CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Fakta Menarik Lagu Baby One More Time Britney Spears, Mesti Anda Tak Tahu Kan?

24-10-2018 12:23 PM| Diterbitkan: Ferr_Remy| Dilihat: 17117| Komen: 127|Original author: Oleh: Ferr_Remy

Description: Pada tanggal 23 Oktober 20 tahun yang lalu, seorang bintang telah "dilahirkan" secara rasminya ke dunia hiburan antarabangsa. Beliau merupakan penyanyi dan penghibur yang menjadi kegilaan ramai pa ...
Related image


Pada tanggal 23 Oktober 20 tahun yang lalu, seorang bintang telah "dilahirkan" secara rasminya ke dunia hiburan antarabangsa. Beliau merupakan penyanyi dan penghibur yang menjadi kegilaan ramai pada zaman millenium tidak lama dahulu - siapa lagi kalau bukan Britney Spears. Bintangnya masih bersinar sehinggalah sekarang biarpun Britney telah memperlahankan perjalanan kariernya, yang tidak serancak dahulu ketika zaman kegemilangannya.

Pernah dianggap sebagai penghibur yang bakal menggantikan ratu pop Madonna, Britney yang sangat mengagumi Madonna sebagai idolanya dari zaman kecil masih mampu menambat hati peminat muzik di seluruh dunia. Kerancakan lagu-lagunya masih boleh didengar di corong-corong radio mahupun di kelab-kelab malam di seluruh dunia, selain kelincahannya menari di atas pentas mampu memukau setiap mata yang memandang.


Berikut merupakan fakta-fakta menarik mengenai lagu ini yang mungkin anda tidak pernah tahu. Jom kita baca!

Image result for britney baby one more time

Memulakan kerjaya menerusi debut lagu Baby One More Time ciptaan Max Martin, lagu ini sebenarnya telah dihantar untuk kumpulan TLC yang pernah popular dengan lagu Waterfall sebelum ditolak oleh mereka yang kemudiannya disambar secepat mungkin oleh Britney yang ketika itu hanya berusia 16 tahun!

Konsep untuk video muzik Baby One More Time adalah idea asal Britney Spears sendiri. Pada mulanya, syarikat rakaman beliau ingin menggunakan konsep animasi superhero ala Power Rangers sebelum ditukar ke konsep pilihan Britney kerana Britney merasakan konsep superhero agak kebudak-budakan dan tidak matang.

Foto: Oceans Vibe
Pakaian seragam sekolah disarungkan Britney untuk video muzik Baby One More Time yang dikatakan agak seksi juga merupakan idea Britney, yang pada mulanya kurang disukai oleh pengarah video muzik itu sendiri - Nigel Dick. Nigel merasakan konsep pakaian itu agak keterlaluan dan beliau bimbang sekiranya akan mendapat kecaman masyarakat yang berfikiran konservatif pada ketika itu. Siapa sangka pakaian seragam sekolah yang seksi itu telah menjadi kegilaan ramai, sehinggakan ramai yang memilihnya untuk digayakan terutamanya pada malam Halloween sehinggalah sekarang! Ikonik!

Semua pakaian yang digunakan untuk video muzik itu, termasuklah yang disarungkan Britney, hanya dibeli di pasaraya murah K-Mart yang tidak melebihi kos 17 USD untuk sehelai pakaian!

Video muzik tersebut dirakamkan di Venice High School, sekolah yang sama digunakan untuk rakaman filem Greese lakonan John Travolta!

Model lelaki yang menjadi "kegilaan" Britney di dalam video muzik tersebut merupakan sepupunya sendiri yang bernama Chad Spears.

Lagu ...Baby One More Time telah terjual sebanyak 10 juta unit menjadikan lagu ini sebagai salah sebuah lagu yang paling banyak terjual, sepanjang zaman.



Wow, hebatnya Britney! Mungkin juga ramai yang tidak tahu, Britney telah menjadi inspirasi kepada banyak penyanyi baru dari zaman dahulu sehinggalah sekarang. Dari Christina Aguilera ke Miley Cyrus sehinggalah Selena Gomez, semuanya memulakan kerjaya mereka diinspirasikan dari kejayaan Britney Spears, yang menyinar seawal usia remaja sehinggalah beliau berumur 36 tahun pada tahun ini! -CARI
24

Bagus
22

Marah
26

Terkejut
13

Sedih
13

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 24-10-2018 12:32 PM
Bukan lagu ni cover ker.. ke aku silap..
Quote Ferr_Remy 24-10-2018 12:34 PM
buragazz replied at 24-10-2018 12:32 PM
Bukan lagu ni cover ker.. ke aku silap..

