CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Duit Kerajaan Dah Ambil, Tapi Filem Ke Laut ?" - Michael Ang Selar Pengarah

27-7-2018 03:28 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 8353| Komen: 22|Original author: Oleh: Suzy

Description: Eh betul ke ada pengarah ambil duit yang disalurkan oleh kerajaan terdahulu tetapi tidak menghasilkan filem yang sepatutnya? Patutla industri filem lembab dan kurang berkembang. Ada dana dan bantuan o ...


Eh betulkah ada pengarah ambil duit yang disalurkan oleh kerajaan terdahulu, tetapi tidak menghasilkan filem yang sepatutnya? Patutlah industri filem lembab dan kurang berkembang. 

Ada dana dan bantuan oleh pihak tertentu, tetapi hasilnya tidak dapat dituai. Isu ini sebenarnya dicetuskan pengarah drama dan filem romantik komedi Michael Ang. 



Dalam satu muat naik di akaun Instagram miliknya, Michael atau Mike menyelar segelintir pengarah dan penerbit yang tidak amanah selepas mendapat geran atau bantuan daripada kerajaan pimpinan Barisan Nasional terdahulu. 

Kapsyen panjang lebar di bawah foto Perdana Menteri Dr mahatihir itu menyebut tentang sesetengah pihak yang meminta geran dan bantuan daripada kerajaan hanya bertujuan untuk cepat kaya. 

Mike juga menyebut beberapa filem yang dikatakan gagal diterbitkan oleh pihak yang dianugerahkan geran tersebut seperti filem berkenaan Tasik Cini, filem tentang perang Laut Cina dan pelbagai lagi. 

Menurutnya, wang tersebut telah diambil tetapi status filem tidak diketahui. Dalam kapsyen itu juga, Mike memohon supaya penggiat seni tidak lagi membangkitkan isu bantuan kerana baginya lebih baik menumpukan pada isu hak cipta, royalti, duti hiburan dan cukai-cukai lain.


Biarpun isu yang dibangkitkan ini agak berat, nampaknya netizen memberikan pandangan berbeza pada posting tersebut. Netizen mula mempertikaikan drama dan filem keluaran Mike yang dikatakan murahan dan berunsurkan cinta saja. 

Mike yang agak bengang dengan kenyataan tersebut membidas komen netizen itu dengan menyatakan dia menghasilkan produk hiburan menggunakan modalnya sendiri. 

Agaknya, siapa pengarah yang mengambil wang kerajaan tetapi tidak amanah tu ya? Netizen ada meneka beberapa nama, tetapi belum tentu sama ada ia sahih atau tidak. Harap filem yang diusahakan dapat disaksikan kelak. Sama-sama kita nantikan. - CARI
16

Bagus
9

Marah
12

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 27-7-2018 03:51 PM
hai mekal ang
Quote Lorra2411 27-7-2018 04:05 PM
ada kembar tu pun makan duit gomen dulu kan. ntah mana movie tu. tak keluar keluar pun. sampah betul org makan duit rakyat ni.
Quote Thanatus 27-7-2018 04:31 PM
filem Tasik Chini tuu Finas bagi 4 juta katanya... sampai sekarang masih tak nampak lagi naga tasik chini
Quote dekmieDandy 27-7-2018 04:48 PM
Thanatus replied at 27-7-2018 08:31 AM
filem Tasik Chini tuu Finas bagi 4 juta katanya... sampai sekarang masih tak nampak lagi naga tasik  ...

naga tasik tengah nyorok

boikot tengok pembalakan kat situ
Quote melnanzz 27-7-2018 05:35 PM

Mike ada kat forum ni eh? Apa nick Mike?
Quote WajibulGhunah 27-7-2018 06:48 PM
kalau cter dah bagus pun tp pelakon amek yg hauk pun problem jdk
I ramai turn off dgn cter paskal sbb hero dia

So malaysia ni dana org dah bg untk buat cter psl historical / patriotic tp malangnya producer/director buta ke apa menonong amek pelakon tah hape2
Satu2 masalah dgn industri seni malaysia ni
Quote Suchi 27-7-2018 09:16 PM
Thanatus replied at 27-7-2018 04:31 PM
filem Tasik Chini tuu Finas bagi 4 juta katanya... sampai sekarang masih tak nampak lagi naga tasik  ...

