CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JPN Nafi Terima Permohonan Sajat

27-7-2018 10:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5928| Komen: 28

Description: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tidak menerima sebarang permohonan daripada Nur Sajat Kamaruzzaman untuk mengubah status jantina pada kad pengenalan miliknya.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tidak menerima sebarang permohonan daripada Nur Sajat Kamaruzzaman untuk mengubah status jantina pada kad pengenalan miliknya.


Kredit foto: BH Online/NSTP

BH Online melaporkan, Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Razin Abdullah menjelaskan JPN tidak menghalang individu memohon untuk menukar status jantina pada kad pengenalan, namun ia perlu melalui prosedur ditetapkan.

"Dalam proses permohonan penukaran jantina (pada kad pengenalan), ada beberapa aspek yang akan dilihat, iaitu dokumen kelahiran yang disahkan oleh doktor.

"Di dalam sijil kelahiran terdapat tiga kategori jantina yang diletakkan iaitu lelaki, perempuan dan diragui.


"Sekiranya jantina individu berkenaan (yang memohon menukar jantina pada kad pengenalan) disahkan oleh doktor sebagai kategori diragui, mereka boleh mengemukan permohonan untuk memilih salah satu jantina yang lebih dominan apabila sudah dewasa," katanya.

Bagaimanapun, Mohammad Razin mengakui pihaknya pernah menerima dan menolak permohonan individu yang mahu menukar jantina asal pada dokumen mereka kerana bertentangan dengan dasar JPN.

"Kalau dalam sijil lahir mereka, jantina adalah lelaki, maka kami tidak akan menerima permohonan individu berkenaan untuk menukar jantina sebagai perempuan dalam sebarang dokumen," katanya.

Laporan sebelum ini menyebut usahawan kosmetik terkenal itu enggan mengulas lanjut isu mendakwa dirinya ke Ibu Pejabat JPN di Putrajaya untuk mengubah status jantina pada kad pengenalan pada Jumaat lalu.


Kredit foto: IG Sajat

Sajat, bagaimanapun bertegas bahawa dirinya diam tidak bermakna dia melakukan perkara itu dan meminta diberikan ruang privasi kepadanya. - CARI
34

Bagus
33

Marah
43

Terkejut
44

Sedih
25

Lawak
42

Bosan

Friends Rank (221 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sekel 26-7-2018 04:00 PM
tu yg nk kawin sangat

baru bole pregnant kan
Quote sharlenetexas 26-7-2018 04:03 PM
Teringat scene filem shumi, ida nerina berlakon jd acik gomen jpn pakai tudung itik.
Quote manehnya 26-7-2018 04:08 PM
harap2 kepilkan skli ngan report clinical test yg hang tu pepmpuan, bukan takat tulis2 je hg tu pompuan sbb dah alter bobies n nonok hg tu
Quote SWORKS27 26-7-2018 04:20 PM
kalau dia kawin sekali pun, sperma nanti nak cari ovum kat mana?
Quote batmana 26-7-2018 04:27 PM
SWORKS27 replied at 26-7-2018 04:20 PM
kalau dia kawin sekali pun, sperma nanti nak cari ovum kat mana?

cari kt kedai hardware
Quote noor2 26-7-2018 04:29 PM
Betul ka dia tak ambil pusing. .tak marah...hehe

[youtube]TDHTGfOMRRE[/youtube]
Quote kucingTomey 26-7-2018 04:32 PM

hahahaha....bukan kedai half cut ke der...hahahahah

Quote Modngengade 26-7-2018 05:15 PM
JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tidak menerima permohonan daripada usahawan kosmetik dan selebriti Nur Sajat Kamaruzzaman untuk mengubah status jantina pada MyKad miliknya.

Semakan JPN mendapati Nur Sajat tiada membuat permohonan di Ibu Pejabat JPN di Putrajaya pada Jumaat lalu seperti didakwa.

Difahamkan, sebelum ini Nur Sajat pernah memohon untuk mengubah status jantina pada MyKadnya, namun ditolak JPN.

Ketua Pengarah JPN Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, pihaknya tidak menghalang individu yang mahu membuat permohonan menukar jantina mereka pada MyKad, namun perkara itu akan diteliti terlebih dulu mengikut prosedur ditetapkan.

