CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Senangnya Belajar Oversea Tak Mampu, Minta Orang Derma" - Student Perubatan Dikecam

30-12-2019 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 31489| Komen: 347

Description: Meminta dana bagi menjelaskan yuran pengajiannya, seorang pelajar perubatan dikecam teruk oleh warganet.Pelajar bernama Irfan Khir, menulis menerusi hantaran di Twitter menjelaskan mengapa dia berbuat ...
Meminta dana bagi menjelaskan yuran pengajiannya, seorang pelajar perubatan dikecam teruk oleh warganet. 

Pelajar bernama Irfan Khir, menulis menerusi hantaran di Twitter menjelaskan mengapa dia berbuat demikian dan bukannya sewenangnya meminta wang daripada rakyat negara ini. 


Kredit foto: Twitter

“Sebenarnya yuran tahun satu dan dua saya telah pun selesai bayar. Bermula tahun ketiga, keluarga saya mengalami masalah kewangan sehingga menyebabkan yuran saya tertunggak.

“Pada tahun ketiga saya ada memohon zakat Perak (ayah anak Perak). Namun tidak berjaya. Pada tahun keempat pula saya cuba untuk mohon yayasan Kedah (ibu anak Kedah) Namun gagal juga.

“Pada tahun kelima saya memohon yayasan Selangor (asal Selangor) tapi semuanya tiada rezeki. Baru-baru ini saya telah memohon yayasan Kedah semula namun masih belum dapat jawapan,” katanya yang sedang menuntut di universiti di Mesir. 

Pemuda ini turut memaparkan penyata bayaran dari tahun pertama hingga tahun terakhir yang tertungga AS$36,000. 


“Saya dan keluarga pernah cuba minta pinjaman bank, tetapi ditolak atas sebab faktor umur ibu bapa saya yang akan pencen dua tahun lagi mengikut syarat bank. Untuk pengetahuan semua, ayah saya terpaksa pencen awal disebabkan faktor kesihatan,” katanya.

“Saya juga membuat inisiatif, berkerja sambilan di Mesir, menjual apam balik di Zagaziq tapi tidak mampu menampung yuran atas sebab mata wang Mesir yang rendah,” katanya yang turut memuat naik keputusan peperiksaannya. 

Ramai di kalangan warganet yang mengecam dan membuat hantaran berbentuk 'troll' terhadap pelajar ini. 

Bagaimanapun, Irfan kini berjaya mengumpul RM12,567 hasil sumbangan orang ramai. - CARI 
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • natrahn

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mfzg89 30-12-2019 12:40 PM
mudahnya hidup..
Quote munchkin 30-12-2019 12:52 PM
Confuse kejap kata 1st and 2nd year sudah lunas. Dalam surat tu kesemua tahun tak berbayar.

Siapa nak derma dermalah. Dia bukan bercuti. Pergi belajar. Moga dipermudahkan segala urusan.
Quote minguk 30-12-2019 12:57 PM
kesiannya.

tapi persoalan i, kenapa tak lanjutkan dalam negara kalau kewangan tak stbil? result masaalah?

ok account dia mana kalau kita nak derma?
Quote lazim 30-12-2019 12:58 PM
Tak mampu dlm msia je. Sblm pergi sukat diri.
Quote helicornia 30-12-2019 01:06 PM
ini antara calon lambakan graduan perubatan di malaysia
Quote CiliPadiSedap 30-12-2019 01:09 PM
yang cakap suruh belajar dalam malaysia tu, belajar kt mesir lagi murah. ada juga kepala sorang2 kena siku sis vokuru nanti
Quote buapakperut 30-12-2019 01:28 PM
i wanna i wanna i really really really wanna zagaziq ahh
Quote harizs 30-12-2019 01:44 PM
mai sini nombor akaun dik.  ok la derma kat student yg belajar medik dari aku derma ke tabung harapan bodoh tu.
Quote fofuler 30-12-2019 01:55 PM
Kesian but at the same time, dah tau kemampuan cukup2 je kenapalah tak belajar local je. Bukan first case camni. Dulu pun ada juga budak belajar medic Ireland, business bapak dia tak menjadi so tak dapat nak bayar yuran mintak tolong govt/rakyat Malaysia. Senangnya gitu. Kenapalah dulu aku tak mintak bantuan camni je. Tak payah pinjam PT hahaha
Quote geenie 30-12-2019 01:55 PM
munchkin replied at 30-12-2019 12:52 PM
Confuse kejap kata 1st and 2nd year sudah lunas. Dalam surat tu kesemua tahun tak berbayar.

