CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sembilan Pelajar Termakan Biskut Bercampur Abu Mayat Manusia

18-10-2018 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3068| Komen: 12

Description: Seorang budak perempuan didakwa membawa biskut yang bercampur abu mayat neneknya ke sekolah dan memberikannya kepada sembilan rakan untuk dimakan.
Seorang budak perempuan didakwa membawa biskut yang bercampur abu mayat neneknya ke sekolah dan memberikannya kepada sembilan rakan untuk dimakan.

Kredit foto: https://metro.co.uk

Memetik laporan Berita Harian, pelajar yang tidak dinamakan itu sendiri mendedahkan bahawa biskut yang diberikan kepada rakan sekolahnya bercampur abu mayat manusia.

Menurut Leftenan Paul Doroshov, kejadian yang berlaku di Academy Da Vinci di Davis menyebabkan sesetengah pelajar termakan biskut itu tanpa mengetahui bahan tambahan terbabit.

Tambah Doroshov, dakwaan pelajar itu boleh dipercayai kerana terdapat pelajar lain yang sedar terdapat bahan tambahan namun tetap makan biskut terbabit.

Manakala seorang pelajar, Andy Knox memberitahu stesen televisyen tempatan KCRA, dia dalam perjalanan ke kelas apabila seorang pelajar muda tidak dikenali menawarkan biskut itu mengatakan ia mengandungi ‘bahan istimewa.’


“Saya ingatkan dia memasukkan dadah atau sesuatu. Justeru saya bertanya jika ia biskut ganja atau apa? Pelajar perempuan itu membalas tidak dan mengatakan ia abu mayat datuknya sebelum ketawa. Saya amat terkejut,” kata pelajar lelaki itu.

Polis sedang menyiasat insiden tersebut, menurut beberapa laporan media, setakat ini tiada  sebarang tangkapan dilakukan terhadap pelajar terbabit.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan, Davis Joint Unified School District berkata, pelajarnya selamat dan ‘tiada risiko kesihatan’ terhadap sesiapa yang terbabit.- CARI
12

Bagus
7

Marah
4

Terkejut
10

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minguk 18-10-2018 12:21 PM
tak ada yang reveal kah rasa biskut tu macam mana?
Quote meklalala 18-10-2018 12:23 PM
kecik kecik dah psyco budak ni..harap siasat and bagitau mak ayah suruh bawak pergi hospital..
Quote spiderman80 18-10-2018 12:37 PM
Jika budak ini diasah dengan baik, dia pasti akan menjadi seorang chef yang berjaya kelak.
Biasanya chef2 terkenal hari ini pandai membuat resipi2 yang unik dan luar biasa sewaktu zaman kanak-kanak.
Quote umbut 18-10-2018 12:45 PM
Ciri2 mental..
Quote EvieWanKenobi 18-10-2018 12:58 PM
jahatnya pedajal kat orang..
Quote jazaa100 18-10-2018 01:06 PM
Harap pendek umor.....

Hidup pun mendatangkn masalah pd org lain
Quote kucing_gebu 18-10-2018 01:55 PM
nampak sgt budak ni dah ada ciri2 masalah mental...besar esok lagi dasat dia boleh buat...
Quote ninjago 18-10-2018 02:03 PM
macam pernah dgr biskut mayat org sebut. maybe biskut cream crackers tu eh.. tapi nie gila abu mayat betul dia letak dlm biskut..
Quote Jorja 18-10-2018 02:48 PM
Pasti mgamuk parents budak budak tu
Quote HannahMontana 18-10-2018 03:34 PM
mcm sewel budak permepuan itu

mesti forummer cari yang tingtong ituuuuuuu
Quote zorrro_03 18-10-2018 03:55 PM
banyak tukang masak jenis gila babi sebenarnya.  ada kes letak bungkusan katak dalam periuk.  sampai berbulan2 depa guna kata yang sama.  khasiat pun dah hilang.  


hanat sungguh laaaaa
Quote puanbintang 19-10-2018 08:10 AM
kesian la pulak, kecik lagi..mental kot..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.104151 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top