CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

'Wow, Hebat!' - Bilik Asrama USM Bakal Dinaiktaraf, Cantik Macam Hotel

6-9-2019 11:14 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 12465| Komen: 50|Original author: Sang_Pencinta

Description: ‘Wow, Hebat!’ – Bilik Asrama USM Bakal Dinaiktaraf, Cantik Macam Hotel
Semua yang pernah tinggal di asrama, pasti pernah mendapat pengalaman bersesak dalam satu dorm dengan kemudahan yang seadanya. Keadaan yang sama ini boleh dilihat di asrama Sekolah Menengah mahupun di Universiti.



Kredit foto: Carian Google



Keadaan yang sesak menyebabkan ramai pelajar, terutamanya pelajar lelaki tidak ada motivasi untuk menghias dan mengemas dorm masing-masing. Apa lagi jika keadaan asrama tersebut sudah usang dan perlu dibaiki.


Bagaimanapun, mahasiswa di Universiti Sains Malaysia (USM) boleh menarik nafas lega apabila bilik asrama di institusi itu bakal dinaiktaraf dan akan kelihatan seperti hotel dengan gaya mewah.


Kredit foto: Facebook USM

Seperti yang dimuatnaik di Facebook USM, pihak pentadbiran telah merekabentuk semula hiasan dan susun atur asrama hasil ilham Timbalan Naib Canselor Bahagian Pembangunan Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Aldrin Abdullah.


Kini bilik yang dahulunya suram bakal kelihatan berseri-seri. Walaupun belum dilaksanakan sepenuhnya, pihak universiti dikatakan akan menaiktaraf semua bilik-bilik asrama secara berperingkat-peringkat.


Kredit foto: Facebook USM
Kredit foto: Facebook USM
Kredit foto: Facebook USM
Kredit foto: Facebook USM



Langkah USM itu mendapat pujian netizen. Ramai berharap persekitaran yang baru itu akan lebih memberikan motivasi kepada mahasiswa dalam menimba ilmu.


Kredit foto: Facebook


Malahan ada juga alumni yang terasa ingin kembali ke zaman pengajian mereka. 'Saya terasa ingin kembali ke zaman persekolahan, bilik asrama ini nampak lebih bagus dan selesa berbanding dulu'kata seorang netizen.


Walau bagaimanapun, ada yang mempersoalkan adakah kos asrama akan meningkat seiring dengan pengubahsuaian ini.



Kredit foto: Facebook


Yang penting, diharap pelajar akan menghargai kemudahan yang disediakan dengan penuh kesedaran sivik.- CARI 

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote damsel_fiji 6-9-2019 11:31 AM
baguslah..sampai bila pelajar nak dikaitkan dgn imej selekah bagai ummah pprt dunia ketiga khenn?
Quote kucingitam 6-9-2019 11:46 AM
pastu yuran asrama naik jangan melenting pula..
p/s: perabot ikea ke tu..mementang ikea dah ada kat penang la ni...melaram abih na... hihih
Quote watie79 6-9-2019 11:59 AM
woowww..bangga jadik usm alumni dengar kata itu kat block Fajar Harapan..dulu scary yg amat
Quote fox. 6-9-2019 12:00 PM
Biasa bilik yg helok sikit begini jauh lebih mahal bayarannya berbanding bilik biasa.yg satu bilik 2 orang dapat roommate yg jenis suka bawak geng masuk bilik.sama jah tak berbaloi bayar mahal
Quote rukia2 6-9-2019 12:07 PM
watie79 replied at 6-9-2019 11:59 AM
woowww..bangga jadik usm alumni  dengar kata itu kat block Fajar Harapan..dulu scary yg amat  ...

Agak scary tp dalam bilik dulu pun da selesa kn walaupun x secantik ini
Quote Sang_Pencinta 6-9-2019 12:11 PM
Edited by Sang_Pencinta at 6-9-2019 12:12 PM

Cukup ke loan ptptn nak tampung n???
Quote watie79 6-9-2019 12:14 PM
rukia2 replied at 6-9-2019 12:07 PM
Agak scary tp dalam bilik dulu pun da selesa kn walaupun x secantik ini

setujuuu... dapat jugak second upper class..


Quote huehue 6-9-2019 01:13 PM
Untunglah badan dapat seperti yg dijanjikan. Tempat iolls janji lain, developer buat lain. Yg kena tanggung amarah student orang lain pula Never ending cycle ya benda benda gini
Quote RatuDunia94 6-9-2019 01:17 PM
Iols dulu dpt bilik double.. tp roomate x pernah balik bilik.. sampai iols terpikir mungkin roomate iols ni hantu agaknya.. yg peliknya baju n barang semua ada..
Quote shamsadis 6-9-2019 01:26 PM
asrama aku duduk dulu ok je, yang penting bersih, jangan diconteng dinding tu, yang dibiarkan berkarat
Quote kaizer8118 6-9-2019 02:39 PM
Woww..harap menjadi jkenyataan
Quote Asdan 6-9-2019 03:03 PM

bilik tak penting, yg penting rakan sebilik yg tak memekak
Quote Asdan 6-9-2019 03:05 PM

baik buat single bed room, kecik tapi syok
Quote jagung5 6-9-2019 03:26 PM
haritu tgk bilik kolej uitm pasir gudang sikit lagi saja nak jadi mcm bilik ni...come on warga kolej boleh upgrade dan deco  jadi cantik mcm ni
Quote Sang_Pencinta 6-9-2019 03:40 PM
Selain UTM, uni mana ada hostel single bed attached bathroom?
Quote Foxey 6-9-2019 03:45 PM
Cantik bilik asrama kalau seperti dalam gambar. Memang selesa ngat la tu
Quote Gomea 6-9-2019 03:45 PM
Wah, cantik2
Quote sfrnna 6-9-2019 03:51 PM
Edited by sfrnna at 6-9-2019 03:58 PM

Rasanya Prof aldrin baru pegang jawatan ni. Dah alang2 desasiswa fajar tu buat renovation haritu so utk new student ni I bet dia punya idea since dia pun interior designer (ke ni contoh je 2-3 bilik demi viral) . Pape pun untung student2 baru. At least lantai dah letak jubin engko.
Quote sfrnna 6-9-2019 03:52 PM
Edited by sfrnna at 6-9-2019 03:53 PM
Sang_Pencinta replied at 6-9-2019 03:40 PM
Selain UTM, uni mana ada hostel single bed attached bathroom?


Usm ada. Tp untuk postgraduate. Kat International House (nama je International, tp ramai gak MY student). Ada jugak unit with aircond.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.082067 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top