CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1936|Reply: 9

[Tempatan] Fasih Berbahasa Melayu, Ahli Parlimen DAP Terharu Dipuji Zahid & Zainuddin

[Copy link]
Post time 6-8-2018 08:37 AM | Show all posts |Read mode
[size=3]Berikutan berjaya mengendalikan persidangan Dewan Rakyat dengan baik terutamanya fasih berbahasa Melayu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming menarik perhatian pelbagai pihak.[/size]
[size=3]
[/size]
[size=3]Antaranya Ketua Pembangkang yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.[/size]
[size=3]
[/size]
[url=https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/06/124328x4ud4wgpdj4s81pt.jpg][img]https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201808/06/124328x4ud4wgpdj4s81pt.jpg[/img][/url]Kredit foto: FMT



[size=3]Memetik laporan Astro Awani, Ahli Parlimen Teluk Intan itu berkata dia terharu dengan pujian yang diterima. [/size]
[size=3]
[/size]
[size=3]Tambahnya, minat belajar Bahasa Melayu bermula daripada ibunya yang berasal dari Kelantan. [/size]
[size=3]
[/size]
[size=3]"Dia merupakan seorang kerani di sekolah tapi setiap malam dia akan ajar saya bahasa Melayu. Sejak itu saya sudah jatuh cinta dengan bahasa Melayu, kerana saya percaya bahasa Nusantara ini bahasa yang cukup indah sekali."[/size]
[size=3]
[/size]
[size=3]Beliau berkata demikian ketika wawancara bersama Utusan Online baru-baru ini.[/size]
[b][i][size=3]
[/size][/i][/b]
[size=3][b][i]“Ketika SPM, saya dapat A untuk Bahasa Melayu dan saya bersyukur ketika STPM saya dapat A untuk Kesusasteraan Melayu dan A untuk Sejarah Islam, menjadikan saya pelajar pertama di ACS Sitiawan mendapat A dalam sejarah 100 tahun,”[/i][/b] katanya.[/size]
[size=3]
[/size]
[size=3]Jelasnya, pengalaman 20 tahun sebagai wakil rakyat banyak membantu tugas baharunya itu.[/size]
[size=3]
[/size]
[b][i][size=3]"Saya sedar tanggungjawab ini merupakan satu amanah yang cukup penting."[/size][/i][/b]
[b][i][size=3]
[/size][/i][/b]
[b][i][size=3]"Sebagai peguam yang berlatar belakang undang-undang, saya berasa cukup sinonim dengan Peraturan-peraturan Tetap Mesyuarat."[/size][/i][/b]
[size=3]
[/size]
[size=3]Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Remis selama tiga penggal sebelum menjadi Ahli Parlimen Taiping dan Teluk Intan.- [b]CARI[/b][/size]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2018 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Cina komunis nga kor ming lebih adil terhadap pembangang melayu berbanding pandikar sabah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2018 10:09 AM | Show all posts
aku tak tau kenapa orang macam benci, takut sangat ke dia ni. Ye la, lepas je keputusan PRU ritu, terus viral kata dia bakal jd MB dan habislah tanah2 melayu kat perak kena jual..camtu la lebih kurang.. jahat sangat ke dia?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2018 10:20 AM | Show all posts
kucingitam replied at 6-8-2018 10:09 AM
aku tak tau kenapa orang macam benci, takut sangat ke dia ni. Ye la, lepas je keputusan PRU ritu, te ...

Menurut beberapa ramai ahli2 DAP Perak, ada yg meluat dgnnya sbb pelbagai isu. Cuba tanya Fong Po Kuan bekas MP Batu Gajah. Ada juga yg kaitkan dgn sbb Hee Yit Fong bekas ADUN DAP yg lompat bersama 2 ADUN PKR menyebabkan kerajaan Perak masa tu runtuh. Kalau benar, harap2 insaflah sedikit sebanyak lepas PRU14 hari tu.

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2018 10:27 AM | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 6-8-2018 10:20 AM
Menurut beberapa ramai ahli2 DAP Perak, ada yg meluat dgnnya sbb pelbagai isu. Cuba tanya Fong Po  ...

haha..aiyo..jgnlah suruh iols gi tanya Fong Po tu..
yang iols tau org2 umno mmg benci amat dgn nga ni..


Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2018 10:50 AM | Show all posts
zidane_ziege replied at 6-8-2018 08:41 AM
Cina komunis nga kor ming lebih adil terhadap pembangang melayu berbanding pandikar sabah..

agree 200%

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2018 11:23 AM | Show all posts
aku tgk Nga Kor Ming ni mcm betui2 enjoy dgn tugas dia sbg Timbalan Speaker
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2018 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Klo bangla boleh cakap Melayu fasih dalam dua minggu, ngape Cina x boleh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2018 12:12 PM | Show all posts
ramai je cina dap fasih ckp melayu lagi helok dari cina mca.cuma cina ni bezanya samada kurang pelat atau tak je.koming ni antara yg kurang pelat..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Cina klntn..terengganu..kedah elok je cakap slang negeri masing2..x heran pon..cina kl je byk x tau ckp melayu...rasis pon rasis...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.048119 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list