CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fred Venus, Gitaris Kumpulan Rock Iban Maut Kemalangan

16-10-2019 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4348| Komen: 8

Description: Pemain gitar bass kumpulan rock Iban Tamang Raja, Febrenus Harry Usup atau lebih popular sebagai Fred Venus maut kemalangan di Jalan Poi-Majau, Kanowit, semalam.
Pemain gitar bass kumpulan rock Iban Tamang Raja, Febrenus Harry Usup atau lebih popular sebagai Fred Venus maut kemalangan di Jalan Poi-Majau, Kanowit, semalam.


Kredit foto: Harian Metro


Memetik Harian Metro, dalam kejadian 7.05 malam itu, Perodua Axia dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri dan terhumban ke parit.

Pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan Fred, 36, meninggal dunia di tempat kejadian.


Kredit foto: AWANI

Menurut Ketua Polis Daerah Kanowit, Deputi Superintendan Tega Bilong, sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan dari Ngemah menuju ke Sibu.


“Maklumat awal diterima daripada isterinya memaklumkan mangsa ada mengadu sakit dada sebelum kejadian dan dipercayai terkena serangan jantung sebelum kemalangan,” katanya.


Kredit foto: AWANI

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit dikejarkan ke lokasi.

Anggota yang tiba mendapati mangsa tidak sedarkan diri di tempat duduknya sebelum disahkan meninggal dunia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Kredit foto: AWANI

untuk makluman, Tamang Raja popular dengan lagu ‘Tikas Pengerindu’, ‘Nama Kebuah Nuan Enda Madah’ dan ‘Asai Ka Gila’. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 16-10-2019 01:46 PM
Rest in peace, fred. Lagu deyols antara afew iban songs yg iols dpt terima. Anyhow, tekezut news kematian heols masuk cari.
Quote JDT 16-10-2019 01:50 PM
Kasih sida sabilik ditinggang penusah. RIP Fred.
**Simpati buat keluarga mendiang..
Quote thetimes 16-10-2019 02:33 PM
R.I.P
Salam takziah untuk keluarga mendiang.
Quote skullcandy 16-10-2019 04:36 PM
May your soul rest in peace
Quote stars83 16-10-2019 08:50 PM
Ngenatai ke penyinu ati ngagai sida sebilik..Ngarap ke sida sebilik sabar ngau tabah napi pguji ke nuntung sida...RIP ..
Quote Perawankota 17-10-2019 01:46 AM
Deepest condolences to the families...
Quote Biabetik 17-10-2019 07:55 AM
Takziah buat keluarga mendiang
Quote fa1982 17-10-2019 12:09 PM
Takziah buat keluarganya

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.055686 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top