CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fasih Berbahasa Melayu, Ahli Parlimen DAP Terharu Dipuji Zahid & Zainuddin

6-8-2018 12:46 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2818| Komen: 9

Description: Berikutan berjaya mengendalikan persidangan Dewan Rakyat dengan baik, khususnya fasih berbahasa Melayu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming menarik perhatian pelbagai pihak.
Berikutan berjaya mengendalikan persidangan Dewan Rakyat dengan baik terutamanya fasih berbahasa Melayu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming menarik perhatian pelbagai pihak.


Antaranya Ketua Pembangkang yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Kredit foto: FMT 

Memetik laporan Astro Awani, Ahli Parlimen Teluk Intan itu berkata dia terharu dengan pujian yang diterima. 

Tambahnya, minat belajar Bahasa Melayu bermula daripada ibunya yang berasal dari Kelantan. 

"Dia merupakan seorang kerani di sekolah tapi setiap malam dia akan ajar saya bahasa Melayu. Sejak itu saya sudah jatuh cinta dengan bahasa Melayu, kerana saya percaya bahasa Nusantara ini bahasa yang cukup indah sekali."


Beliau berkata demikian ketika wawancara bersama Utusan Online baru-baru ini.

“Ketika SPM, saya dapat A untuk Bahasa Melayu dan saya bersyukur ketika STPM saya dapat A untuk Kesusasteraan Melayu dan A untuk Sejarah Islam, menjadikan saya pelajar pertama di ACS Sitiawan mendapat A dalam sejarah 100 tahun,” katanya.

Jelasnya, pengalaman 20 tahun sebagai wakil rakyat banyak membantu tugas baharunya itu.

"Saya sedar tanggungjawab ini merupakan satu amanah yang cukup penting."

"Sebagai peguam yang berlatar belakang undang-undang, saya berasa cukup sinonim dengan Peraturan-peraturan Tetap Mesyuarat."

Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Remis selama tiga penggal sebelum menjadi Ahli Parlimen Taiping dan Teluk Intan.- CARI
8

Bagus
21

Marah
10

Terkejut
16

Sedih
13

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zidane_ziege 6-8-2018 08:41 AM
Cina komunis nga kor ming lebih adil terhadap pembangang melayu berbanding pandikar sabah..
Quote kucingitam 6-8-2018 10:09 AM
aku tak tau kenapa orang macam benci, takut sangat ke dia ni. Ye la, lepas je keputusan PRU ritu, terus viral kata dia bakal jd MB dan habislah tanah2 melayu kat perak kena jual..camtu la lebih kurang.. jahat sangat ke dia?
Quote cmf_almondpecan 6-8-2018 10:20 AM
kucingitam replied at 6-8-2018 10:09 AM
aku tak tau kenapa orang macam benci, takut sangat ke dia ni. Ye la, lepas je keputusan PRU ritu, te ...

Menurut beberapa ramai ahli2 DAP Perak, ada yg meluat dgnnya sbb pelbagai isu. Cuba tanya Fong Po Kuan bekas MP Batu Gajah. Ada juga yg kaitkan dgn sbb Hee Yit Fong bekas ADUN DAP yg lompat bersama 2 ADUN PKR menyebabkan kerajaan Perak masa tu runtuh. Kalau benar, harap2 insaflah sedikit sebanyak lepas PRU14 hari tu.

Quote kucingitam 6-8-2018 10:27 AM
cmf_almondpecan replied at 6-8-2018 10:20 AM
Menurut beberapa ramai ahli2 DAP Perak, ada yg meluat dgnnya sbb pelbagai isu. Cuba tanya Fong Po  ...

haha..aiyo..jgnlah suruh iols gi tanya Fong Po tu..
yang iols tau org2 umno mmg benci amat dgn nga ni..


Quote missbelladania 6-8-2018 10:50 AM
zidane_ziege replied at 6-8-2018 08:41 AM
Cina komunis nga kor ming lebih adil terhadap pembangang melayu berbanding pandikar sabah..

agree 200%

Quote ChildrenOfBodom 6-8-2018 11:23 AM
aku tgk Nga Kor Ming ni mcm betui2 enjoy dgn tugas dia sbg Timbalan Speaker
Quote 華沙論賤 6-8-2018 11:57 AM
Klo bangla boleh cakap Melayu fasih dalam dua minggu, ngape Cina x boleh
Quote alesandra 6-8-2018 12:12 PM
ramai je cina dap fasih ckp melayu lagi helok dari cina mca.cuma cina ni bezanya samada kurang pelat atau tak je.koming ni antara yg kurang pelat..
Quote am2020 30-10-2018 01:32 PM
Cina klntn..terengganu..kedah elok je cakap slang negeri masing2..x heran pon..cina kl je byk x tau ckp melayu...rasis pon rasis...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.064628 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top