CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Katheri-Ne Heigl, Ibu Bikin Kecoh

17-9-2013 10:13 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4689| Komen: 11

Description: Reputasi Bekas Pelakon Siri Grey'S Anatomy, Katheri-Ne Heigl, 34, Kini Terjejas Apabila Dirinya Dicop Artis Bermasalah Kerana Menyebabkan Keadaan Kucar-Kacir Ketika Penggambaran Filem Life As We ...
Reputasi bekas pelakon siri Grey's Anatomy, Katheri-ne Heigl, 34, kini terjejas apabila dirinya dicop artis bermasalah kerana menyebabkan keadaan kucar-kacir ketika penggambaran filem Life As We Know It pada 2010.
Menurut sumber, setiap hari Katherine bukan hanya akan mempersoalkan mengenai pakaian dan solekan, tetapi juga tidak berpuas hati dengan skrip diberi padanya.

Ibu merangkap pengurus pelakon itu, Nancy Heigl juga dikatakan turut membuat kecoh. Semua kru  tidak tahan dengan mulutnya yang suka memaki hamun walaupun kesalahan kecil.

"Pakaian disediakan sesuai dengan karakter Katherine, tetapi ibunya inginkan sesuatu yang lebih bergaya untuk anaknya. Pihak produksi juga ada menyediakan makanan, tetapi mereka inginkan sesuatu yang lebih enak," kata sumber itu.

Seorang lagi sumber yang turut bekerja di lokasi penggambaran 27 Dresses yang dijayakan Katherine pada 2007 mengatakan, dia wanita pendesak kerana inginkan bilik lebih besar.



“Dia dan ibunya sama saja. Mereka inginkan sesuatu yang mewah seperti bilik dan pengangkutan untuk ke set penggambaran. Saya pelik mengapa mereka berkelakuan begitu, sedangkan bintang ternama tidaklah cerewet seperti mereka,” katanya.

Bagaimanapun, pe-ngarah  Life As We Know It, Greg Berlanti menafikan dakwaan itu dan mengatakan bakal bekerjasama lagi dengan Katherine.

Produser Denise Di Novi juga mengatakan Katherine dan ibunya adalah wanita kuat semangat dan berani menempuh pelbagai cabaran bersama-sama.

“Mereka lebih suka meluah-kan apa yang mereka rasa,” katanya.

Kathrine eng-gan mengulas dakwaan itu dan berharap dapat membersihkan namanya menerusi lakonannya dalam siri CIA.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 15-9-2013 08:23 PM
Demanding ke dia ni...nampak cam sweet ja
Quote bianglala 15-9-2013 09:20 PM
jenis terus terang, tak puas hati je cakap straight forward.

Quote mitnick 15-9-2013 10:39 PM
mn satu nie, innocent ke diva?
Quote nordin84 16-9-2013 03:03 AM
ak ske die ms tgk roswell,xsangke die pnh kapel ngan mamat hero roswell tu


Quote KekasihGelap 17-9-2013 01:56 AM
pernah kapel ngan twin brther sendiri?
Quote RedClip 17-9-2013 08:30 AM
lalu saja
Quote jula7 17-9-2013 12:29 PM
KekasihGelap posted on 17-9-2013 01:56 AM
pernah kapel ngan twin brther sendiri?

ko biar betul weei??????
Quote Revolver 17-9-2013 05:39 PM
jula7 posted on 17-9-2013 12:29 PM
ko biar betul weei??????

dlm roswell dorg jadik twins... ko tak tengok citer ni ke...?

Quote jula7 18-9-2013 07:40 AM
Revolver posted on 17-9-2013 05:39 PM
dlm roswell dorg jadik twins... ko tak tengok citer ni ke...?

aku nengok cite roswell tu..tp da lama da cite tu ko...masa jaman skola lagik...
dia ke tu...?
sungguh ku tak snagka dia ada dlm roswell tu la...

Quote aderaderker 18-9-2013 08:44 PM
Aku pernah bace dlm Star Magazine kut (US publishing), Katherine ni boleh dikatakan one of the B***H  di Hollywood. Nampak sweet tp suka demand bukan-bukan.And poyo jugak..

Quote nordin84 20-9-2013 10:38 PM
jula7 posted on 18-9-2013 07:40 AM
aku nengok cite roswell tu..tp da lama da cite tu ko...masa jaman skola lagik...
dia ke tu...?
s ...

muke die dlm roswell tu sme mcm skrg..nmpk tua sikit dr kalangan pelakon len hahhaha

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.072228 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top