CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu 'Gugel' Cara Bunuh Bayi Sebelum Lemaskan Anak Dalam Tab Mandi

26-10-2018 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3476| Komen: 25

Description: Polis menahan seorang remaja yang dipercayai membunuh bayinya berusia empat minggu selepas mayat mangsa ditemui di dalam sebuah beg duffle hitam di dalam apartmentnya, lapor media Amerika Syarikat.
Polis menahan seorang remaja yang dipercayai membunuh bayinya berusia empat minggu selepas mayat mangsa ditemui di dalam sebuah beg duffle hitam di dalam apartmentnya, lapor media Amerika Syarikat.




Lebih sadis, Jenna Folwell, 19, dikatakan mencari cara untuk membunuh bayi di Internet sebelum melemaskan mangsa di dalam tab mandi.

Memetik Mirror, Jenna menghubungi polis mendakwa anaknya diculik di sebuah taman.

Suspek mendakwa, dia sedang meletakkan mangsa ke dalam kerusi bayi di dalam keretanya apabila seorang lelaki tiba-tiba menghampirinya dari belakang sebelum menyerkup kepalanya dengan beg dan melarikan diri dengan anaknya.

Polis melancarkan operasi mencari sebelum menemui mangsa di dalam apartment suspek di Chandler, Arizona.


Menurut laporan, polis kemudian merampas telefon bimbit Jenna dan mendapati lebih 100 carian web berbeza yang terdiri daripada "cara untuk mati serta-merta dan kes bayi hilang".



Suspek juga didakwa membuat kajian mengenai tempoh masa diambil untuk seorang bayi mati akibat lemas, lapor 12 News.

Jenna kemudian mengakui dia mereka cerita mengenai penculikan itu dan mayat bayinya disembunyikan di dalam beg berkenaan.

Jenna mendakwa dia pengsan ketika sedang mandi bersama anaknya dan sebaik terjaga, bayinya sudah mati lemas sebelum mengakui dia melemaskan mangsa kerana tidak tahan mendengar bayi itu menangis.

Bagaimanapun, dia mendakwa menyesal dengan tindakannya itu dan cuba memberi bantuan pernafasan, namun sudah terlewat.

Difahamkan, Jenna dikatakan akan dipenjarakan di Penjara Daerah Maricopa kerana membunuh.

Mahkamah sebelum ini mengenakan bon berjumlah ASD1 juta (RM4.1 juta) terhadapnya.


Foto: Mirror

Sementara itu, bapa mangsa berkata kepada ABC15.com dia sangat bersedih dan terkilan kerana tidak akan pernah dapat meluangkan masa bersama anaknya.

"Dia dah 'bunuh' saya pada saat dia mengambil nyawa Rainer. Dia sepatutnya berjumpa saya atau keluarga saya dan bincangkan hak penjagaan anak," katanya. - CARI
25

Bagus
21

Marah
21

Terkejut
24

Sedih
11

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (116 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 26-10-2018 12:18 PM
kejamnya.. agaknya stress kena
uruskan semuanya sendiri..
Quote meklalala 26-10-2018 12:23 PM
ya Allah comelnya baby tuuuuuuuuu..mata bulat..teringat pulak dekat anak buah

syurga tempatmu baby saiyang..
Quote putericahaya999 26-10-2018 12:27 PM
mak comey anak comey
Quote azwanaliori 26-10-2018 12:30 PM
Geramnya.. Buat anak pandai jaga anak x reti smpi bunuh hny sbb xtahan dgr budak tu nangis. Eii mereput je la dlm jail dr membiak biak lagi.
Quote Nurul8001 26-10-2018 12:40 PM
Baby umur 4minggu..
Mungkin mak dia kena post partum depression?
Quote greantea 26-10-2018 02:01 PM
buat kajian sebelom bertindak
knp x gugel sekali kalo kena tgkp ape jadi?
Quote aHoi83 26-10-2018 02:14 PM
Betina sundel . Pg mampos org mcmni
Quote anony-mous 26-10-2018 02:16 PM
Sedihnya!! Terbayang2 baby tu meronta2 sbb lemas. Hrap sheol kene hukuman bunuh
Quote minguk 26-10-2018 03:01 PM
jahatnya!!!!
Quote Myra6704 26-10-2018 03:06 PM
Kesian baby tu. org lain bertahun nak dpt anak.
Quote cik_sssara 26-10-2018 03:10 PM
Comelnya baby
Quote aminsaniah 26-10-2018 03:46 PM
mak comel..baby pun comel..stress gamaknya sbb usia muda lagi..
Quote Zaien 26-10-2018 03:52 PM
kesiannya.. baru nak lihat dunia...
Quote umie 26-10-2018 06:47 PM
Subhanallah..siannya baby tu dapat mak mental
Quote chazey 26-10-2018 07:13 PM
Korang kena rasa post partum depression. Baru tahu gimana rasanya jaga anak melalak2 nanges selepas baru 4 minggu beranak.
Quote slavehunter 26-10-2018 08:05 PM
Kawan2 semua meriah tengah clubbing.....dia stress jaga anak. Yang si Kelcey anthony tu pun bunuh anak sebab tak.puas nak membirah lagi.
Quote emelia1509 26-10-2018 08:16 PM
Poor baby..
Mungkin yang terbaik untuk baby tu..
If hidup ntah ape penderaan yang si mak mungkin buat.
Quote si_wawa 28-10-2018 11:01 AM
Edited by si_wawa at 28-10-2018 11:03 AM

mak kokosen, anak hidung afro american
ayah afro usa la tu.
Bagi je la kat ayah dia dari awal.
Ke.... ayah dia ... something something ni
Mak dia tu dari awal tak kompeten jadi mak. 19 tahun ... mak remaja. Walaupun ibu remaja ramai yg berjaya... tapi kalau jenis brmasalah
boleh sense dari awal kot.
takder siapa sedar ke
Quote Marsyal Yau 28-10-2018 11:28 AM
kes meroyan ke ni?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.196988 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top