View: 3885|Reply: 11
|
Katherine Heigl, ibu bikin kecoh
[Copy link]
|
|
Reputasi bekas pelakon siri Grey's Anatomy, Katheri­ne Heigl, 34, kini terjejas apabila dirinya dicop artis bermasalah kerana menyebabkan keadaan kucar-kacir ketika penggambaran filem Life As We Know It pada 2010.
Menurut sumber, setiap hari Katherine bukan hanya akan mempersoalkan mengenai pakaian dan solekan, tetapi juga tidak berpuas hati dengan skrip diberi padanya.
Ibu merangkap pengurus pelakon itu, Nancy Heigl juga dikatakan turut membuat kecoh. Semua kru tidak tahan dengan mulutnya yang suka memaki hamun walaupun kesalahan kecil.
"Pakaian disediakan sesuai dengan karakter Katherine, tetapi ibunya inginkan sesuatu yang lebih bergaya untuk anaknya. Pihak produksi juga ada menyediakan makanan, tetapi mereka inginkan sesuatu yang lebih enak," kata sumber itu.
Seorang lagi sumber yang turut bekerja di lokasi penggambaran 27 Dresses yang dijayakan Katherine pada 2007 mengatakan, dia wanita pendesak kerana inginkan bilik lebih besar.
“Dia dan ibunya sama saja. Mereka inginkan sesuatu yang mewah seperti bilik dan pengangkutan untuk ke set penggambaran. Saya pelik mengapa mereka berkelakuan begitu, sedangkan bintang ternama tidaklah cerewet seperti mereka,” katanya.
Bagaimanapun, pe­ngarah Life As We Know It, Greg Berlanti menafikan dakwaan itu dan mengatakan bakal bekerjasama lagi dengan Katherine.
Produser Denise Di Novi juga mengatakan Katherine dan ibunya adalah wanita kuat semangat dan berani menempuh pelbagai cabaran bersama-sama.
“Mereka lebih suka meluah­kan apa yang mereka rasa,” katanya.
Kathrine eng­gan mengulas dakwaan itu dan berharap dapat membersihkan namanya menerusi lakonannya dalam siri CIA.
Last edited by miss_myvi on 15-9-2013 11:32 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Demanding ke dia ni...nampak cam sweet ja |
|
|
|
|
|
|
|
jenis terus terang, tak puas hati je cakap straight forward.
|
|
|
|
|
|
|
|
mn satu nie, innocent ke diva? |
|
|
|
|
|
|
|
ak ske die ms tgk roswell,xsangke die pnh kapel ngan mamat hero roswell tu
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah kapel ngan twin brther sendiri? |
|
|
|
|
|
|
|
KekasihGelap posted on 17-9-2013 01:56 AM
pernah kapel ngan twin brther sendiri?
ko biar betul weei??????
|
|
|
|
|
|
|
|
jula7 posted on 17-9-2013 12:29 PM
ko biar betul weei??????
dlm roswell dorg jadik twins... ko tak tengok citer ni ke...?
|
|
|
|
|
|
|
|
Revolver posted on 17-9-2013 05:39 PM
dlm roswell dorg jadik twins... ko tak tengok citer ni ke...?
aku nengok cite roswell tu..tp da lama da cite tu ko...masa jaman skola lagik...
dia ke tu...?
sungguh ku tak snagka dia ada dlm roswell tu la...
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah bace dlm Star Magazine kut (US publishing), Katherine ni boleh dikatakan one of the B***H di Hollywood. Nampak sweet tp suka demand bukan-bukan.And poyo jugak..
|
|
|
|
|
|
|
|
jula7 posted on 18-9-2013 07:40 AM
aku nengok cite roswell tu..tp da lama da cite tu ko...masa jaman skola lagik...
dia ke tu...?
s ...
muke die dlm roswell tu sme mcm skrg..nmpk tua sikit dr kalangan pelakon len hahhaha
|
|
|
|
|
|
|
| |
|