CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Besarnyar, Cukup Sekampung! Kerana Saiz Gergasi, Lembu Ini Selamat Daripada Disembelih

10-12-2018 05:39 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6304| Komen: 27|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Seekor lembu gergasi Australia yang dinamakan Knickers selamat daripada disembelih dan menjadi hidangan kerana saiznya yang terlalu besar.
Seekor lembu gergasi Australia yang dinamakan Knickers selamat daripada disembelih dan menjadi hidangan kerana saiznya yang terlalu besar.


Kredit foto: LADbible

Lembu yang dipelihara di sebuah ladang di Myalup, bahagian barat Australia itu baru-baru ini ditempah untuk menjadi hidangan sebuah majlis BBQ, tetapi kerana masalah lojistik, lembu dengan ketinggian hampir dua meter dan berat melebihi sebuah kereta ini selamat daripada menjadi menu santapan.

 
Kredit foto: USA Today


"Saiznya terlalu besar dan tidak mampu ditampung peralatan pusat penyembelihan.

"Kami mendapat banyak permintaan tetapi Knickers memang bernasib baik kerana rancangan menjualnya tidak menjadi," kata Geoff Pearson, pemilik lembu tersebut kepada stesen televisyen Australian Broadcasting Corporation (ABC). 
 

Kredit foto: Radio NZ

Menurut Pearson, haiwan setinggi 194 sentimeter (sm) dan berat 1400 kilogram itu mempunyai berat hampir dua kali ganda dan ketinggian lebih 50 sm berbanding lembu biasa baka Holstein Friesian yang dipeliharanya. 

"Bila kami cuba mengalih dan mengangkatnya ke pusat penyembelihan, hampir semua mesin gagal berfungsi. Jadi, saya memutuskan dia akan terus tinggal di ladang ini sepanjang hayatnya," tambah Pearson lagi.

 
Kredit foto: Complex

Pearson berkata, lembu gergasi itu akan ditugaskan untuk melatih lembu-lembu lain. 

"Bila Knickers dimasukkan ke dalam kandang, lembu-lembu lain akan mengerumuninya dan bila ia berjalan, mereka akan mengikutinya ke mana saja. Jadi, kerja-kerja penjagaan akan lebih mudah jika Knickers ada," ujarnya.

Nampaknya, lembu gergasi ini selamat daripada disantap kerana saiznya. Kalau tak, memang cukup hidangan kenduri sekampung, kan? - CARI
11

Bagus
14

Marah
17

Terkejut
14

Sedih
17

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 10-12-2018 05:55 PM
Saiznya lebih dari cukup sekampung

Tapi dagingnya pasti liat sikit kan??
Quote CiliPadiSedap 10-12-2018 05:56 PM
Orang putih mereka bunuh lembu guna elektrik sebab bagi mereka haiwan xsakit begitu. Jadi sebelum sembelih mereka tembak guna elektrik .. silap2 boleh jadi bangkai..

Sebab tu bila lembu ni nak dibunuh device yang ada tak sesuai sebab mereka guna elektrik bukan guna pisau untuk sembelih..

Sebab tu kalau kaka beli lembu kaka beli ramly burger je sebab bukan dari australia
Quote Sang_Pencinta 10-12-2018 06:01 PM
Guna pisau sembelih lembu macam ni perlukan banyak tenaga ya
Quote multinicky 10-12-2018 06:05 PM
tp knickers ni comel klu dikartunkan mst lg comel
Quote Sang_Pencinta 10-12-2018 06:49 PM
multinicky replied at 10-12-2018 06:05 PM
tp knickers ni comel klu dikartunkan mst lg comel

Watak kartun bercakap ke??
Quote multinicky 10-12-2018 07:05 PM
Sang_Pencinta replied at 10-12-2018 06:49 PM
Watak kartun bercakap ke??

maksud meols dikarikaturkan.. comel je.. mooo moooo moooo
Quote Alais 10-12-2018 08:26 PM

lembu pun nak hidup
anatomi manusia ialah makan pokok bukan haiwan
Quote nishikido 10-12-2018 08:33 PM
Huiii besarnyaaa..mujur la lembu makan rumput jah..kalau karnivore habis penduduk sekampung lesap ditelannya..
Quote Sang_Pencinta 10-12-2018 08:36 PM
Alais replied at 10-12-2018 08:26 PM
lembu pun nak hidup
anatomi manusia ialah makan pokok bukan haiwan

Mana tahan jadi vegan sis
Quote buapakperut 10-12-2018 09:51 PM
multinicky: tp knickers ni comel klu dikartunkan mst lg comel

macam kartun ferdinand, dia pun besar juga, manja lagi
Quote armin 10-12-2018 10:23 PM
Macam mana nak jatuhkan lembu ni untuk sembelih pun. Besar mcm gajah. Mesti banyak makanan dia sehari kan
Quote Gingerly 11-12-2018 08:54 AM
Alais replied at 10-12-2018 08:26 PM
lembu pun nak hidup
anatomi manusia ialah makan pokok bukan haiwan

Good point
Quote Gingerly 11-12-2018 08:55 AM
Hgh overactive le tew. Dasat lombu nih.
Quote Artemesiaa 11-12-2018 09:47 AM
Jadi ikon ladang jer ler kalau dah macam tu
Quote chinta89 11-12-2018 10:14 AM
besaunyerrrrrrrr
Quote haryatie 11-12-2018 10:54 AM
makaihh...besar nya..
Quote Alais 11-12-2018 12:08 PM

kebanyakan haiwan yg manusia bunuh untuk makan
ialah haiwan yg tak bunuh manusia & haiwan lain
kesian kan nasib haiwan baik
Quote Alais 11-12-2018 12:11 PM
CiliPadiSedap replied at 10-12-2018 05:56 PM
Orang putih mereka bunuh lembu guna elektrik sebab bagi mereka haiwan xsakit begitu. Jadi sebelum se ...

daging segar = bukan bangkai
ikan segar = bukan bangkai
ikan membusuk = bangkai

Quote onexox97 11-12-2018 01:02 PM
sampai bila dia nak hidup

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.054394 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top