CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Sarjan Dari Kor Risik Diraja' Bawa Pisau Ceroboh Kem Tentera

4-7-2019 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6674| Komen: 9

Description: Polis menahan seorang lelaki dipercayai penuntut sebuah kolej swasta selepas cuba memasuki Kem Rejimen 508 Askar Wataniah di Seremban, kelmarin.
Polis menahan seorang lelaki dipercayai penuntut sebuah kolej swasta selepas cuba memasuki Kem Rejimen 508 Askar Wataniah di Seremban, kelmarin.

Sinar Harian melaporkan, lelaki itu dikatakan mengalami masalah mental dan menyamar sebagai salah seorang anggota berpangkat sarjan sebelum disedari anggota bertugas kira-kira 1.30 tengah hari.



Kredit foto: Utusan

Menurut sumber, lelaki berusia 26 tahun itu mengaku sebagai anggota tentera berpangkat sarjan dari Kor Risik Diraja apabila ditahan pengawal bertugas. 

Lebih mencurigakan, pemeriksaan badan menemui sebilah pisau, dompet dan kunci kereta.


Kredit foto: Sinar Online


Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak mengesahkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian dan menahan suspek untuk pemeriksaan lanjut.

"Berdasarkan maklumat diperolehi, kita mendapati suspek mempunyai masalah mental.

"Dia kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) dan pihak hospital mengesahkan suspek mempunyai rekod rawatan pesakit psikiatri," katanya.

Sementara itu, Utusan melaporkan lelaki terbabit menaiki Perodua Kancil sebelum meletakkannya di luar kawasan kem dan berjalan kaki ke pos pengawal. 

Difahamkan, suspek kini ditempatkan di wad psikiatri untuk rawatan lanjut. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 4-7-2019 02:19 PM
pisau pun temberang, patut bawa pisau rambo macam special forces,  itu pisau student kulinari tak habis belajar
Quote Foxey 4-7-2019 02:48 PM
Agaknya dia teringin nak jadi askar kot tapi tak layak sebab sakit mental
Quote ikanmasin 4-7-2019 03:01 PM
mmg besar tanggungjawab pengawal yg jaga tu kan..
kalau terlepas ke apa naya pengawal tu nak menjawap nnt..
Quote munchkin 4-7-2019 06:18 PM
Kesian dia. .....

...mujurlah pengawal ada.
Quote che-cikL 4-7-2019 09:25 PM
Dlm pada mental tu, tahu gak nak auta dari KRD
Quote kivio 4-7-2019 09:54 PM
Tak mental mana buleh jadi askar
Quote Lengkong 4-7-2019 10:06 PM
Masih muda..harapnya boleh sembuh dari sakit


Quote saviour_09 5-7-2019 03:14 PM
kor risik

boleh tahan jugak ko nak menipu ye sarjan
Quote Xim 8-7-2019 11:38 AM
memule ingt bangla . rupenye mamak curry papadom

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.097928 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top