CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sangka Dibebaskan Hari Ini - Siti Aishah

11-3-2019 05:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3025| Komen: 13

“Saya berasa sangat gembira dan tidak menyangka hari ini adalah hari pembebasan saya."

Itulah yang diluahkan oleh Siti Aishah hari ini selepas dia dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kom Jong-nam. 


Memetik laporan Projek MM, Siti Aishah, 27 dalam sidang media di Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Indonesia. 

“Terima kasih kepada Presiden Indonesia Jokowi (Joko Widodo), menteri-menteri, pihak kedutaan dan pemerintah di Malaysia kerana membebaskan saya,” katanya. 

Aishah juga berkata, dia mendapat layanan yang baik ketika di penjara termasuk menerima sokongan moral. 

Kredit foto: Reuters


“Saya sihat sahaja dan layanan daripada penjara juga bagus malah banyak memberi saya sokongan moral,” ujarnya. 

Menurutnya lagi, perkara pertama yang ingin dilakukan pada waktu ini ialah bertemu dengan keluarganya. Aishah dijangka dibawa pulang ke Indonesia pada hari ini. 

Terdahulu, Mahkamah Tinggi di Shah Alam melepas tanpa membebaskan Siti Aisyah daripada pertuduhan membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam.- CARI 

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beautifulorchid 11-3-2019 05:28 PM
Gigi lawyer tu takot  plak aku negokkkk......
Quote wasabi29 11-3-2019 07:23 PM
Iolls rasa sheolls mmg innocent, mangsa kejadian jer, lawyer tu tolong la gi scaling haih
Quote JokesCop 11-3-2019 07:58 PM
Duduk je la dalam jail, takut xsampai seminggu keluat n.korea hantar ahjussi.
Quote Remyda 11-3-2019 09:01 PM
Pembunuhan Kim Jong-Nam: Ucapan pertama Siti Aisyah selepas dibebaskan

Hasimi Muhamad, Astro Awani |  Published Mac 11, 2019 14:14 MYT

KUALA LUMPUR: :
Tiada kata yang dapat diucapkan oleh Siti Aisyah, 26, bagi menggambarkan betapa gembiranya beliau apabila detik yang ditunggu selama ini akhirnya termakbul hari ini.

Selepas hampir setahun ditahan dan dituduh atas dakwaan membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam, gadis berasal dari Serang, Indonesia itu kini mampu mengukir senyuman apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini melepaskan beliau tanpa membebaskan.

Dalam sidang media pertama beliau sejurus selepas dibebaskan, Siti Aisyah yang memakai tudung berwarna merah jelas tidak dapat menahan sebak dan hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat termasuk pemimpin dari Indonesia dan Malaysia kerana membebaskan beliau, hari ini.

“Perasaan saya sangat bahagia dan tidak menyangka kerana hari ini saya telah dibebaskan.

“Terima kasih kepada Presiden saya (Joko Widodo), terima kasih kepada menteri-menteri, dan kedutaan Indonesia yang telah melantik peguam dari Malaysia.

“Juga terima kasih kepada pemimpin di Malaysia kerana membebaskan saya,” katanya dalam sidang media, pada Isnin.


Ketika ditanya oleh pemberita perkara pertama yang akan dilakukan oleh beliau selepas dibebaskan, Siti Aisyah berkata, "saya mahu bertemu dengan keluarga."

Mengikut pertuduhan, Siti Aisyah dan warga Vietnam, Doan Thi Huong didakwa membunuh Jong-Nam bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas di Balai Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) Sepang kira-kira jam 9 pagi, 13 Februari 2017.

Jong-Nam didakwa dibunuh dengan senjata kimia maut iaitu agen saraf VX.

Kedua-dua wanita itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Untuk rekod, istilah dibebaskan tanpa dilepaskan bermaksud pendakwa raya boleh jika mahu untuk mendakwa semula tertuduh.
Quote Remyda 11-3-2019 09:02 PM
Bebas kes bunuh Jong-nam: Siti Aisyah selamat tiba di Indonesia

ISNIN, 11 MARCH 2019 @ 8:06 PM

JAKARTA: Selepas lebih dua tahun ditahan dalam menjalani proses pengadilan di Malaysia, akhirnya Siti Aisyah tiba di tanah airnya, Indonesia petang tadi.

Dilepas tanpa dibebaskan atas tuduhan membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi, Siti Aisyah, 27, selamat tiba di Jakarta di Lapangan Terbang Halim Perdana Kesuma, pada jam 5 petang dengan pesawat khas yang diuruskan Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur.

Ratusan petugas media tempatan menunggu ketibaan Siti Aisyah sejak jam 3 petang, turut menyiarkan berita secara meluas mengenai keputusan Hakim Datuk Azmi Ariffin berhubung kes terbabit.

Siti Aisyah ditahan pihak berkuasa Malaysia pada hari kejadian pembunuhan Kim Chol, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Feb 2017.