Siap ...

dkt twitter ada org spill tea. ade je dia pegi spain segala. pegi bercuti. warga twitter betul2 korek ig dia.
if he can go bercuti sana sini beli tiket kapalterbang segala, kenapa tak leh lunaskan yuran?
(their point is, dah tau tak de duit, awat pi holiday segala)


ade yg mintak bukti result exam segala. mcm dia tak layan jugak

anyway, he's not the only 1 yg buat crowd fund utk lunaskan duit stadi ni. tp ade lg 2,3 org frm same uni.



Quote fofuler 30-12-2019 01:57 PM
lazim replied at 30-12-2019 12:58 PM
Tak mampu dlm msia je. Sblm pergi sukat diri.

Betul. Kalau takat cukup2 je tak payah lah pegi sana. Kalau ye pun mesir lagi murah study expenses dia, visa sewa rumah makan minum overhead costs semua takyah pikir gitu?
Quote damian_lee 30-12-2019 02:00 PM
Katanya pegi berjimba juga
Tapi ntah la nokkk

Sedara mara kita masih lebih banyak yang lebih memerlukan

My parents pun pekerja kasar dengan gaji ciput
Walau dah suruh benti tetap xnak

Dr invest ke ko dik
Baik meols memewahkan parents meols
Quote RatuDunia94 30-12-2019 02:01 PM
Koserrrrrrr
Quote munchkin 30-12-2019 02:04 PM
geenie replied at 30-12-2019 01:55 PM
dkt twitter ada org spill tea. ade je dia pegi spain segala. pegi bercuti. warga twitter betul2 ko ...

aduh patut orang marah.
Quote smartaleck07 30-12-2019 02:04 PM
biasa mereka2 yg belajar medic kat mesir & indo & russia ni sebab results tak cukup tinggi utk ipta malaysia, apatah lagi uni kat 1st world countries.. guna results spm yg x seberapa je dh bole masuk medic.. xpyh lalu foundation/a-level etc2..huhuh.. bila balik msia, dpt masuk ho, most struggle utk habiskan housemanship.. kalo yg blaja medic kat india, 50-50 la jugak, yg ok mmg bagus, yg x ok pun ada.. sbb yg gi india ada yg under sponsorship, and ada jugak yg self-financed.. tapi skang ni mmg bnyk betul students medic mesir minta tolong kat fb..
Quote geenie 30-12-2019 02:14 PM

kan? g jalan boleh, byr yuran tak leh. ujung2 crowdfund. mau org tak marah.

kot result flying colours, nak lah jugak org tolong. kot sendu? mmg marah lah org


Quote adm7 30-12-2019 02:16 PM
Edited by adm7 at 30-12-2019 02:18 PM

Kenapa semua orang berlumba-lumba nak ambik medic?
Sebab minat?
Abis tu kalau minat kenapa bila kerajaan potong elaun kritikal ramai pakat meroyan macam orang hilang akal?

Kenapa complain penat dan tak banyak masa untuk rehat?
Ke ambik medic sebab lain? Glamour?nak orang respek?nak kaya cepat sebab gaji doktor tinggi?

Mak bapak kena mainkan peranan,dedahkan anak dengan prospek kerjaya lain. Jadi doktor ni bukannya satu2nya kerjaya dalam dunia ni
Quote salmon-suki 30-12-2019 02:18 PM
buapakperut: i wanna i wanna i really really really wanna zagaziq ahh

wehhhhhh..terflash back smbil baca komen ikut lagu tu..hahahahaha{:smile
Quote salmon-suki 30-12-2019 02:19 PM
Sori..ai xdpt nak husnuzon dgn budak2 skrg..ntah spesis y pegi travel guna duit fees tp bila dah byk tertunggak,terus mtk donation sbb diorg taw rakyat mesia ni pemurah..bg alasan mcm2,xckup duit etc sbb masalah family etc..

Sblm pegi sana xkn tak fikir bajet semua tu?kdg2 kena ukur baju di bdn sendiri..

Lihat semua komen(347)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.072272 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top