“Dalam proses permohonan penukaran jantina (pada MyKad), ada beberapa aspek akan dilihat iaitu dokumen kelahiran yang disahkan oleh doktor.

“Di dalam sijil kelahiran terdapat tiga kategori jantina yang diletakkan iaitu lelaki, perempuan dan diragui.

“Sekiranya jantina individu berkenaan (yang memohon menukar jantina pada MyKad) disahkan oleh doktor sebagai kategori diragui, mereka boleh mengemukakan permohonan untuk memilih salah satu jantina lebih dominan apabila sudah dewasa," katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan menolak permohonan daripada individu yang sudah disahkan jantinanya sejak dilahirkan oleh doktor seperti tertera pada sijil lahir.

“Sebelum ini, kami pernah menerima permohonan daripada individu yang mahu menukar jantina asal pada dokumen mereka, namun ditolak kerana perkara itu bertentangan dengan dasar JPN.

“Kalau dalam sijil lahir mereka, jantina adalah lelaki, maka kami tidak akan menerima permohonan individu berkenaan untuk menukar jantina sebagai perempuan dalam sebarang dokumen,” katanya.

Terdahulu, Sajat dilaporkan enggan menjawab apabila dia didakwa pergi ke Ibu Pejabat JPN di Putrajaya, baru-baru ini untuk mengubah status jantina pada MyKad.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Julai 2018 @ 4:16 PM
Quote annabellaruz2 26-7-2018 05:22 PM
manehnya replied at 26-7-2018 05:08 PM
harap2 kepilkan skli ngan report clinical test yg hang tu pepmpuan, bukan takat tulis2 je hg tu pomp ...

fefetnya kembung smcm klu dia pakai seluar ketat..
macam terseksa sesak nafas gitu..ahahaha

klu wanita asli, bila pakai seluar ketat, tp fefet temban, tak la kembung macam fefet sajat..


Quote manehnya 27-7-2018 09:55 AM
annabellaruz2 replied at 26-7-2018 05:22 PM
fefetnya kembung smcm klu dia pakai seluar ketat..
macam terseksa sesak nafas gitu..ahahaha

bam jat ni.. selalu kepit kat situuu.. pumpuan sejati x de je nk kepit je..

yg kembong semacam tu isi lebih kot
Quote aleesyasofia 27-7-2018 11:57 AM
sajat dah bersuara..

sumber utube
[youtube]QDiTmof8ifE[/youtube]
Quote pia250110 27-7-2018 12:14 PM
paham x kite ponpuan..kite ponpuan...


Quote unoryah 27-7-2018 12:49 PM
sharlenetexas replied at 26-7-2018 04:03 PM
Teringat scene filem shumi, ida nerina berlakon jd acik gomen jpn pakai tudung itik.

Waris Jari Hantu kan?

x lupa raut muka serba salah Ida Nerina dlm scene tu


Quote sharlenetexas 27-7-2018 01:38 PM
unoryah replied at 27-7-2018 12:49 PM
Waris Jari Hantu kan?

x lupa raut muka serba salah Ida Nerina dlm scene tu

Mmg menjadi kan dia berlakon. Sebijik acik gomen. Itulah scene paling aku ingat filem Waris Jari Hantu.
Quote chazey 27-7-2018 01:41 PM
Boleh tak korang setop layan or bagi limelight kqt bapok ni? Akak yakin dia mati sekalipun beras kat rumah korang tak berkurang dek. So, why bother?
Quote ekselen 27-7-2018 02:15 PM
Adehhh...punya la senyum simpul, sekali bukak mulut hamik kaww..sore ponde daaaa
Quote whadda 27-7-2018 04:08 PM
ye lah enggan komen.. meroyan je satu hari ni kat ig
Quote sinalegna 27-7-2018 04:10 PM
unoryah replied at 27-7-2018 12:49 PM
Waris Jari Hantu kan?

x lupa raut muka serba salah Ida Nerina dlm scene tu

Life imitates art, art imitates life
Quote unoryah 27-7-2018 04:45 PM
sharlenetexas replied at 27-7-2018 01:38 PM
Mmg menjadi kan dia berlakon. Sebijik acik gomen. Itulah scene paling aku ingat filem Waris Jari H ...

dia memang pelakon hebat
sayang dah tak berlakon lagi


Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.069126 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top