CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dulu Korang Langsi Sangat, Caj Tambang Mahal. Sekarang Makan Pasir Belaka!

24-10-2018 12:01 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 5997| Komen: 21|Original author: Oleh: Whitney

Description: Suatu ketika dulu, teksi menjadi salah satu pengangkutan awam yang sering menjadi pilihan orang ramai yang ingin cepat sampai ke mana-mana destinasi. Harga tambang teksi sudah tentulah mahal sedikit b ...
Suatu ketika dulu, teksi menjadi salah satu pengangkutan awam yang sering menjadi pilihan orang ramai yang ingin cepat sampai ke mana-mana destinasi. Harga tambang teksi sudah tentulah mahal sedikit berbanding bas atau lrt. 


Malah sering kali kita mendengar pelbagai kisah atau kejadian yang berlaku kepada penumpang akibat sikap buruk sesetengah pemandu teksi. Ada yang sesuka hati meletakkan harga tambang dan tidak memasang meter bagi setiap perjalanan. Jadi, selalulah berlaku pergaduhan atau perasaan tidak puas hati para penumpang. 

Kredit foto: Kosmo
Bagaimana pun, setelah Uber dan Grab diperkenalkan, ramai penumpang yang beralih kepada perkhidmatan tersebut kerana ia lebih mesra pelanggan dan tidak mudah ditipu oleh pemandu. Pemandu-pemandu teksi mula merasa pendapatan mereka semakin merosot kerana kebanyakan penumpang sudah tidak mahu menggunakan teksi untuk ke mana-mana. Oleh itu, mereka mula menuntut hak mereka dan mempertikaikan tentang keputusan kerajaan yang meluluskan perkhidmatan Grab di negara ini. 


Seorang pengguna twitter telah memuat naik status mengecam sikap sesetengah pemandu teksi yang tamak dan bersikap buruk dengan para pelanggan mereka. Jadi, padanlah muka pemandu-pemandu teksi yang sudah mula sedar mengapa kebanyakan penumpang memilih untuk menggunakan Grab berbanding teksi mereka. 




Netizen serik nak naik teksi 

Ramai netizen bersetuju dengan status yang dimuat naik oleh wanita ini. Kebanyakan sudah terkena dengan sikap sesetengah pemandu teksi yang melayan mereka dengan buruk dan meletakkan harga yang cekik darah sehingga membuatkan netizen serik untuk menggunakan perkhidmatan teksi. 

Grab lagi murah, kenapa nak naik teksi yang mahal?
Netizen turut merasakan harga yang dicaj oleh pemandu teksi begitu mahal berbanding Grab. Ada pemandu yang sengaja tidak menggunakan meter caj perjalanan dan jika mengguna meter sekalipun, ada yang sesuka hati menambah caj bagi mengaut untung lebih. Sebab itulah ramai yang suka menggunakan Grab kerana harganya lebih murah, pemandu lebih sopan dan tidak berkira untuk menghantar pelanggan mereka walaupun jaraknya begitu dekat.  

Netizen kena berani tegakkan hak!

Netizen yang betul-betul berani akan melawan dan bertekak dengan pemandu teksi yang cuba mengambil kesempatan dengan meletakkan harga tambang sesuka hati. Tetapi kebanyakan penumpang tidak mahu mencari masalah dan membayar sahaja tambang yang dikenakan. Komen netizen ini tentang ibunya yang berkeras membayar harga tambang sebenar dilihat berani kerana mempertahankan haknya sebagai pelanggan.  

Kita sebagai pengguna dan penumpang berhak memilih perkhidmatan mana yang lebih menjimatkan dan memuaskan hati. Jika sikap pemandu teksi masih tidak berubah dan ikhlas dalam melakukan pekerjaan mereka, mereka terpaksa menanggung akibat daripada kesalahan diri sendiri. Setuju tak? - CARI 

25

Bagus
17

Marah
14

Terkejut
17

Sedih
18

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Catpaw 24-10-2018 01:20 PM
Bhahaha mereput la teksi tabur pasir kat periuk nasik sendiri. Lain  kali layan la org elok2 dan jujur, mendapatlah
Quote meklalala 24-10-2018 01:45 PM
naik teksi rm38 dari klcc to rumah mek yg 5 minit dari klcc ok!, tp teksi biru la but still mahaiiiii..kesian pakcik pakcik teksii yang betul betul jujur bekerja..pakcikkkk tukar la semua buat grab
Quote mziskandar 24-10-2018 02:08 PM
Sebenarnya ramai rakyat malaysia yg x suka nk bising2, gaduh2. Bila ada option, ambik je option yg lebih baik.
Quote Carcosa 24-10-2018 02:29 PM
Padanmuka pemandu taxi {:good Tak simpati langsung. Sebab meols dah byk kali terkena. Asyik nak menipu je kerja. Kereta dah la berkerak busuk {:yameteh
Quote umbut 24-10-2018 02:43 PM
Baguslah.. dah ada option yg lebih baik.. dulu aniaya org.. mendapatlah..
Quote giyomi 24-10-2018 04:28 PM
mmg patut pon ada saingan spt grab ni, selama ni pemandu teksi berlagak cam dia org raja sekarang meroyan tak tentu pasal. baru tau lagit tinggi rendah. rata2 95% pemandu teksi is not jujur. so tak perlu acah2 suci dlm debu bila teksi tak dinaiki lg.
Quote amyza 24-10-2018 06:22 PM
Dah lama tak guna khidmat taxi. baik naik grab. Tapi grab pun ada yang tak best. Tiba2 esok nye msg nak berkenalan lah termimpi2 lah. Geliii pulak!!
Quote zarulnazmi 24-10-2018 06:25 PM
Masalah teksi, dia caj harga tinggi tapi dia ambil harga satu perjalanan dari setiap penumpang yang naik untuk perjalanan sama.

