CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

10 Kursus Pengajian Paling Aneh Dan Pelik, Anda Berminat?

4-1-2019 11:13 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 4555| Komen: 25|Original author: Oleh: nameera

Description: Kursus pengajian merupakan pendidikan sebagai penentu masa depan. Setiap jenis pengajian dan jurusan yang ditawarkan sesuai untuk minat dan bakat seseorang itu.Namun begitu, tahukah anda masih terdapa ...
Kursus pengajian merupakan pendidikan yang menentukan masa depan. Setiap jenis pengajian dan jurusan yang ditawarkan sesuai untuk minat dan bakat seseorang. 


Kredit foto: Plexuss

Namun, tahukah anda masih terdapat beberapa jurusan yang dikatakan pelik dan aneh di dunia ini? Ia menjadi pelik apabila memikirkan di mana logiknya bagi sesetengah kursus pengajian yang ditawarkan itu. 


Harry Potter Mithology di University of California

Kredit foto: www.hipwee.com

Karya J.K Rowling ternyata bukan sekadar hiburan. Di University of California, Los Angeles, terdapat sebuah jabatan yang mengkhusus dalam mendalami cerita mitos mengenai Harry Potter. 

Namun, kisah ini hanya cerita fiksyen dan ditulis oleh manusia, tetapi ternyata ia boleh menjadi salah satu pilihan sebagai jurusan pengajian. 


Jurusan WangHong di Yiwu Industrial & Commercial College di Cina

Kredit foto: www.news.com.au

Bagi anda yang sukakan populariti dan ingin menjadi terkenal atau public figure, ini jurusan paling sesuai untuk anda dalami! Di Yiwu Industrial & Commercial College, anda akan diajar bagaimana untuk menjadi 'tular' di media sosial. 

Jika anda belajar di sini, anda akan belajar bagaimana untuk melakukan swafoto yang betul sehingga bagaimana ingin memulakan perjalanan sehingga boleh menjadi terkenal dengan sensasi.


Sexuality Studies di Ohio State University

Kredit foto: www.idntimes.com

Ohio State University terdapat jabatan yang mengkhusus dalam seksualiti serta bagaimana sejarah, biologi, budaya, dan lain-lain yang berhubung kait dengan seks. 

Jurusan ini akan mempelajari mengenai LGBT dan undang-undangnya. Selepas tamat pengajian, graduan boleh bekerja dalam bidang kesihatan, undang-undang dan psikologi yang pastinya berkaitan dengan masalah seksual. 


Meme Studies/Internet Memeology di Northwestern University

Kredit foto: www.northwesternflipside.com

Meme bagi kita mungkin hanya sekadar hiburan. Tetapi tidak di Northwestern University di mana ada jurusan khusus dalam mempelajari tentang meme. Malah, ramai pelajar di sini lebih lucu dan suka bergurau. 

Jurusan ini juga mempelajari sejarah bagaimana meme menjadi tular dan cukup digemari oleh muda mudi.


Beatles Popular Music and Society di Liverpool Hope University

Kredit foto: Google

Jurusan muzik mungkin sudah biasa didengari, tetapi jurusan muzik khusus untuk The Beatles boleh dikatakan sesuatu yang unik. Melalui jurusan ini, mereka akan mempelajari sejarah The Beatles dan bagaimana kumpulan ini begitu berpengaruh dan cukup terkenal. 

Mereka yang mengambil jurusan ini boleh menjadi sejarahwan The Beatles.


Theme Park Engineering 

Kredit foto: www.tpegosu.com

Jurusan ini turut ditawarkan di Ohio State University. Bidang ini khusus kepada perkara berkaitan teknik mengurus taman hiburan, belajar tentang keselamatan roller coaster, dan bagaimana membina permainan di taman tema terutamanya roller coaster.


David Beckham Studies di University of Staffordshire

Kredit foto: Google

Bagi mereka yang sukakan bola sepak, jurusan ini sangat sesuai untuk anda. Melalui jurusan ini, terdapat juga modul berjudul David Beckham yang secara khusus membincangkan pergolakan pemain bola sepak Inggeris. 


Zombie Studies 

Kredit foto: Google

Salah satunya terdapat di Columbia College di Chicago. Bidang ini memfokuskan kepada sejarah zombi di dalam filem dan melihat bagaimana zombi berinteraksi sesama mereka serta sebab utama kenapa zombi menyerang manusia.


Bowling Industry Management and Technology di Universiti Vincennes

Kredit foto: Google

Kursus pengajian ini akan mendedahkan kepada pelajarnya mengenai sebarang persiapan yang diperlukan untuk mempersiapkan diri dalam industri permainan bowling. 

Sudah tentu jika anda mempelajari jurusan ini, anda akan bekerja dalam linkungan arena bowling seperti pengurusan, jualan atau pemasaran.


