CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Orang Jepun Obses Sungguh Dengan Jenis Darah, Ini Sebabnya...

2-1-2019 01:27 PM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 9339| Komen: 27|Original author: Oleh: hafiz.ahmad

Description: Anda ingat lagi tak jenis darah diri sendiri? Jika tidak, semak sekarang!

Foto: Halo Sehat

Anda ingat lagi tak jenis darah diri sendiri? Jika tidak, semak sekarang! 


Berdasarkan survey pada tahun 2016 terhadap 3355 warganegara Jepun, 99% dari mereka tahu jenis darah diri sendiri. Kenapa hal ini boleh terjadi? Penting sangat ke jenis darah tu?



Di Jepun, jenis darah merupakan penanda aras untuk menentukan identiti seseorang. Ianya dikenali sebagai “Teori Jenis Darah dan Personaliti”. Walaupun teori ini nampak mengarut dan tiada kena mengena, kajian menunjukkan 29% lelaki dan 45% wanita di Jepun percaya akan teori ini.


Sejarah Teori Darah Furukawa


Di Jepun, mereka percaya bahawa jenis darah dan personaliti seseorang individu itu berkait rapat. Pelik bukan? Pada tahun 1927, Takeji Furukawa, seorang guru di Tokyo Women's Teacher School mempersoalkan sistem kelayakan untuk mengambil peperiksaan di sekolah itu yang dibuat berdasarkan keupayaan pelajar sahaja. Dia mahukan sistem yang mengambil kira personaliti seseorang itu juga.  


Gambar: Takeji Furukawa

Apa yang Furukawa ni buat? Dia mengkaji 11 orang ahli keluarganya dan jenis darah mereka. Setiap tingkah laku dan emosi mereka dicatit dan hasilnya, Furukawa menulis buku yang bertajuk “The Study of Temperament through Blood Type”. Meskipun kajiannya ditolak oleh pihak akademik pada tahun 1933, teori itu telah tersebar dan semakin dipercayai orang lain.


Selepas perang dunia ke-2, teori Jenis Darah dan Personaliti Jepun yang dicipta Furukawa telah semakin dilupakan rakyat Jepun. Akan tetapi pada tahun 1970, wartawan yang bernama Masahiko Nomi telah menulis sebuah buku berkenaan jenis darah dan personaliti, hasil dari pengaruh dari Takeji Furukawa tadi. 


Buku itu mendapat sambutan hangat dan telah menyebarkan teori itu dengan lebih meluas lagi. Menjelang 1980 pula, Teori Darah Furukawa semakin terkenal dan topik ini sering kali muncul di media seperti rancangan TV, majalah dan radio.

 

Anda Yang Mana Satu?


·  Darah A: Kichōmen (Teratur) 

Dirujuk sebagai Kichōmen. Orang yang berdarah A ialah seorang yang penyabar, cinta akan ketenangan dan setia. Individu ini mungkin sedikit sensitif dan mengambil kira tentang taraf sosial dan etika. Mereka sangat sensitif dengan perasaan orang lain tetapi mengambil masa untuk berkongsi perasaan mereka. Mereka sangat berhati-hati dalam membuat keputusan  dan lebih selesa membuat satu tugasan dalam satu masa. Kadang-kala degil dan senang untuk stres.


Gambar: Darah A  

Individu terkenal dengan darah A:

George H. W. Bush, Britney Spears, Adolf Hitler dan Jet Li.


 

·  Darah B: Jikochū (Pentingkan diri sendiri)

Mereka yang berdarah B dikategorikan sebagai Jikochū. Mereka pantas dalam membuat keputusan tetapi sukar untuk menerima arahan. Mereka adalah orang yang akan memastikan objektifnya akan tercapai walaupun sukar dilaksanakan. Mereka terkenal dengan seorang yang kreatif. 


Orang berdarah jenis B mempunyai rasa ingin tahu yang kuat, tetapi pada masa yang sama, senang untuk hilang rasa minat itu.

 

Gambar: Darah B 

Individu terkenal dengan darah B:

Leonardo DiCaprio, Jack Nicholson, Luciano Pavarotti dan Tom Selleck.


