CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Demi Zuriat Sendiri, Pintu Hati Nikki Bella Sudah Tertutup Untuk John Cena

27-12-2018 12:58 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4948| Komen: 13|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Baru-baru ini Nikki telah ditemubual oleh laman web ET Online dan beliau mengesahkan sudah lama tidak berhubungan dengan bekas tunangnya itu. 'Ya, kami sudah tidak berhubungan' kata Nikki mengesahkan ...
Adakah peluang untuk bintang gusti ternama John Cena dan Nikki Bella untuk bersama semula sudah tertutup rapat?

Kredit Foto: TMZ

Nampaknya itulah yang bakal terjadi. Baru-baru ini Nikki telah ditemubual oleh laman web ET Online dan beliau mengesahkan sudah lama tidak berhubungan dengan bekas tunangnya itu. 'Ya, kami sudah tidak berhubungan' kata Nikki mengesahkan khabar itu. 'Beliau dengan halnya, saya dengan hal saya' tambahnya lagi.

Kredit Foto: Elite Daily

Sebelumnya, pasangan ini menjadi bualan hangat apabila John telah melamar Nikki di Wrestlemania 22 disaksikan ribuan peminat pada tahun 2017 selepas bertahun berhubungan.


Kredit Foto: BlackSportOnline
Walau bagaimanapun, Nikki bertindak memutuskan pertunangan mereka April lalu. Walaupun John cuba memujuknya setengah mati, termasuk merayu secara langsung di sebuah rancangan TV, tetapi Nikki tidak mengendahkannya. Nikki bagaimanapun mengatakan masih menyendiri walaupun sudah berbulan putus hubungan dengan John. 'Ya, saya masih single dan lebih menumpukan perhatian terhadap diri sendiri kini' tambah Nikki dan disokong oleh adiknya Brie Bella.

Kredit Foto: TMZ
Walaupun tidak ada pengumuman rasmi daripada mereka berdua, umum mengetahui bahawa punca utama mereka berpisah ialah keengganan John Cena untuk menjadi bapa. John mengesahkan tidak berminat mempunyai anak, sedangkan Nikki sendiri sangat menginginkan untuk mempunyai anak sendiri. Selepas mendapat kata dua daripada Nikki, John akhirnya mengalah dan bersetuju untuk mempunyai anak. Tetapi Nikki menyedari persetujuan John itu tidak ikhlas dan beliau bertindak menutup pintu hatinya untuk bekas tunangnya itu.

Nampaknya punahlah harapan peminat untuk melihat pasangan paling hangat dalam dunia gusti ini untuk bersatu semula. -CARI
4

Bagus
3

Marah
8

Terkejut
3

Sedih
6

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lkick2113 27-12-2018 01:56 PM
Sayang lah... John Tak nak commitment tu
Quote Orix 27-12-2018 01:57 PM
Motip kaya raya tapi takmo anak ? Ummah meleis yg miskin papa kedana gigih beranak tiap tahun siap hada yg tambah binik lagi walaupun poket sendhoooo
Quote makbedah 27-12-2018 02:39 PM
Mungkin memang tak suka budak kot . I ada kawan mula2 I macam pelik ingatkan dia tipu bila kata tak suka budak then bila ada baby, betul2 menyampah Muka dia bising lah kotor bagai baby tu.
Quote Spicymami 27-12-2018 02:51 PM
Nnt Tetiba time wrestling wwe bella buat gimik announce i am pregnant john pastu john acah2 sedih dn mereka pon berpelukan sblum proceed with wresting balik
Quote miemiecha 27-12-2018 03:13 PM
Orix replied at 27-12-2018 01:57 PM
Motip kaya raya tapi takmo anak ? Ummah meleis yg miskin papa kedana gigih beranak tiap tahun siap h ...

ummah meleis msh berpegang kepada ayat "anak tu rejeki' sistur...

Quote Orix 27-12-2018 03:38 PM
miemiecha replied at 27-12-2018 03:13 PM
ummah meleis msh berpegang kepada ayat "anak tu rejeki' sistur...

Pala hotak dia la anak tu rejeki kalau sedar diri tak mampu nak bagi nafkah sempurna pd anak gigih nak beranak ramai buat apaaaa...... baik ikut ummah kokesen quality over quantity gituhhh
Quote Sang_Pencinta 27-12-2018 03:46 PM
Baguslah berpisah awal nanti kawin tapi tak bahagia
Quote miemiecha 27-12-2018 03:49 PM
Orix replied at 27-12-2018 03:38 PM
Pala hotak dia la anak tu rejeki kalau sedar diri tak mampu nak bagi nafkah sempurna pd anak gigih ...

hahahaha
maroh benor nih

tp betui ape kakak kabo tu,
cumanya, meleis ni kan pantang ayat sedemikian ghoper..
biau anak dok lam kotak kat bangunan x siap xpe, asalkan rejeki anak2...
Quote RamonaFlower 27-12-2018 08:31 PM
Mmg ade org jenis taknak ade anak. Kwn kakak i kahwin dah bertahun tp takmau anak. Kesian suami dia tak tau. One day terpregnant, mengamuk lah kwn kakak i tu siap nak gugur. Tp dia buat perjanjian dgn suami dia, kalau dah beranak dia nak cerai. Skrg enjoy travel sini sana buat tak tahu kt anak dia.
Quote chicozinn 27-12-2018 10:32 PM
Yeke kaka mona??hmm..cm nenek meollss je perangai kwan kaka tu..ayah meollss tu nenek n atok dia jaga pas hbis pantang sebab nenek meollss xleh trima mngndung pas kne kawen awal..sma la nenek meollss cerai pas bersalin n smpai ayh meollss smpai ke tua still cm dendam ngn mak dia sendiri sebab dia smpai umo 14 thun bru mak dia nak bela tu pun time cuti skola je sbab dah ade laki baru kekdahnya..pendek citer jaga la hti anak tu, sbb dia simpan perasaan lagi2 ble zaman kcik xdihargai..
Quote annehuda 28-12-2018 08:24 AM
ok la die terus terang taknak anak. kalau meleis kite ni anak tu wajib ada walaupun hakikatnye ko tak mampu jadi parents yg bertanggungjawab kt anak2 ko, yg penting ada sbb taknak kene kutuk mandul.
Quote teky 28-12-2018 03:02 PM
kayu jati john cena dalam citer bumblebee...
Quote gideoncross 2-1-2019 07:47 PM
annehuda replied at 28-12-2018 08:24 AM
ok la die terus terang taknak anak. kalau meleis kite ni anak tu wajib ada walaupun hakikatnye ko ta ...

Yg ni klakar. Haha.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.045538 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top