CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Terlajak Subur, Umur 40 Tahun Dah Lahirkan 44 Orang Anak

19-10-2018 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4179| Komen: 32|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Seorang wanita berusia 40 tahun yang mempuyai 44 orang anak digelar wanita paling subur di Afrika .
Seorang wanita berusia 40 tahun yang mempuyai 44 orang anak digelar wanita paling subur di Afrika.

Sepanjang hidupnya selama 40 tahun, Mariam Nabatanzi menghabiskan masanya selama 18 tahun untuk mengandung.


Wanita dari daerah Mukono, Uganda ini telah melahirkan enam pasangan kembar, empat kembar tiga, tiga kembar empat dan beberapa kelahiran tunggal.

38 dari 44 orang anaknya masih hidup dan kebanyakannya masih tinggal bersamanya.


Walaupun bergelar ibu tunggal, Nabatanzi mampu memberikan makanan yang cukup buat anak-anaknya.

Daily Monitor melaporkan, pada 12 tahun Nabatanzi telah berkahwin dengan lelaki yang berusia 28 tahun lebih tuida daripadanya.


hidupnya tak penah senang kerana ibu tirinya pernah cuba membunuhnya dengan meletakkan kaca yang dihancurkan dalam makanan dan berjaya membunuh empat adik-beradiknya yang lain.

Foto: Daily Monitor
"Suami saya kahwin ramai dan mempunyai ramai anak hasil hubungan masa lalu yang mana saya harus menjaganya kerana ibu mereka entah ke mana. Dia juga ganas dan akan pukul saya jika tak suka apa yang saya cakap."

Nabatanzi melahirkan anak pertamanya, sepasang kembar, pada 1994, ketika berusia 13 tahun. Dua tahun kemudian, dia mendapat kembar tiga dan hampir dua tahun selepas itu dia mendapat kembar empat.

Pakar sakit puan di Hospital Mulago, Kampala, Uganda, Dr Charles Kiggundu memberitahu Daily Monitor bahawa kesuburan melampau Nabatanzi berkemungkinan besar disebabkan genetik kerana bapanya juga mempunyai 45 orang anak.

"Kesnya adalah kecenderungan genetik kepada hyper-ovulate (melepaskan banyak telur dalam satu kitaran) , yang mana ia ketara meningkatkan peluang gandaan, ia biasanya disebabkan genetik."

Mariam Nabatanzi, Foto: Daily Monitor
Tambah Nabatanzi, "Saya dinasihatkan untuk terus menghasilkannya (telur) kerana menghalangnya bermakna saya akan mati. Saya cuba guna peranti IUD tetapi saya jatuh sakit dan muntah dengan banyak, rasa hampir nak mati. Saya koma selama sebulan."

Kesuburan melampau Nabatanzi akhirnya berakhir pada Disember 2016, selepas melahirkan bayi terakhirnya, yang mana doktor memberitahunya bahawa peranakannya telah dipotong dari dalam.

Bagi menjaga anak-anaknya, wanita ini perlu menyediakan 0kg tepung jagung sehari, 4kg gula sehari dan tiga ketul sabun.


"Saya perlukan sekurang-kurangnya Shs100,000 (RM108) sehari untuk pastikan keluarga dalam keadaan baik. Tuhan baik kepada saya kerana mereka tak pernah sehari pun hidup tanpa makan." -CARI
10

Bagus
7

Marah
12

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bintangct 19-10-2018 01:00 AM
Mcm gmbr troll je
Berita scam ka ni
Quote meklalala 19-10-2018 05:57 AM
Murahnya rezeki diaaaa..
Quote mystica 19-10-2018 07:03 AM
wow byknya anak dia..

scary laki yg kita tersalah cakap sikit terus pukul

mencabar hidup dia dpt mak tiri jahat gila mcm tu pastu laki pula kaki pukul
Quote jazaa100 19-10-2018 07:25 AM
Edited by jazaa100 at 19-10-2018 04:21 PM

Macam isteri Nabi Adam Hawa....
20 kali beranak, dapat 39 orang anak....
sorang je yg lahir tunggal...yg lain semua kembar 2....

tapi yg ni dapat kembar 4, kembar 3......


