Allah maha pengampun lagi penerima taubat?

Semoga Sajjad mendapat hidayah dariNya. - CARI 


Sumber - Harian Metro Dan Berita Harian


1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulan_gerhana 4-2-2020 11:18 AM
susah nak komen ... ramai netizen perihatin tentang bala...

siapalah kita nak menidakkan kuasa tuhan...
Quote kerisnaga 4-2-2020 11:37 AM
Ye la. Moga sajat diberi hidayah dan kita semua.
Quote husna_amal 4-2-2020 11:47 AM
Meremehkan perkara kecil lama2 jadi perkara besar juga nanti.
Quote Mahadaya 4-2-2020 12:04 PM
daripada mengecam, lebih baik doakan saja untuk dia
Quote suriamir 4-2-2020 12:44 PM
Rasanya Sajat tu jadi cenggini atas sebb masyarakat jugak yg suka kecam dia... tambah2 pulak sajat ni sejenis ego...

x pe lah.... Allah maha pengasih, pengampun kpd hamba2 Nya, hanya Allah sebaik2 yg mengadili segala sesuatu...

Sy doakan Sajat... dibuka pintu hati kpd kebenaran... Segala rahmat dan keampunan Allah utknya.... Aamiinnn
Quote dineo 4-2-2020 12:58 PM
Klu ustaz rasa ini isu remeh
Apa kata ustaz klu anak sendiri esok2 jadi sajat and buat apa yg sajat buat kat mekah

Suka hati ustaz la
Nak lepaskan tengkuk sendiri je
Quote akakdendeng 4-2-2020 01:00 PM
dah perkara remeh pulak....
Quote Delifrance 4-2-2020 01:07 PM
Remeh la... satu hari berbondong2 cikpon2 ni buat trip umrah beramai2 dgn telekung2 ala2 fashion show ha baru tau remeh ke tidak
Quote Afifi82 4-2-2020 01:47 PM
Remah? Wow.. Just wow..
Quote fishcracker 4-2-2020 02:02 PM
Serious la... {:question
Jujur iol kecewa agamawan bagi respon benda ni remeh
Quote MissVixen 4-2-2020 02:13 PM
Remeh ya perkara lgbt ni? Memang betul akhir zaman mufti, ustaz dan gelaran lain2 dalam golongan pendakwah akan jadi false prophet dan sebarkan benda salah.. pu abu dan farhan tu contoh level bawahan.
Quote Simunggu 4-2-2020 02:16 PM
bila datang tempat suci...hidayah akan datang sekali..Insya Allah...
Quote Buritan 4-2-2020 02:33 PM
Tahhh.. aku tak phmlaa.. yg ni kata hatommm.. yg ni kata remeh.. yg ni kata tak.baik.. yg ni kata boleh.. islam kata ape.. nape nak ikut kogik tinking.. aku kalo ikut logik tinking aku bagi jah sajat tuu jd pompuan suh dia beranak tp kalo kata boleh semua kena balaaa...

Tak fhmlaa mufti mufti.. ade 10 mufti ade 10 pndpt..
Quote Buritan 4-2-2020 02:35 PM
MissVixen replied at 4-2-2020 02:13 PM
Remeh ya perkara lgbt ni? Memang betul akhir zaman mufti, ustaz dan gelaran lain2 dalam golongan pen ...

Kannn.. mcm.dia ok jah.. kita jah yg gelsbah pukisss..
Quote chandrahusin 4-2-2020 02:48 PM
letak la jgk komen dr Mufti Wilayah
di facebook beliau
Quote farlis 4-2-2020 02:50 PM
I do agree with dr maza.  I rasa apa yg dr maza ckp ni puak2 yg menghentam sajat berlebihan.. Netizen cerca hover di socmed, smpi bhs pun keji giler. Kita tau apa yg sajat buat tu salah, but netizen pun laa.. Biar pihak berwajib buat kerja mereka sudah. Yg kondem2 kow2 sajat ni betul2 boikot dia ka atau antara penyumbang ekonomi sajat??  
Quote CikB 4-2-2020 02:50 PM
virus sajat ni lebih bahaya, hilang seketika tumpuan berita virus corona.  Rasanya x blh ambil mudah, makin dibiarkan makin menjadi2
Quote Rogue98 4-2-2020 02:59 PM
Maza ni sebok nak berpolitik. Citer2 Sajad ni dia x minat.
Quote tagas 4-2-2020 04:38 PM
dah btul la tindakan secara hikmah nasihat & ramai2 doa agar sajat kembali ke pangkal jln

tak kan nak sebat sula bagai depan khalayak ramai


arab saudi pun perlu bg tindakan tegas sama jotah2



Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.056567 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top