CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ingin Kurus? Cuba Cadangan Menu Masakan Sihat Ini Tanpa Perlu Berlapar

19-4-2019 12:58 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 9270| Komen: 20|Original author: Oleh: intan

Anda berbadan gemuk dan ingin menurunkan berat badan sempena hari lebaran yang bakal tiba ini? Tak kisahlah apa pun tujuan anda berazam untuk menguruskan badan, asalkan jangan memudaratkan diri dalam mencapai visi dan misi.

Namun, dengan lambakan produk menguruskan badan di Malaysia, anda mungkin perlu berhati-hati dalam menggunakan produk perlansingan ini. Sering kali kita mendengar berita mangsa penipuan sehingga ada yang melibatkan nyawa. Produk-produk 'sampah' yang berlambak di pasaran mungkin meragut nyawa jika diambil secara sebarangan.

Kini tidak lagi kerana munculnya program diet yang selamat seperti diet atkins, 'intermitten fasting' dan sebagainya. Mengikut ahli nutrisi, jika anda cuba untuk mendapatkan bentuk badan ideal, amalkan pemakanan 'suku-suku-separuh' dalam pengambilan makanan seharian. Dalam laman Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN), jom kita ikuti perkongsian saudari Normala Abdir yang telah berjaya menurunkan badan hampir 15kg dalam tempoh 4 bulan.


Menurutnya, dalam perjalanan menurunkan berat badan tidaklah sampai tidak makan dan tidak juga perlu ambil produk-produk yang dijual di pasaran. Beliau hanya masak sendiri dan tidak menggunakan produk premium, sekadar apa yang ada. Memperbanyakkan protein, melebihkan sayur dan membawa bekal ke pejabat juga amalan yang dilakukan beliau sepanjang proses ini.

'Asal boleh', mengakui tidak sangat rajin untuk memasak dan hanya masak menggunakan apa yang ada di dapur, beliau juga kadang-kadang mengamalkan 'cheat day' terutama waktu hujung minggu. Beliau juga mengamalan diet suku-suku-separuh. Jom kita lihat menu yang diamalkan saudari Normala ini.

Sarapan juga boleh makan macam portion untuk tengah hari..
Suku-suku-separuh
Nampak sedap dan menyelerakan
Makan timun banyak boleh kurus
Jimat duit jika masak sendiri
Menurutnya lagi, ada jadual yang beliau ikuti.

Breakfast antara 7 pagi hingga 8 pagi beliau mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat, protein dan fiber. Untuk snack time, 10 pagi hingga 11 pagi ( buahan, kekacang atau plain yogurt). Untuk makan tengah hari di antara masa 1 petang dan 2 petang, makanan mesti mengandungi karbohidrat + protein + fiber. Jika hendak ber-snack time di waktu petang, boleh ambil makanan seperti waktu pagi. Dan untuk makan malam antara waktu 7 petang hingga 8 malam, makanan yang diambil mestilah mengandungi protein dan fiber.

Pengambilan air mengikut keperluan tubuh badan juga penting. Jika anda mempunyai berat 25 kg, 1 liter air diperlukan setiap hari. Namun, tidak hanya melalui pemakanan, bersenam juga perlu untuk mencapai berat idaman.

4

Bagus
1

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Elle_mujigae 19-4-2019 01:04 PM
Makanan simple pun nampak sedap!
Pengalaman kita,tanpa disedari beberapa bulan yg lepas tak mkn nasi,turun byk juga..I guess itu yg serasi dgn kita so sekarang tak beli beras, just plan nak mkn lauk je..ikan bakar 3 ekor..lol
Quote umbut 19-4-2019 01:45 PM
Aku ni mkn seperiuk pun x gemuk2..
Quote Sang_Pencinta 19-4-2019 02:00 PM
Macam sedap

Tapi boleh kenyang ke?
Quote bawangkecik 19-4-2019 02:23 PM
Sang_Pencinta replied at 19-4-2019 02:00 PM
Macam sedap

Tapi boleh kenyang ke?

kena cuba dulu
Quote duricinta 19-4-2019 07:55 PM
Hati kena kental nk buat eat clean ni.. Ni pantang nampak org jual kuih, keropok lekor tepi jalan,  confirm singgah bli. Cm ne nk kurusnye
Quote nono86 19-4-2019 09:22 PM
umbut: Aku ni mkn seperiuk pun x gemuk2..

