CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kelantan Diramal Bebas Banjir Tahun Ini

28-12-2018 03:56 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 4567| Komen: 18|Original author: Oleh: Nia Mohamad

Description: Setiap tahun, sering saja kita dengar kawasan pantai timur dilanda banjir pada hujung tahun dek kerana angin monsun timur laut. Keadaan hujan yang berterusan menjadikan sesetengah besar kawasan teruta ...
Setiap tahun, sering saja kita dengar kawasan pantai timur dilanda banjir pada hujung tahun dek kerana angin monsun timur laut. Keadaan hujan yang berterusan menjadikan sesetengah besar kawasan terutamanya di Kelantan dan Terengganu dilanda banjir.

Istilah 'Pengantin Banjir' juga popular di kalangan penduduk Kelantan yang tetap mengadakan kenduri kahwin meskipun rumah dilanda banjir. Akibatnya, tetamu yang hadir terpaksa mengharungi air banjir demi meraikan mempelai. 

Kredit foto: Utusan


Di Kelantan juga, mereka yang tinggal di kawasan cenderung banjir, sudah terbiasa menaiki bot dan dipindahkan ke pusat perpindahan banjir. 

Kredit foto: Polis Diraja Malaysia

Namun begitu, tahun ini berita baik buat warga Kelantan ialah negeri tersebut dijangka bebas daripada bencana banjir untuk 2018. Menurut laporan Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Kelantan, hujan di Kelantan telah mula turun pada Oktober lalu, dan kini sudah mencecah 90 peratus taburan hujan. Baki hujan yang dianggarkan turun hanya tinggal 10 peratus sahaja daripada jumlah total 2700 millimeter.

Justeru, baki taburan hujan yang sedikit itu tidak akan menjadikan Kelantan banjir besar seperti sebelum ini. Keadaan cuaca juga sudah kembali panas dan tidak membimbangkan. 

Terdahulu, Kelantan mengalami banjir besar pada 2004, dan terkini pada 2014, yang merupakan banjir terburuk direkodkan di Malaysia. Banjir 2014 melibatkan perpindahan 170,000 penduduk di Kelantan.

Berikut merupakan foto kelumpuhan bandar di Kelantan ketika banjir besar 2014.



Kredit foto: Google




Kredit foto: Polis Diraja Malaysia


10

Bagus
9

Marah
14

Terkejut
14

Sedih
9

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 28-12-2018 08:39 PM
Ramalan serambi moscow pun tak banjir
Quote CiliPadiSedap 28-12-2018 08:39 PM
Ramalan serambi moscow pun tak banjir
Quote salmon-suki 28-12-2018 09:47 PM
Rasanya start hujung tahun lps lagi banjir bln december dah kurg kt klate..sbb hujan lebat start dlm januari which was early this year..maybe sama gk kot,januari next year start banjir..hihi~

Bnde ni jd lps tsunami melanda acheh dlu..tu laa y sy perasan..kalau tak,bulan november dah start hujan lebat,banjir kt tmpt2 rendah..tp sejak tsunami tu,november pn dah xde banjir,december pn hujung2 dec baru ler ada banjir..
Quote moonbug 28-12-2018 11:46 PM
Syukur alhamdulillah untuk ummah Kelantan
Quote MarryPottet 29-12-2018 12:12 AM
lepas PH menang, kelantan darul moscow pon tak banjir. Alhamdulillah. Taqbirrrr!
Quote LadyCarefree 29-12-2018 12:50 AM
MarryPottet: lepas PH menang, kelantan darul moscow pon tak banjir. Alhamdulillah. Taqbirrrr!


Hail kuintupis!
Quote ntahapapantah 29-12-2018 02:33 AM
Selepas PH menang Kelantan tak banjir, tapi ramai yg kena banjir dengan air kencing.
Quote LautBiru52 29-12-2018 09:53 AM
Takutnya tengok air banjir cecah bumbung caltex tu
Quote Orix 29-12-2018 02:32 PM
LadyCarefree: Hail kuintupis!


Hahahahahah lawak laaa
Quote CharlesDera 29-12-2018 02:35 PM
ntahapapantah replied at 29-12-2018 02:33 AM
Selepas PH menang Kelantan tak banjir, tapi ramai yg kena banjir dengan air kencing.

ayaq kencing sepet tak cebok....hutang negara 100 trilion tapi buat bajet defisit...wakakakkakakakakakaka
Quote jfq 29-12-2018 02:37 PM
Baru balik dari kelantan. Terang benderang cuaca. Enjoice betul jalan2 dgn langit blue skies memanjang
Quote sekngucing 29-12-2018 06:23 PM
jfq replied at 29-12-2018 02:37 PM
Baru balik dari kelantan. Terang benderang cuaca. Enjoice betul jalan2 dgn langit blue skies memanja ...

sana blue skies memanjang ...kalu area kl ni bnyka awan...sana tak bnyak sangat awan...
Quote pearlady 29-12-2018 07:18 PM
Ummah Moscow x merasa banjir thn ni..{:kill{:kill
Quote kbyne 30-12-2018 08:14 AM
terbaik kah...

Tahniah,atleast semua dah ready,apa apa hal jadi,anytime of yr,dah complete siap,InsyaAllah akan selamat Allah lindungi,sebab kita  dah ikhtiar yg terbaik...
Quote Decaffeinated 30-12-2018 09:58 AM
Tahun ni takde bala, why?....

Quote Putriputeh 3-1-2019 09:17 PM
Syukurlah kalau tak banjir
Quote moonbug 3-1-2019 09:23 PM
Syukur Alhamdulillah
Quote Tlalu 3-1-2019 11:24 PM
kalau tempat mereka mereka kata nyer ujian ... tapi kalau selangor...putrajaya dan penang..katanyer CASH hehehe tapi semuanyer di bumi malaysia yg setoet tu jer...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.059983 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top