 

·  Darah AB: Kawarimono (Pelik)

Jenis darah AB adalah kombinasi di antara A dan B, gabungan dua personaliti yang berbeza. Mereka selalu dilihat sebagai seorang yang merumitkan. Sebagai contoh, mereka pemalu seperti darah A tetapi juga seorang yang confident seperti darah B. Walaupun mereka seorang yang tenang dan cool, masalah yang tertangguh boleh buat mereka cemas dan tidak tenang. 


Darah jenis AB adalah paling sedikit di Jepun dan di dunia (Ya, ada sangat rare!), jadi mereka sukar untuk ditemui.

 

Gambar: Darah AB

Individu terkenal dengan darah AB:

John F. Kennedy, Marilyn Monroe, Thomas Edison, Jackie Chan, Mick Jagger dan Barack Obama.


 

·     Darah O: Rakkanshugi (Optimis)

Individu yang berdarah O adalah seorang yang senang didekati dan mampu menceriakan mood orang. Mereka juga mempunyai sifat kepimpinan, tetapi mudah berputus asa jika tugasan itu nampak tidak penting. Mereka tidak kisah tentang perkara kecil, jadi sikap individu berdarah O kadangkala dibenci mereka yang berdarah A. Mereka selalu tiba lambat di majlis dan kadang kala sedikit kurang ajar.


Gambar: Darah O

Individu terkenal dengan darah O:

Elvis Presley, Queen Elizabeth II, Prince Charles, Al Capone, John Lennon, and Paul Newman

 

Walaupun teori darah ini sukar untuk diterima akal, tapi tak salah untuk kita belajar budaya Jepun. -CARI

22

Bagus
11

Marah
12

Terkejut
4

Sedih
14

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 2-1-2019 01:54 PM
Mcm kena dgn personaliti aku
Quote paz 2-1-2019 01:58 PM
Yer lah macam kena aja.
Quote rainbowrainz 2-1-2019 02:06 PM
Fuh x sangka iols
Quote shernazz 2-1-2019 02:09 PM
Sama la darah kita leonardo..
Sayangnya ko x hensem dh cm dedolu
Quote AbukRokok 2-1-2019 02:10 PM
2004 kasta darah O
2008 kata darah A

ntah lah
Quote lonso 2-1-2019 02:12 PM
Mcm kene je..hahaha
Quote CiliPadiSedap 2-1-2019 02:32 PM
Kaka masih dara perawan
Quote chinta89 2-1-2019 02:45 PM
dtg lambat ke majlis???

NO!

Aku jenis awal. setengah jam sebelum wajib sampai.
Quote mongoose_kidz 2-1-2019 03:58 PM
hahaha...kena sgt dgn personaliti i
aku ni mmg ceria orgnya (kwn2 kata la)
tp x berapa nk punctual la...hahaha
Quote LostStar 2-1-2019 04:00 PM
team John Lennonnnn.. haha
Quote Artemesiaa 2-1-2019 05:21 PM
Setiap satu ada baik dan buruknya bukan semuanya perfect
Quote mizziaz 2-1-2019 10:49 PM
Applicable to me...
Quote kroit92 2-1-2019 11:03 PM
jenis darah gemuruh

cekik darah

darah muda

Quote hasniey 2-1-2019 11:57 PM
Team hitler
Quote dua_chzy 3-1-2019 02:07 AM
chinta89 replied at 2-1-2019 02:45 PM
dtg lambat ke majlis???

NO!

Uols lahir bulan berapa? Selain darah, bulan kelahiran jugak biasanya mempengaruhi pangai kita.
Quote haliamerah 3-1-2019 08:58 AM
erm...ade yg xkena dgn artikel kt ats ni... aku team leonardo tapi aku ok je keje ikut arahan org...aku rse aku byk pentingkan hati n perasaan org lain bbanding diir sndiri..huhu..

Quote b_n_c 3-1-2019 11:06 AM
ok, aku blh ganti barrack obama..
Quote buapakperut 3-1-2019 08:36 PM
haha iols darah O.. husband pun. yang positif ada kat heols, yg negatif iols huhuhu
Quote DeeHanania 4-1-2019 02:03 PM
Edited by DeeHanania at 4-1-2019 02:51 PM

wahhh team gan elvis presley& QE
hihihi

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.086352 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top