Mortuary Science di University of the District of Columbia

Kredit foto: Google

Ini adalah jurusan yang agak menyeramkan. Bidang pengajian ini adalah mengenai fasa pengebumian dan cara kebajikan serta  keselamatan yang betul untuk mereka yang meninggal dunia. 

Bekerja di rumah pengebumian, hospital atau pekerja forensik adalah kerja yang boleh dilakukan sebaik tamat pengajian kelak.

Apa pendapat anda? Adakah  jurusan yang disenaraikan menarik minat anda?  Jom kongsikan. - CARI
7

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
5

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 4-1-2019 11:43 AM
pengkajian kencing sana sini & jangan jadi pembaris di U malaysia ada???
Quote matkpop 4-1-2019 11:46 AM
Zombie studies dan Meme studies tu menarik haha
Quote CharlesDera 4-1-2019 11:51 AM
bachelor degree in brazzers studies ada dak? wakakakkakkakakka
Quote imthegirl 4-1-2019 11:51 AM
Theme park engineering tu takde la pelik sgt.
Quote imthegirl 4-1-2019 11:52 AM
BTW ni kursus ke subjek?
Quote abangbikerz 4-1-2019 11:53 AM
CharlesDera replied at 4-1-2019 11:51 AM
bachelor degree in brazzers studies ada dak? wakakakkakkakakka

Tu boleh buat online
Quote tungkai 4-1-2019 11:55 AM
Aku ingatkan course pengurusan pejabat kat UITM tu yg pelik rupanya ada lagi yang jauh merapu
Quote blancmont 4-1-2019 11:57 AM
Sexuality Studies di Ohio State University

Theme Park Engineering

Bowling Industry Management and Technology di Universiti Vincennes

Mortuary Science di University of the District of Columbia


yg 4 ni je rsnya sesuai ada pengkhususan
yg lain tu msk dlm salah satu sillibus ok lah
mcm psl zombie dan harry potter blh msk dlm jurusan filem or maybe writing

pengkhususan ni klu baca sekali imbas mcm mengarut
tp semuanya blh mendatangkan duit bila betul2 buat
sbb ada permintaan tu


Quote chicozinn 4-1-2019 12:27 PM
yang pengurusan mayat tu bagus gak ada jurusan leh combine ngan forensik
Quote Artemesiaa 4-1-2019 12:30 PM
Siapa sangka ada U yang tawarkan kursus sebegini memang unik
Quote moonbug 4-1-2019 12:39 PM
Lepas graduate Zombie Studies tu nak keje apa agaknya?
Quote meow_tompok 4-1-2019 12:40 PM
yg harry porter tu buang masa je lah.

Quote whadda 4-1-2019 12:45 PM
macam tak percaya je jurusan2 yg ade kat atas ni.. yang jurusan wanghong tu harap2 takde la yg bunuh diri klo kluar tak famous2
Quote Foxey 4-1-2019 03:22 PM
i'd choose Meme Studies/Internet Memeology di Northwestern University and Beatles Popular Music and Society di Liverpool Hope University
Quote Nonones 4-1-2019 03:58 PM
tungkai replied at 4-1-2019 11:55 AM
Aku ingatkan course pengurusan pejabat kat UITM tu yg pelik rupanya ada lagi yang jauh merapu

Kos pengurusan pejabat ni dulu dipanggil diploma kesetiausahaan, tp dah tukar nama kos ke pengurusan pejabat.
Quote fff_cat 4-1-2019 04:40 PM
Aku minat dengan taxidermy... kat Malaysia mungkin takde benda ni kowt.
Quote kroit92 4-1-2019 04:52 PM
Theme park, Bowling dengan Mortuary tu je nampak proper as studies

yang lain tu, entah la..

tak silap aku, dalam Sociology, Anthropology & Psychology macam ada cover isu-isu dalam course atas ni, macam sexuality, social trends and patterns untuk yang music, sports, etc, human interactions, behavioral & preferences, macam-macam la dah cover

tapi tang Harry Potter, jadi retis social media, Zombie bagai tu memang.. out
Quote dreamdaddy 6-1-2019 01:18 AM
sexuality, theme park, bowling dengan mortuary studies tu jah iols rasa relevant. kiranya sepanjang study duration tu diorang acquire specialised skills yang carry value kat degree obtained.

yang lain2 tu kursus mengarut syok sendiri jah. mohtip nak ada degree bagai untuk nak jadi viral nak buat meme? kosser yach nak bayar yuran pengajian memahal untuk course2 merapu nan hado. dah tu cemana pulak structure assessment dia. latihan industri dia pulak student nak apply kat mane? kosserr
Quote dani-rox 6-1-2019 01:51 AM
dlm byk2 tu kursus yg berpijak di bumi nyata dan bole cari makan: Mortuary Science.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.059271 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top