CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Libya Didakwa Bunuh Wan Amirah

29-10-2018 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5231| Komen: 33

Description: Mahkamah Majistret Sepang hari ini mendakwa pelajar Libya menyebabkan kematian Wan Amirah Wan Alias, 31, di Shaftsbury Square, Cyberjaya pada 7.35 malam, 17 Okt lalu.
Mahkamah Majistret Sepang hari ini mendakwa pelajar Libya menyebabkan kematian Wan Amirah Wan Alias, 31, di Shaftsbury Square, Cyberjaya pada 7.35 malam, 17 Okt lalu.

BERNAMA melaporkan, Ahmed Abdullah Ali, 24, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memeperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Kredit foto: Astro AWANI

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Yusna Khadijah Md Yusop.

Difahamkan, mahkamah sedang menunggu laporan kimia, bedah siasat dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam kejadian pada 17 Oktober lalu, mangsa yang juga staf Telekom Malaysia Bhd (TM) Unifi meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Putrajaya.


Sementara itu, tertuduh turut didakwa atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 38B akta sama.

Mengikut pertuduhan pertama, Ahmed Abdullah didakwa memasukkan dadah jenis 11-Nor-Delta-9-Tetrahydrocannabinol-9-Carboxylic Acid ke dalam dirinya pada 19 Okt.

Manakala, pertuduhan kedua mendakwanya menyebabkan kecederaan parah kepada pelajar asing, Basel Giumaa El Maarfi, 20, dengan sengaja menggunakan sebilah pisau panjang di Hyve Soho Suite Cyberjaya kira-kira 4.45 pagi, pada 30 Ogos.

Ahmed Abdullah bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan itu.

Hakim Harith Shan Mohamed Yasin tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan mahkamah menetapkan 7 Dis untuk sebutan semula kes. - CARI
9

Bagus
21

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
14

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 29-10-2018 05:18 PM
Ko mendadah pastu menyusahkan orang
Quote newyork 29-10-2018 05:23 PM
Ok sila hukuman bunuh pada dia. Melampau sgt perangai
Quote tobby 29-10-2018 05:28 PM
jgn risau bro.  hukuman mati PH nak mansuhkan very soon. pegedar dadah msia kena hukum mati di spore pun geng PH bantah habis-habisan  
Quote arm_band 29-10-2018 05:36 PM
pergh tuduh bawah 302 terus.

eh berapa banyak kesalahan ko ni, semua tarikh2 lain. mereput la ko kat penjara sana
Quote prettyuglybabe 29-10-2018 05:39 PM
so apa jadi pada 3 lagi yang kena tangkap sama dia memula dulu?
Quote munchkin 29-10-2018 05:43 PM
So maknanya dia pernah tikam oranglah ye????
Quote Syd 29-10-2018 06:06 PM
menurut cerita kawan i, mamat libya nih pergi farmasi kat ngan mamak tu.

dia nak beli barang apa tah. tapi takde. dia memaki hamun macam apa dalam tu.

sambil keluar dari farmasi tu pung dia tetap laa dengan marah macam apa dan carut carut benda tu.


oh ya, pempuan rakyat msia yang kena reman sekali dengan dia tu (awek sabah rasanya) adalah bekas pekerja farmasi tu.


Quote batmana 29-10-2018 06:13 PM
hukum mati tu dimansuhkn psl nk bawa balik sirul lar..

pas sirul balik, hukuman mati tu dibuat balik

yg tak paham tu kene game dgn pencaturan madey

Quote salmon-suki 29-10-2018 07:37 PM
Sila bg hukuman mati tanpa perbicaraan pjg2 ye..bukti2 dah ada..saksi dah ada..kalau natang ni tlepas,mmg ku kecam habis2an sistem kehakiman negara
Quote dellashrill 29-10-2018 09:15 PM
Syd replied at 29-10-2018 06:06 PM
menurut cerita kawan i, mamat libya nih pergi farmasi kat ngan mamak tu.

dia nak beli barang apa  ...

kalau farmasi berdekatan dengan  mamak tu adalah guardian... xperasan ada kaunter farmasi atau x..

Quote sayawifenikmie 29-10-2018 09:30 PM

utk tuduhan membunuh .. haruslah dibuktikan ygtertuduhmempunyai motif ... dia kena ke arwah atau memang terlanggar dan dia lari
Quote robinmosby 29-10-2018 10:33 PM
Sakit hatinya baca komen macai macai yang nak mempolitik kan semua topic.
Quote paz 29-10-2018 11:37 PM
Baguslah, salah mesti hukum.
Quote sapeka 30-10-2018 12:39 AM
wow
banyaknye kesalahan
niat datang Malaysia untuk lakukan jenayah ke ?
Quote r_innalif 30-10-2018 07:58 AM
Dtg dr negara bergolak. Jiwa pn bgolak sama..
Quote dekmieDandy 30-10-2018 09:20 AM
Syd replied at 29-10-2018 10:06 AM
menurut cerita kawan i, mamat libya nih pergi farmasi kat ngan mamak tu.

dia nak beli barang apa  ...

pastu tambah dia kena sound ngan pak guard sebab parking tempat oku
Quote umbut 30-10-2018 09:27 AM
Kening lawyer tu bercantum... eeeewww.. mcm degawan
Quote niena90 30-10-2018 09:34 AM
Ko kalau nak membunuh sgt, pegi balik Libya tu bunuh la pemberontak2 sana. Datang sini berperangai setan pulak! Kecik2 tanak mampus
Quote serawadurian 30-10-2018 09:47 AM
Diorg ni dok dekat msia ikut la cara and adap org msia.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.231697 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top