COntohnya: Satu perjalanan ke destinasi dia caj RM10 tapi ada 4 penumpang lepas tu dia minta RM10 seorang jadi dia dah dapat RM40. Bila ada penumpang cuma seorang sahaja dia tak nak ambil dia suruh tunggu atau dia minta penumpang cari orang untuk penuhkan teksi.
Quote mieymiey 25-10-2018 08:03 AM
I pernah terpaksa naik teksi sebab grab masatu takder yang available. Masa tu waktu puncak kan. So nak taknak terpaksa la naik teksi, pakcik tu kata 'kenapa tak naik grab?'. Dia sindir i ker tu?
Quote nasha82 25-10-2018 09:40 AM
aku penah jugak...naik dgn satu driver teksi ni dkt lrt sri rampai..

bila aku bg tau nk suh drop dekat AU3.. dia kata ok.. bila aku masuk je teksi.. dia tny lagi.. nk ikut jln mana (masa ni teksi dah bergerak).. aku bg tau la sekian2, dekat je...

lps tu dia marah aku, dia kata kalau jauh dia xmau bawak.. aku kata ok la..drop je la aku skrg (masa ni dkt lg dgn lrt).. dia tak mau pulak.. dia nk bawak jgk.... masa ni dia bawak teksi mcm setannnnn...

baru aku perasan dia ni mabuk... aiyoooo... cuma dia cas ikut meter.. xde la mahal sangat.. cuma nya perangai dia .. rasa nk penumbuk bagi.. takut aku sbb dia duk maki kata jauh... padahal xsmpai 10 min pon
Quote bobo_beck 25-10-2018 10:03 AM
secara preibadi aku setuju sgt sebahagian pemandu2 teksi yg langsi ni diajar cmni..
cuma dr segi imej negara ak kurang bekenan dgn grab or uber.. sebab penggunaan kereta persendirian mcm kereta sapu yg dihalalkan.. pendapat aku grab or uber ni mybe boleh ditambah baik dgn mnjalankan operasi mereka mcm teksi.. mkasud aku penggunaan kenderaan yg seragam bg mnjaga imej negara..

risiko grab ni kpd pemandu sbb xcover insuran or socso klua jd pe2.. kpd penumpang pun sama sbb tiada pa2 akta or undang2 yg leh jamin keselamatan sbb ia umpama kita tumpang kereta kwn2 pe2 jadi risikonya sendiri tanggung.. pemandunya pun xde medical checkup..

mybe pas ni pemandu grab perlu dptkan permit or lesen membawa kenderaan awam seperti pemandu2 perkhidmatan awm yg lain bg menjamin keselamatan dan kebajikan diri dan penumpang..

takpun upgrade je perkhidmatan teksi kpd sistem grab ni... xde sistem tahan2 tepi jalan.. xde la pemandu teksi nk letak rege ikut pala sndri.. pemandu teksi yg malas xdpt customer..
Quote waz 25-10-2018 10:43 AM
bobo_beck replied at 25-10-2018 10:03 AM
secara preibadi aku setuju sgt sebahagian pemandu2 teksi yg langsi ni diajar cmni..
cuma dr segi im ...

apa imej negaranya... negara2 lain dah lama dah buat system ala2 grab ni...
kat uk aku siap bole naik merc bmw lagik dorg guna anta customer....
kat mesia jek ramai grab yg bawak myvi...
bila guna kenderaan sendiri biasanya kete tu jauh lg wangi dr taxi standard....


Quote bobo_beck 25-10-2018 10:55 AM
waz replied at 25-10-2018 10:43 AM
apa imej negaranya... negara2 lain dah lama dah buat system ala2 grab ni...
kat uk aku siap bole  ...

maksud aku biarla colornya tu seragam.. biar nmpak teksinya..

negara2 lain juga dh haramkan grab ni.. dan tambah baik teksi mereka..
negara maju xde teksi yg beragam warna nih.. itu maksud imej negara..
imej grab yg pakai kereta persendirian ni xmencerminkan negara maju..




Quote wanzhm93 25-10-2018 11:05 AM
amyza replied at 24-10-2018 06:22 PM
Dah lama tak guna khidmat taxi. baik naik grab. Tapi grab pun ada yang tak best. Tiba2 esok nye msg  ...

Aik.. Ada jugak macam tu
Lol...
Quote meklalala 25-10-2018 02:27 PM
sesetengah pemandu teksi..
Quote Artemesiaa 25-10-2018 02:54 PM
Bila pengguna dah makin bijak memilih macam itulah hasilnya.  
Quote Thuglife 25-10-2018 03:35 PM
dulu naik teksi dari stesen komuter kajang ke sg jelok.. teksi charge RM10..xda pilihan  naik jela..
Quote kyleril 25-10-2018 09:52 PM
pengguna ada pilihan lain. jika mereka tak nak improve diri dan sistem teksi, mmg akan bungkus lah. adapt, improvise , improve... tu motto simple
Quote cikgujun 26-10-2018 12:19 PM
bobo_beck replied at 25-10-2018 10:03 AM
secara preibadi aku setuju sgt sebahagian pemandu2 teksi yg langsi ni diajar cmni..
cuma dr segi im ...

Imej negara? What are u talking about? Cikgu pegi Paris naik Grab ok je,London pun ada Uber dan Grab, takde pulak kene kereta yg seragam

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.065800 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top