View: 1215|Reply: 11
|
Gantikan 'Ketuanan Bangsa' Dgn 'Ketuanan Malaysia', Seruan Rafidah Dikecam
[Copy link]
|
|
Menulis di ruangan pertama beliau dalam akhbar The Sun semalam, Tan Sri Rafidah Aziz berpendapat bahawa sudah tiba masanya konsep 'ketuanan bangsa' digantikan dengan konsep yang lebih terangkum iaitu 'ketuanan Malaysia'.
Kredit foto: carian internet
Astro Awani melaporkan, bekas menteri Kabinet itu menyeru rakyat Malaysia supaya menghentikan laungan "ketuanan bangsa", yang beliau anggap merugikan dan tidak produktif kepada negara dan rakyat negara ini.
Ketuanan, katanya, mestilah selalu menjadi milik Malaysia sendiri dan bukan mana-mana kumpulan, kaum atau agama di kalangan rakyat.
"Warga Malaysia adalah rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan warisan. Itulah fakta yang tidak dapat dinafikan."
"Saya berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia. Saya yakin sesetengah rakyat Malaysia mesti merasa yang sama."
Rafidah, yang merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selama 21 tahun hingga 2008, berkata Malaysia baharu yang muncul selepas kerajaan Pakatan Harapan berkuasa pada Mei yang menamatkan pemerintahan Barisan Nasional selama 61 tahun, mestilah tidak berpihak dari segi jantina, warna kulit dan warisan kerana satu-satunya keutamaan adalah kebaikan untuk rakyat dan negara.
Ketuanan Melayu merupakan kontrak sosial dengan orang Melayu sebagai tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia), sementara bangsa lain dianggap terhutang budi kepada orang Melayu yang menerima mereka sebagai warganegara.
Peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan.
Bagaimanapun, seruan bekas Wanita Umno itu dikecam segelintir netizen yang beranggapan tindakan beliau semata-mata untuk meraih perhatian orang ramai.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Dh kaya raya melalui ketuanan buat2 lupa |
|
|
|
|
|
|
|
dulu cari makan dalam umno.
dah kaya terus hilang ingatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 24-10-2018 12:30 PM
Agar X kontroversi dan diterima .. cubalah serukan kepada umah melayu .. Mari kita gunakan istilah Bangsa Malaysia untok menggantikan istilah Bangsa Melayu .. |
|
|
|
|
|
|
|
apa tu ketuanan malaysia? bangsa malaysia?
ko kaya pun hasil ketuanan bangsa
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa bangsa malaysia ni warna kulit berbagai bagai? ada putih mulus,,ada coklat kepam... ada hitam berkerak? |
|
|
|
|
|
|
|
Makcik ni dapat Call dari siapa? Takut kau punya cerita2 lama pasal AP tu semua di ungkit balik Ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cmf_shalom at 24-10-2018 05:30 PM
Nasihat bagus...tp..kan bagus apply kt diri dulu sebelum kaya..
Btw...parti makcik juga la yg mmbawa konsep tuan2 ni...part tu juga la yg bg kkayaan kt makcik
|
|
|
|
|
|
|
|
Tuan tuan apa aih
Semua kuli kat bumi ni
Survive utk hidup
Cuma berbeza nasib je
Macam i yg bad luck ni hidup je la dalam keperitan
Nak bunuh diri tak reti dan tak sanggup pulak
Tuan konon |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cmf_shalom at 24-10-2018 05:49 PM
Kalau diperhalusi..konsep tuan tuan ni benda asing yg datang kemudian....
Perlembagaan sendiri dah cakap..rakyat sama taraf..
Namun..pd masa sama ..British ambil kira juga jasa org melayu yg sudi menerima cina/india ketika itu..
Konsep keistimewaan tu pun asalnya dari timbal balas dan mgambil kira kedudukan sosio-ekonomi org melayu ketika itu...
Siapa la yg hijek ttiba istmewa=tuan...alamak..sudah gaharu cendana plak...
X pernah tpikir dibenak British time tu suatu hari nnti...konsep timbal balas tu dipusing jd tuan..
|
|
|
|
|
|
|
|
bg wa yg pernh ada pngalamn tinggl menyewa....setiap tuan rmh punya konsep 'KETUANAN' nya sendiri.Penyewa tidak boleh/dibenarkan 'LEBIH......' drp mereka.Fikir2kanlah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahhaa hancing kan bukan ke dia dah kaya dgn ketuanan bangsa sblum ni
Hahaja sembang kemain lagi hipokrit naw2..hahahaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|