CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berlakon Terbabit Kemalangan Demi Populariti, Ibu Dan Anak Dijel 5 Hari

26-8-2019 12:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4252| Komen: 26

Description: Dua beranak menempah padah apabila dipenjara lima hari selepas berlakon terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Dua beranak menempah padah apabila dipenjara lima hari selepas berlakon terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Lapor South China Morning Post, lelaki dan ibunya itu bertindak demikian untuk meraih pengikut di laman sosial.



Kredit foto: SCMP

Polis Zhengzhou di wilayah Henan berkata, mereka menerima aduan pada hujung minggu lalu mengenai selebriti media sosial yang merancang adegan kemalangan jalan raya hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Ketika kejadian, lelaki yang juga blogger dikenali sebagai Chao, 26, itu memandu kereta mewah Lamborghini berwarna biru di satu persimpangan di daerah Jinshui, kira-kira jam 6 petang pada Ahad.

Dia kemudian berpura-pura melanggar sebuah skuter elektrik yang ditunggang ibunya, dikenali sebagai Cao, 55.


Kredit foto: SCMP


Berikutan 'perlanggaran' itu, Cao berguling-guling di atas jalan raya hingga mengganggu pengguna jalan raya, manakala adegan itu dirakam rakannya, Liu yang ditugaskan untuk menarik lebih ramai pengikut di Weibo.

Menurut polis, insiden itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di persimpangan berkenaan selama 40 minit.

Polis berkata, ketiga-tiga individu itu ditahan dan didenda 200 yuan (RM118) setiap seorang kerana 'mengganggu ketenteraman awam'. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MAL 26-8-2019 12:46 PM
Dua beranak menempah padah apabila dipenjara lima hari selepas berlakon terbabit dalam kemalangan jalan raya.


Lapor South China Morning Post, lelaki dan ibunya itu bertindak demikian untuk meraih pengikut di laman sosial.




Kredit foto: SCMP




Polis Zhengzhou di wilayah Henan berkata, mereka menerima aduan pada hujung minggu lalu mengenai selebriti media sosial yang merancang adegan kemalangan jalan raya hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.


Ketika kejadian, lelaki yang juga blogger dikenali sebagai Chao, 26, itu memandu kereta mewah Lamborghini berwarna biru di satu persimpangan di daerah Jinshui, kira-kira jam 6 petang pada Ahad.


Dia kemudian berpura-pura melanggar sebuah skuter elektrik yang ditunggang ibunya, dikenali sebagai Cao, 55.




Kredit foto: SCMP




Berikutan 'perlanggaran' itu, Cao berguling-guling di atas jalan raya hingga mengganggu pengguna jalan raya, manakala adegan itu dirakam rakannya, Liu yang ditugaskan untuk menarik lebih ramai pengikut di Weibo.


Menurut polis, insiden itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di persimpangan berkenaan selama 40 minit.


Polis berkata, ketiga-tiga individu itu ditahan dan didenda 200 yuan (RM118) setiap seorang kerana 'mengganggu ketenteraman awam'. - CARI
Quote RatuDunia94 26-8-2019 12:58 PM
Salah 1 video lawak bodoh ummah cina.. nyampah
Quote Cpkay 26-8-2019 01:40 PM
awat tak langgar kuat sikit baru realistik .. eh lupa .. itu mak dia
Quote Modngengade 26-8-2019 01:55 PM
jinjang oh jinjang
Quote ikanmasin 26-8-2019 02:17 PM
so drama
Quote buapakperut 26-8-2019 02:23 PM
tak realistik lah. langgar sampai melambung sat, mati terus tak menyusahkan orang
Quote che-cikL 26-8-2019 02:24 PM
Kan main pulak... Maknya yg pulak naik beskal anak naik kereta
Quote SWORKS27 26-8-2019 02:26 PM
nanti jinjang sini akan folo..dan diikuti rapay melayu jinjang muda kaki likers
Quote afie_m 26-8-2019 02:28 PM
macam ni pun ada ke....
Quote diggerr 26-8-2019 02:53 PM
Alaaahhhaaaiiiii
Quote Artemesiaa 26-8-2019 02:56 PM
Mendapat sudah, sepandai2 berlakon akhirnya kantoi juga.
Quote sukacactus 26-8-2019 02:58 PM
Apala bodo sgt diorang ni
Dah la bodo, menyusahkan org lg!
Quote afie_m 26-8-2019 03:07 PM
alahai..kan dah mendapat ... mau bising mak dia dalam jel tu nanti..
Quote Fleur81 26-8-2019 03:08 PM
Anak beranak yang kuat berdrama
Quote Artemesiaa 26-8-2019 03:12 PM
Jangan berjangkit pulak perangai macam ni kat sini pulak nanti sudah
Quote rosasen 26-8-2019 03:33 PM
xde keje cari keje
Quote Foxey 26-8-2019 04:06 PM
Apa ka bongok nya la hai nak buat macam ni.
Quote gummiebear 26-8-2019 08:01 PM
Sampai begini orang sanggup buat demi validation and attention from strangers smh
Quote sehirkedi 26-8-2019 08:37 PM
Harap auntie dan anaknya diambil jadi pelakon drama.. Minat berlakon tu.. Tapi cara tak kena... Buat kat jalan sibuk.. Memang mendapatlah... Alahaiii

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.240234 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top