Wallhaualam......
Quote jazaa100 19-10-2018 07:29 AM
orang uganda ni rupa mcm indon....

ingatkan orang kampung @trisnalovezul  yg suka membiak klu dapat kawin org msia...
Quote makton 19-10-2018 07:47 AM
ramainya anak2 dia.. mampu bg makan cukup.. luas rezeki dia
Quote Dwdrum 19-10-2018 07:56 AM
Suami jenis begini memang kejam pada bini ..... dasar jantan selfish ....i maksud kan bukan sebab jaga anak atau penat beranak ...tapi dari segi kesihatan ....
Quote rospinki 19-10-2018 08:37 AM
subur..bernaka lepas lepus gitu jah mcm kucin..pastu mcm takde apa2..yg org kita ni berstokin bagai..jalan pun takleh..drama je byk.

ikutkan lepas beranak takde apa pun..ok jer buat keje..cuma kena rajin makan obat dan jaga diri. takyah lembik sgt..sebab lepas beranak memerlukan kita lagi cergas bukan lemau.

up to your mind set lah.

lagipun sana diorg makan ubi / jagung yg dilecek makan mcm tu je..takde gulai lomak ikan keli ke jadah smua tu..janji kenyang je konsepnya..anak 40 takdehal.
Quote rospinki 19-10-2018 08:39 AM
astagfirulaadzim..aku dok gelak2 ni tengok muka sepesen atas tu..siot je
Quote spankee_fili 19-10-2018 08:53 AM
gambar apa yang engkau dustakan ini tt??

tapi kesiannya hidup dia, memang tabah gila..
harap2 anak ramai tu mampu membahagiakan dia, dah laki macam hamjad je perangai..
Quote ipin 19-10-2018 09:31 AM
jazaa100 replied at 19-10-2018 07:25 AM
Macam isteri Nabi Ibrahim, Hawa....
20 kali beranak, dapat 39 orang anak....
sorang je yg lahir tu ...

yg ni nabi dari agama baru ka atau agama indon samdol  .. ?  
Quote abangadek 19-10-2018 09:47 AM
nampak kesedihan dlm mata mak ni, kesian dia.. kuat semangat dia besarkan anak2 sendirian

sohai kau tengok ni, ni baru nama manusia tau beranak tau jaga siap ada harapan nak hantar anak pegi school
Quote dewi 19-10-2018 09:56 AM
kot ye pun nak photoshop kannn  kasi la expression muka tu lain2 sikit
Quote Minami2013 19-10-2018 10:22 AM
Siot je..puas tgk muka sorang2
Quote fox. 19-10-2018 10:34 AM
kot iya pun muka semua sama takkan gigi pun sama sompek gituh. keturunan ke kena sumpahan nih
Quote buapakperut 19-10-2018 12:03 PM
hyperovulate tak ngesek/ cobtraception tak boleh ka. dah 4 team bolasepak dah ni
Quote sepiITUindah 19-10-2018 12:07 PM
patutler rakyat mesia mudah ditipu macau scam
contoh dlm  thread ni  
Quote akakmonaBN 19-10-2018 12:09 PM
sepiITUindah replied at 19-10-2018 12:07 PM
patutler rakyat mesia mudah ditipu macau scam
contoh dlm  thread ni

apa yang kaktom tipu?

jangan menuduh sebarangan, jadi lah rakyat yang bijak.


Quote Suchi 19-10-2018 12:40 PM
Terlalu subur sampai asik beranak kembar je.
Dah tu takleh amik perancang smpai koma plak dia ya so solution nya kena ikat la takpun buang terus la kot uterusnya
Lagi pun dh 44 org anak tu kalau xde rahim tade la ralat sgt sementara nk tunggu dia menopos dan beranak lg 10 org ank.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.058099 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top