Oh buat cite pasal naga tu ke? Kalo nk buatlah naga tu sehebat naga pilem hobbit tu.
Seronok gak baca pasal naga tasik chini ni kt bod mitos tu.
Pasal konon kalo bah besar kat pahang berlaku maknanya naga nk kuar lah, pastu naga tu pun ade kaitan ngn ular besar kt sg kt sarawak tu.
Quote prettyuglybabe 28-7-2018 12:32 AM
melnanzz replied at 27-7-2018 05:35 PM
Mike ada kat forum ni eh? Apa nick Mike?

ada je.. dulu aktif kat board drama promo drama beliau.. la ni tatau la.. kat thread masterchef dulu ada beliau mencemar duli
Quote samshik 28-7-2018 01:01 AM
Lorra2411 replied at 27-7-2018 04:05 PM
ada kembar tu pun makan duit gomen dulu kan. ntah mana movie tu. tak keluar keluar pun. sampah betul ...

Oh yeszaaa.. Juta2 kot deme dpt..
Quote Supersirap 29-7-2018 11:39 AM
Harus ada idea yang lebih baik seperti pengarah-pengarah filem daripada negara asing, bukannya mahu memuji mereka, tetapi realiti rata-rata filem yang dihasilkan di Malaysia adalah jauh beza dari segi kualiti penceritaan serta mutu lakonanan yang amat menduka citakan
Quote sharlenetexas 29-7-2018 05:30 PM
Thanatus replied at 27-7-2018 04:31 PM
filem Tasik Chini tuu Finas bagi 4 juta katanya... sampai sekarang masih tak nampak lagi naga tasik  ...

Cadangan filem tu masa Rafie Husin masih hidup kalau tak silap.
Quote awanearisu 29-7-2018 05:35 PM
Patut lah peruntukan nak dihentikan.
Quote rogayahtop 29-7-2018 07:59 PM
Tak baik tau. Kang ada sorang yg meraung lagi depan mahkamah. Yg sorang lagi pulak seronok la masuk dlm. Orange is the new black gitu.
Quote Nenasketum 29-7-2018 08:56 PM
Lorra2411 replied at 27-7-2018 04:05 PM
ada kembar tu pun makan duit gomen dulu kan. ntah mana movie tu. tak keluar keluar pun. sampah betul ...

Kembar tu sama macam pakcik mereka yang kekonon aktivis melayu/islam.
Quote shastore 30-7-2018 08:51 AM
Siapekah kembar itu...
Quote itsmeshikin 30-7-2018 09:07 AM
Lorra2411 replied at 27-7-2018 04:05 PM
ada kembar tu pun makan duit gomen dulu kan. ntah mana movie tu. tak keluar keluar pun. sampah betul ...

adik beradik Johor tu ker uols?

Quote nadihazza 30-7-2018 09:56 AM
Nenasketum replied at 29-7-2018 08:56 PM
Kembar tu sama macam pakcik mereka yang kekonon aktivis melayu/islam.

sapakah gerangan si kemba itew??
Quote lumie 30-7-2018 09:59 PM
Kembar ? Sapekah ? Iols terbayang kru. Bkn eh?
Quote chazey 30-7-2018 10:29 PM
melnanzz replied at 27-7-2018 05:35 PM
Mike ada kat forum ni eh? Apa nick Mike?

Nama dia. Lamaaaa dulu zaman belom pemes selalu masuk sini promot drama dia. Bila porumer menghanjeng drama dia, dia balas baik2 jah zaman tu. Now bila dah pemes, dia pulok yang hanjengkan netizens. Nick pon terus lesap.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.057438 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top