CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Semua Mentioned Nama Aku Untuk Host MeleTOP," - Ain Edruce Pelik Nama Jadi Sebutan..

2-1-2020 01:07 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 10171| Komen: 48|Original author: SakuraJo

Description: Tahun 2019 telah pun melabuhkan tirainya. Namun, teka-teki tentang pengganti Neelofa sebagai pengacara rancangan MeleTOP masih lagi belum terjawab sehingga kini. Walaupun terdapat desas-desus yang men ...
Tahun 2019 telah pun melabuhkan tirainya. Namun, teka-teki tentang pengganti Neelofa sebagai pengacara rancangan MeleTOP masih lagi belum terjawab sehingga kini. 

Walaupun terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa Mira Filzah bakal menggantikan Neelofa, tetapi pelakon dan pengacara itu menafikan yang dia ada menerima tawaran tersebut.

Kredit foto : Instagram Ain Edruce

Bagaimanapun, ramai yang dilihat tidak berapa setuju sekiranya Mira Filzah menggantikan Neelofa kerana tutur katanya yang terlalu lembut tidak sesuai dengan konsep rancangan MeleTOP yang sedikit 'gila-gila'.

Disebabkan itu juga, ramai yang mencadangkan pengacara, model dan pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Ain Edruce sebagai pengganti Neelofa. 


Ain atau nama sebenarnya Nurulain Ar Edruce yang menyedari namanya menjadi sebutan netizen sebagai calon yang sesuai bergandingan dengan Nabil bagaimanapun meminta peminatnya untuk tidak berharap kerana dia tidak menerima apa-apa tawaran daripada pihak MeleTOP. 

"Kenapa semua mentioned nama aku untuk host MeleTOP?"

"Dorang tak nak. Nak buat macam mana gais. Dah2 hahaha," tulisnya di Twitter. 


Tweet Ain tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya bersetuju Ain merupakan calon yang paling sesuai untuk mengacarakan program MeleTOP kerana karekter nya yang 'gila-gila' bersesuaian dengan konsep rancangan itu sendiri. 

Kredit foto : Twitter Ain Edruce

Bakat wanita berusia 29 tahun itu semakin menyerlah apabila dia menjadi pengacara rancangan kapsul hiburan MBuzz terbitan TV3

Apa pun, kita nantikan sahaja pengumuman rasmi yang akan dibuat oleh pihak MeleTOP sendiri nanti. 

Secara peribadinya, penulis turut bersetuju sekiranya Ain Edruce dipilih untuk mengacarakan MeleTOP. Pasti heboh pentas MeleTOP nanti. Siapa setuju? -CARI
3

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miss_strangers 2-1-2020 01:27 PM
Oh dia ni ok jugak jadi host...cuma wisau jadi kalut je program meletop..sbb Nabil dgn Ain NI spesis Sama...Kang semua berebut nak cakap...better piljah lagi kot..Nabil dah melalut nati, dik piljah leh guide kembali ke pangkal program
Quote AshkieLa 2-1-2020 01:54 PM
ok jugak kalo dia ni...
sbb Nabil n Jihan mcm trademark GV...
kalau tiap2 minggu MeleTOP diorg pastu start GV season baru pun muka diorg jugak.. lemau gituh...
Quote jargon 2-1-2020 02:11 PM
Okla dr sitinodiana tu..lg pon dia start pon dr pengacaraan dkt mbuzz..sitinodiana tu nyanyi dahlerr..nk blakon pon tua dan xpadan rupa klau watak heroine rebutan ramai jantan..
Quote matjerk 2-1-2020 02:13 PM
X rasa awkward ke up tweet camtu...  Errrr...
Quote cicicumel 2-1-2020 02:21 PM
dah kawin kan.. x pyh la. cari yg single. haha
Quote Kurex 2-1-2020 02:23 PM
apa2 je la.. bukan aku tengok pun meletop ni
Quote Tukul.Besi 2-1-2020 02:42 PM
Little Miss Khan kot yg ganti. Meroyan la netizen
Quote bondeh 2-1-2020 02:55 PM
tapi Aien cakap tak, jerit je... tapi ok lagi dia dari Janna peha gabak menjerit je lebihhhh....
Quote September14 2-1-2020 03:00 PM
Amelia handerson plss.. wlupun aku x tgk
Quote hasmania 2-1-2020 03:03 PM
ok apa kalau ramai suka Ain...
kitapun suka gak lah...
daripada Mira yang nampak sangat tak berapa pandai buat lawak ...
daripada Jihan yang kadang2 over
daripada Janna...
eh kita tak mengumpat lebih2 ye ....dah tahun 2020 ni ...
Quote jijilaaa 2-1-2020 03:07 PM
dia bagi hint kat meletop la tuuu suh amek dia
Quote ajinomotonosuga 2-1-2020 03:22 PM
Bibir dia tu kne patuk ulaq tedong kaaa..sampai lebam gitu...

Ke kne ketuk terung itam..tu lembam gitu

Abam aji kurius ajo..tau!!
Quote lattehazelnut 2-1-2020 03:24 PM
Tukul.Besi replied at 2-1-2020 02:42 PM
Little Miss Khan kot yg ganti. Meroyan la netizen

Dia layan ke meletop
Dia kan darjat tinggi kena english show je
Quote mizruncing 2-1-2020 03:25 PM
alaa pls laa. xminat la dia ni. ckp tak jelas dgn suara serak basah dia tu. kdg2 tak phm sebutir butir yg dia ckp. takde la kelakar sgt pong
Quote yum3 2-1-2020 03:27 PM
jargon replied at 2-1-2020 02:11 PM
Okla dr sitinodiana tu..lg pon dia start pon dr pengacaraan dkt mbuzz..sitinodiana tu nyanyi dahlerr ...

Jargon, aku setuju lah apa yg ko cakap.. ha ha ha
Quote Tukul.Besi 2-1-2020 03:49 PM
lattehazelnut replied at 2-1-2020 03:24 PM
Dia layan ke meletop
Dia kan darjat tinggi kena english show je

Hey kena bagi kat generasi keluarga dia. Untuk meneruskan legasi naelofar di mata Neelofa FC
Quote ardy 2-1-2020 03:57 PM
Aku je rasa AE ni bingit? Hahaha... campur dengan nabil kang terus huru-hara meletop.

Calon yg aku rasa sesuai ialah Haneesya Hanee, tapi sebab dia ni kontroversi yang dibenci ummah melayu, jd pasti tidak baik utk meletop. tp rasa Haneesya Hanee dapat mengawal nabil mcm lofa
Quote MatDeghem 2-1-2020 04:05 PM
Dia ini mulut nya besor lebar.. ..menakutkan.  

Kalu Co host dgn Nabil... Bayangkan Bila dua dua ketawa....gempak.
Quote intanazlynna 2-1-2020 04:12 PM
rata2 yang tengok meletup umur berapa ek?

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.059915 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top