Wanita itu yang berasal dari Serang, Banten kelihatan ceria, turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam pembebasannya itu.

Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Yasonna Laoly yang turut bersama Siti Aisyah pada sidang media di Jakarta, berkata pemerintah Indonesia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di Malaysia, yang terbabit dalam proses pengadilan itu.

“Selama dua tahun dan 23 hari, Siti Aisyah dipenjara di Malaysia (ditahan dalam menjalani proses pengadilan), proses yang panjang dan dia ternyata terbukti tidak bersalah, hanya menjadi mangsa dalam konspirasi kononnya terbabit dalam program ‘reality show’, tidak mengetahui yang dia telah diperalatkan,” katanya.

Menteri Luar Indonesia, Retno LP Marsudi dalam satu kenyataan, berkata pembebasan Siti Aisyah satu keputusan ‘yang manis’ dan khabar gembira buat Indonesia selepas wanita itu mengalami proses pengadilan yang panjang.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi melepas tanpa membebaskan Siti Aisyah daripada pertuduhan membunuh Kim Chol.

Hakim Azmi membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad menarik balik pertuduhan ke atas Siti Aisyah, mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah. – BERNAMA
Quote Remyda 11-3-2019 09:15 PM
Peguam Doan akan hantar representasi gugur pertuduhan

Sarah Zulkifli

DOAN dikawal anggota polis ketika keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam. FOTO Sairien Nafis
PEGUAM Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili tertuduh kedua warga Vietnam Doan Thi Huong berharap Jabatan Peguam Negara (AGC) serius dan mempertimbangkan representasi yang akan dikemukakan pihaknya bagi menggugurkan pertuduhan dihadapi Doan.

Hisyam berkata, selain itu, pihaknya juga berharap AGC akan membuat keputusan terbaik berhubung pertuduhan bunuh yang dihadapi anak guamnya.

“Pada pagi ini, pertuduhan terhadap tertuduh pertama Siti Aisyah ditarik balik, namun tidak bagi Doan dan caj kertas pertuduhan bunuh berkenaan masih sama.

“Kami kecewa dengan keputusan mahkamah kerana tiada sebab dan alasan yang diberikan pihak pendakwaan mengapa pertuduhan terhadap Siti Aisyah ditarik semula,” katanya ketika sidang media di lobi mahkamah.

Terdahulu, pada hari pertama prosiding pembelaan di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin, Hisyam memaklumkan mahkamah pihaknya akan menghantar representasi untuk menggugurkan pertuduhan kepada AGC.

Mahkamah kemudian menangguhkan perbicaraan hari ini dan menetapkan Khamis ini untuk Doan sambung bicara membela diri.

Pada 16 Ogos 2018, Siti Aisyah dan Doan dipanggil membela diri atas pertuduhan membunuh Kim Chol dipercayai menggunakan agen saraf VX.

Mengikut pertuduhan, Siti Aisyah dan warga Vietnam, Doan didakwa membunuh abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Chol atau Kim Jong Nam bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas di Balai Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) Sepang kira-kira jam 9 pagi, 13 Februari 2017.

Kedua-dua wanita itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Empat lelaki Korea Utara yang masih bebas itu dikenali sebagai Mr Chang atau nama sebenarnya Hong Song Hac, 34; Mr Y (Ri Ji Hyon),33; Hanamori (Ri Jae Nam), 57, dan James atau O Jong Gil, 55.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mac 2019 @ 1:46 PM
Quote Remyda 11-3-2019 09:16 PM
Tertuduh ke dua masih sangkut
Quote lasagnaklcc 11-3-2019 09:18 PM
Pegang tgn berlapik ke tu
Quote Skuau 11-3-2019 09:19 PM
semoga xde yg tiru kes ini.....
Quote budakpink 11-3-2019 10:38 PM
X bole lupe mase korea Utara tahan rakyat malaysia x bg kuar negara dieorg tu minta tukar ganti ngn mayat abgnye... Scary kot. Mayat pun bole minta ditukar... Malaysia pun malas nak ikut campur bukan bawa untung pun. Ha bg jela mayat tu. Simpan pun wat apo
Quote ninja boy 11-3-2019 11:18 PM
Kesian buta2 kena tipu dpt kerja pelakon prank, siap Buat kenduri sblm berangkat.
Quote kejesame 12-3-2019 01:14 AM
ninja boy replied at 11-3-2019 11:18 PM
Kesian buta2 kena tipu dpt kerja pelakon prank, siap Buat kenduri sblm berangkat.

Tulaaa, byk tgk video prank kt youtube laaa tu... hahaha
Quote NazRysha 12-3-2019 07:49 AM
wasabi29 replied at 11-3-2019 07:23 PM
Iolls rasa sheolls mmg innocent, mangsa kejadian jer, lawyer tu tolong la gi scaling haih

hahaha aku kenal Mr. Gooi ni
nanti aku ckp kat dia suh pi scalling naaa


Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.067379 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top