CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gantikan 'Ketuanan Bangsa' Dgn 'Ketuanan Malaysia', Seruan Rafidah Dikecam

24-10-2018 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 1875| Komen: 11

Description: Menulis di ruangan pertama beliau dalam akhbar The Sun semalam, Tan Sri Rafidah Aziz berpendapat bahawa sudah tiba masanya konsep 'ketuanan bangsa' digantikan dengan konsep yang lebih terangkum iaitu ...
Menulis di ruangan pertama beliau dalam akhbar The Sun semalam, Tan Sri Rafidah Aziz berpendapat bahawa sudah tiba masanya konsep 'ketuanan bangsa' digantikan dengan konsep yang lebih terangkum iaitu 'ketuanan Malaysia'.


Kredit foto: carian internet

Astro Awani melaporkan, bekas menteri Kabinet itu menyeru rakyat Malaysia supaya menghentikan laungan "ketuanan bangsa", yang beliau anggap merugikan dan tidak produktif kepada negara dan rakyat negara ini.

Ketuanan, katanya, mestilah selalu menjadi milik Malaysia sendiri dan bukan mana-mana kumpulan, kaum atau agama di kalangan rakyat.

"Warga Malaysia adalah rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan warisan. Itulah fakta yang tidak dapat dinafikan."

"Saya berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia. Saya yakin sesetengah rakyat Malaysia mesti merasa yang sama."

Rafidah, yang merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selama 21 tahun hingga 2008, berkata Malaysia baharu yang muncul selepas kerajaan Pakatan Harapan berkuasa pada Mei yang menamatkan pemerintahan Barisan Nasional selama 61 tahun, mestilah tidak berpihak dari segi jantina, warna kulit dan warisan kerana satu-satunya keutamaan adalah kebaikan untuk rakyat dan negara.

Ketuanan Melayu merupakan kontrak sosial dengan orang Melayu sebagai tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia), sementara bangsa lain dianggap terhutang budi kepada orang Melayu yang menerima mereka sebagai warganegara.

Peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan.

Bagaimanapun, seruan bekas Wanita Umno itu dikecam segelintir netizen yang beranggapan tindakan beliau semata-mata untuk meraih perhatian orang ramai.- CARI
29

Bagus
43

Marah
33

Terkejut
41

Sedih
19

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (191 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aHoi83 24-10-2018 11:39 AM
Dh kaya raya melalui ketuanan buat2 lupa
Quote zamzarai 24-10-2018 12:18 PM
dulu cari makan dalam umno.
dah kaya terus hilang ingatan.
Quote nusaraya 24-10-2018 12:28 PM
Edited by nusaraya at 24-10-2018 12:30 PM

Agar X kontroversi dan diterima .. cubalah  serukan kepada umah melayu .. Mari kita gunakan istilah Bangsa Malaysia untok menggantikan istilah Bangsa Melayu ..
Quote AbukRokok 24-10-2018 12:43 PM
apa tu ketuanan malaysia? bangsa malaysia?
ko kaya pun hasil ketuanan bangsa
Quote AbukRokok 24-10-2018 12:44 PM
kenapa bangsa malaysia ni warna kulit berbagai bagai? ada putih mulus,,ada coklat kepam... ada hitam berkerak?
Quote zorrro_03 24-10-2018 01:26 PM
Makcik ni dapat Call dari siapa?   Takut kau punya cerita2 lama pasal AP  tu semua di ungkit balik Ye?
Quote cmf_shalom 24-10-2018 05:29 PM
Edited by cmf_shalom at 24-10-2018 05:30 PM

Nasihat bagus...tp..kan bagus apply kt diri dulu sebelum kaya..

Btw...parti makcik juga la yg mmbawa konsep tuan2 ni...part tu juga la yg bg kkayaan kt makcik
Quote clarizsa 24-10-2018 05:31 PM
Tuan tuan apa aih
Semua kuli kat bumi ni
Survive utk hidup
Cuma berbeza nasib je
Macam i yg bad luck ni hidup je la dalam keperitan
Nak bunuh diri tak reti dan tak sanggup pulak

Tuan konon
Quote cmf_shalom 24-10-2018 05:41 PM
Edited by cmf_shalom at 24-10-2018 05:49 PM

Kalau diperhalusi..konsep tuan tuan ni benda asing yg datang kemudian....

Perlembagaan sendiri dah cakap..rakyat sama taraf..

Namun..pd masa sama ..British ambil kira juga jasa org melayu yg sudi menerima cina/india ketika itu..

Konsep keistimewaan tu pun asalnya dari timbal balas dan mgambil kira kedudukan sosio-ekonomi org melayu ketika itu...

Siapa la yg hijek ttiba istmewa=tuan...alamak..sudah gaharu cendana plak...

X pernah tpikir dibenak British time tu suatu hari nnti...konsep timbal balas tu dipusing jd tuan..

Quote Skuau 24-10-2018 06:17 PM
bg wa yg pernh ada pngalamn tinggl menyewa....setiap tuan rmh punya konsep 'KETUANAN' nya sendiri.Penyewa tidak boleh/dibenarkan 'LEBIH......' drp mereka.Fikir2kanlah....
Quote zie_indah 28-10-2018 10:39 PM
Hahahhaa hancing kan bukan ke dia dah kaya dgn ketuanan bangsa sblum ni

Hahaja sembang kemain lagi hipokrit naw2..hahahaa

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.291194 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top