Aah chuols silap. Lagu ni la lagu first from our princess now queen of pop, Britney. Yeehaaaa.
Quote dewi_rina 24-10-2018 12:35 PM
Hot nya dia satu ketika dahulu

Letopssss
Quote Ferr_Remy 24-10-2018 12:45 PM
dewi_rina replied at 24-10-2018 12:35 PM
Hot nya dia satu ketika dahulu

Letopssss

Kensss. Rindu Britney yang lama. Tp Britney skrg pun hot lg cuma makeup yg slalu buay sheols nampak tua. Sob3.
Quote dewi_rina 24-10-2018 12:51 PM
Ferr_Remy replied at 24-10-2018 12:45 PM
Kensss. Rindu Britney yang lama. Tp Britney skrg pun hot lg cuma makeup yg slalu buay sheols nampa ...

Uols kena mekap bg nampak muda balik

Or tak payah mekap sgt,just light2 je

Nmpak muda 20 tahun okay


Quote Ferr_Remy 24-10-2018 12:53 PM
dewi_rina replied at 24-10-2018 12:51 PM
Uols kena mekap bg nampak muda balik

Or tak payah mekap sgt,just light2 je

Tu la.. Satu pasal Britney ni die suka make up sendiri sbb nak cpt, even dlm event besar. Die penah ngaku yang die benci jurusolek pro makeup sheols lama2. So hasilnye, make up sndiri yang hauk. Iols agree makeup nipis lg cantik. Huhuhu
Quote misc 24-10-2018 01:08 PM
I love Britney
Gigih tau guna vpn sebab nak tgk music video yg original
Quote dewi_rina 24-10-2018 01:11 PM
Ferr_Remy replied at 24-10-2018 12:53 PM
Tu la.. Satu pasal Britney ni die suka make up sendiri sbb nak cpt, even dlm event besar. Die pena ...

Kalau always pro mekap kan,mesti sentiasa nampak dia cantik kan...

Tapi mmg rimas okay, mekap dah lah berjam-jam

Penat lagi

Quote cicicumel 24-10-2018 01:26 PM
Bf dia hensem..jeles mek..
Quote buragazz 24-10-2018 01:26 PM
Ferr_Remy replied at 24-10-2018 12:34 PM
Aah chuols silap. Lagu ni la lagu first from our princess now queen of pop, Britney. Yeehaaaa.

Thanks atas pencerahan.. meols dulu 1st 3 album dia meols beli horijinal hokey..

Lagu paling meols favor

1. Baby One More Time
2. Crazy
3. I will be there
4. Toxic
5. Overprotected
6. Oops I did it again
7. Me agains the music
8, I'm a slave for you

antaranya lah...
Quote Ferr_Remy 24-10-2018 01:32 PM
misc replied at 24-10-2018 01:08 PM
I love Britney
Gigih tau guna vpn sebab nak tgk music video yg original

Ape mksud chuols? Ade ke vevo block video sheols kt Malaysia ni?
Quote Ferr_Remy 24-10-2018 01:32 PM
dewi_rina replied at 24-10-2018 01:11 PM
Kalau always pro mekap kan,mesti sentiasa nampak dia cantik kan...

Tapi mmg rimas okay, mekap d ...

Tau xpe kenssss
Quote borrow 24-10-2018 01:33 PM
Queen

Bagus Britney ada pendirian sdr , tak main ikut ja ckp org.


Quote Ferr_Remy 24-10-2018 01:33 PM
cicicumel replied at 24-10-2018 01:26 PM
Bf dia hensem..jeles mek..

Gitchu ya... Toyboy sheols mmg lezattt
Quote Ferr_Remy 24-10-2018 01:33 PM
buragazz replied at 24-10-2018 01:26 PM
Thanks atas pencerahan.. meols dulu 1st 3 album dia meols beli horijinal hokey..

Lagu paling m ...

Kirenye uols x beli Blackout and Circus ke chuols? Blackout is her best album tau. Try layan album tu.
Quote buragazz 24-10-2018 01:36 PM
Ferr_Remy replied at 24-10-2018 01:33 PM
Kirenye uols x beli Blackout and Circus ke chuols? Blackout is her best album tau. Try layan album ...

Oo ye ker.. masa tu meols tgh peralihan dari remaja kepada remaja purba so kurang sikit penerimaan album terkemudian tapi takpe nanti malam ni meols cari album tu.. tq for the suggestion
Quote misc 24-10-2018 01:41 PM
Ferr_Remy replied at 24-10-2018 01:32 PM
Ape mksud chuols? Ade ke vevo block video sheols kt Malaysia ni?

I search jumpa vc lain. yg pakai uniform sekolah tu takde. Guna vpn baru jumpa.
Quote Ferr_Remy 24-10-2018 01:42 PM
buragazz replied at 24-10-2018 01:36 PM
Oo ye ker.. masa tu meols tgh peralihan dari remaja kepada remaja purba so kurang sikit penerimaan ...

Welcome chuols. Jgn lupa kasi review. Tiberrrr
Quote lucky_peace 24-10-2018 01:42 PM
memory lane sgt lagu ni, zaman kanak2 mula2 nk layan lagu english~~

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.114101 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top