CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Baju Pindey Kan, Bahu Kicy Kan,"-Bangla Pun Dah Buka Kedai, Habislah Tukang Jahit Melayu

12-2-2019 11:58 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 12258| Komen: 46|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Tidak dinafikan pekerja asing kini bukan sahaja bekerja di bidang yang ditawarkan satu ketika dulu, seperti perladangan, pembinaan dan pembantu rumah. Akan tetapi mereka kini memasuki bidang pekerjaan ...


Tidak dinafikan pekerja asing kini bukan sahaja bekerja di bidang yang ditawarkan satu ketika dulu, seperti perladangan, pembinaan dan pembantu rumah. Akan tetapi mereka kini memasuki bidang pekerjaan yang sama sekali berbeza iaitu industri perindustrian, pembuatan makanan dan juga industri jahitan.

Kebanjiran pekerja asing ini boleh di lihat di merata-rata tempat dengan mereka menawarkan perkhidmatan yang efisien. Disebabkan tidak begitu fasih berbahasa Melayu, maka percakapan dan tulisan mereka mempunyai kesilapan nahu serta sebutan.

Netizen ini sebenarnya menyiarkan gambar poster tempahan jahitan yang mempunyai banyak kesalahan tatabahasa oleh pekerja Bangladesh dan Nepal, manakala di ruangan komen pula bergaduh antara mereka yang menyokong kerajinan pekerja asing ini dan juga mereka yang risau dengan perkembangan ini yang akan mengurangkan potensi kerja warga tempatan.



Kredit foto: Twitter
Ada netizen berpendapat yang bukan sahaja tukang jahitnya warga Bangladesh, malahan tukang mencetaknya juga turut dalam kalangan Bangladesh. Ini kerana mustahil ejaan tersebut dicetak tanpa dibetulkan terlebih dahulu jika orang Malaysia yang menjadi tukang cetaknya. Adakah ia sekadar melawak atau memang bisnes percetakan pun sudah didominasi oleh mereka?


Justeru itu, ramai yang merungut bahawa bukan sahaja bisnes potong rumput sudah ditawan oleh warga Bangladesh, malahan bisnes yang dipelopori oleh warga Malaysia sedikit demi sedikit makin berkurangan. Mungkin ada yang memberi alasan kerana jahitan kemas dan harga yang ditawarkan oleh golongan ini murah menyebabkan mereka laris, namun apabila melihatkan harga di poster, ia sebenarnya 'cekik darah' juga.


Kredit foto: Carian Internet
Bagaimanapun, tidak semua memberikan pendapat yang sama. Ada netizen beranggapan itu adalah kerana mereka rajin mencari rezeki halal. Jadi, tidak timbul isu 'mencuri' peluang kerja yang diwar-warkan. Lagi pula jika ramai yang menghantar material kepada mereka, bermakna hasil kerja mereka bagus, jadi kenapa perlunya berdengki, sedangkan ramai juga warga Malaysia mencari rezeki di bumi asing?


Kredit foto: Carian Internet
Jadi, adakah benar kerana mereka yang rajin mencari peluang, maka ianya terhidang di depan mata? Adakah warga Malaysia hanya tahu merungut sahaja tanpa melakukan apa-apa pun?

Jika anda sendiri, hantar baju untuk dijahit kepada sebangsa atau warga asing? Tepuk dada tanya selera. -CARI
4

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote None68 12-2-2019 12:03 PM
Mahal sgt tu nok..bingai je yg hantar ke situ
Quote MadameOnion 12-2-2019 12:09 PM
tempah baju mmg mahal skrg ni..tu sbb i prefer beli rtw je utk dipakai pegi ofis..kalau baju rtw range harga 120-150 pun boleh dapat cantik2 compared dgn nak beli kain pastu tempah lagi..tapi kekadang kena tempah la jugak..tapi utk certain occasion je
Quote aijinmisaki 12-2-2019 12:16 PM
Lengser tu apa?
Quote insulin 12-2-2019 12:21 PM

Langsir?
Quote Skuau 12-2-2019 12:22 PM
ingt bangla...murah ke?...sy prnh try tanya...lg murah warga tempatan buat.
Quote kechikchomel 12-2-2019 12:30 PM
mahal la. kat tempat iolss ni tailor bangla. tapi rasanya owner melayu. kurung biasa/moden/pahang rm45. kalau kain je rm25.

ohhh...iolss area Bandar Baru Bangi
Quote moonbug 12-2-2019 01:06 PM
kechikchomel: mahal la. kat tempat iolss ni tailor bangla. tapi rasanya owner melayu. kurung biasa/moden/pahang rm45. kalau kain je rm25. ohhh...iolss area Bandar B ...


Murahnya. Apa nama kedai
Quote pokaibanktokyo 12-2-2019 01:14 PM
Setakat kedai jahit caprut semua hanya spesies pprt hidup susah macam engkau saja heran
@Cari-Azza
Quote intan_smsb 12-2-2019 01:20 PM
harap tahun ni baju raya aku siap
Quote Melorqe 12-2-2019 01:24 PM
ada satu butik ni kat my taman di shah alam.
nama glamer juga, rasanya owner perunding imej kut.
bila pegi tempah tukang jahitnya bangla jantan lembut.
waduuhh. ku ingat perempuan tukang jahit nya.
jahitannya kemas la, tapi mahal nak mampus.
baju kurung budak pun rm70.
aku percaya mamat bangla semua ni mana ada permit kerja.
ramai yg dah jadi tukang jahit kat sini.
ada yg mamat melayu nya keja alter seluar  dok la kat kaki lima kedai bawah tu dah bertahun.
Quote kurga 12-2-2019 02:05 PM
ade ke pompuan yang berani diukur badan dengan bangla? member ppuan opis ukur badan nak buat baju ramai2 pon da bising budak laki duk depan dorang...
Quote AznieBunnie 12-2-2019 02:59 PM
bawah eskelator aeon jusco shah alam ni pun ada kedai mereka ni.
jahit kaki jeans RM10.
Quote mieymiey 12-2-2019 03:06 PM
Koshan? Shall?
Quote prettyuglybabe 12-2-2019 03:18 PM
bukan tu harga standard jahit baju sekarang?
Quote kechikchomel 12-2-2019 03:30 PM
Edited by kechikchomel at 12-2-2019 03:34 PM
moonbug replied at 12-2-2019 01:06 PM
Murahnya. Apa nama kedai

al-mughni. deret manjaku seksyen 9
iolss bagi baju contoh kat dia. so takyah la dia amik measurement kita
ehhhh...lagi satu. kalau untuk raya dia amik tempahan sampai hujung bulan ni je


Quote kaklong32 12-2-2019 03:32 PM
mak ai kurung biasa sampai lapanploh
Quote amyza 12-2-2019 04:04 PM
Harga macam tu baik pegi medan mara jer
Quote buapakperut 12-2-2019 04:13 PM
shall koshan hahaha
Quote NekNgah 12-2-2019 04:38 PM
Mahal, untuk baju kurung biasa, saya bayar upah RM50 aje.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.096198 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top