Untong la
Quote nazzse 20-4-2019 11:19 AM
Sang_Pencinta: Macam sedapTapi boleh kenyang ke?


Actually sedap je, lagi sedap adalah sbb u akan rasa real taste setiap mknan tu..biasa nanti tak rasa dah nk makan yg lain2 tu
Quote RatuDunia94 20-4-2019 11:26 AM
Iols dah seminggu cut nasi gantikan dgn Oat. skrg makan sayur2 n buah2 je..  air bergula manis2 pon dah x minum.. iols nak maintain sampai raya..
Quote RatuDunia94 20-4-2019 11:28 AM
duricinta: Hati kena kental nk buat eat clean ni.. Ni pantang nampak org jual kuih, keropok lekor tepi jalan,  confirm singgah bli. Cm ne nk kurusnye


Betul2.. kadang ramai org silap.. sebenarnya punca utama org gemuk sbb byk amik kalori yg sia2.. contohnya keropok2, kuih2, cemil cemilan.. tanpa kita sedari makanan2 tu memiliki kalori yg tinggi apatah lg bila diambil dgn banyak. Ditambah pula dgn air manis. Teh dhaka la.. semua tu punca gemuk..
Quote mamasaffiya 20-4-2019 01:21 PM
My husband pernah turun almost 20kg. Tp makan masa dekat setahun juga lah. Memang tak sentuh nasi dengan air manis. Berat dia 100kg boleh turun ke 80kg. Dia pun jenis bersukan dan tak merokok. Saya lah tiap2 hari siap kan bekal untuk dia. Lebih kurang menu kat atas cuma xde nasi. Saya pun terikut juga diet tapi kena makan nasi jugak sekali sehari.
La ni berat dia naik balik  rasanya start raya tahun lepas. Wpun berat dia naik tapi tak nampak gemuk sebab badan dia jenis tough. Cuma perut je lah ke depan sikit
Quote Cutedebok 21-4-2019 03:15 AM
Nmpak sedap{:teatime
Quote diss69 21-4-2019 04:25 PM
Terliuq nengok...
Quote DiabloGato 22-4-2019 10:11 AM
nk kene rajin & disiplin sbnrnye.. mane tahan kalau dah tgk makanan kat pasar mlm tu.. lg xtahan kalo ade org belanje mkn.. hahaha...
Quote Artemesiaa 22-4-2019 11:49 AM
Makanan simple kadang lebih sedap dah menyihatkan dan makan makanan penuh macam2 kuah sana sini
Quote niena90 22-4-2019 03:11 PM
I dah buat eat clean 4 bulan. Alhamdulillah mmg best this journey utk kuruskan & sihatkan badan. Walaupun dah turun 15kg, makan tetap 5 kali sehari & mmg enjoy tanpa perlu berlapar
Quote iznanaziz 24-4-2019 12:11 PM
i tak boleh makan tanpa berkuah
Quote Perk77 24-4-2019 12:14 PM
niena90 replied at 22-4-2019 03:11 PM
I dah buat eat clean 4 bulan. Alhamdulillah mmg best this journey utk kuruskan & sihatkan badan. Wal ...

Aha..samalah..Aku turun 20kg..mmg kerap mkn...Dan kurangkan gula..mmg enjoy
Quote mrseller 24-4-2019 02:45 PM
niena90 replied at 22-4-2019 03:11 PM
I dah buat eat clean 4 bulan. Alhamdulillah mmg best this journey utk kuruskan & sihatkan badan. Wal ...

share lah menu sis

Quote somaki 1-5-2019 07:18 PM
Aku dulu turun 10kg tanpa disedari. Makan nasi banyak gila. Diet gluten free menjadi woii

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.077141 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top