CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Semua Salah Angah!" - Pasangan Kembar Dicekup 'Dating' Di Tangga Sekolah

27-7-2018 11:46 AM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 9706| Komen: 27|Original author: Oleh: Ain

Description: Kesian pasangan kembar ini, tak pasal-pasal kena 'tangkap basah' dengan cikgu. Itulah, siapa suruh berdua-duaan di tangga sekolah selepas sesi persekolahan. Kan dah malu nak ke sekolah.
Kesian pasangan kembar ini, tak pasal-pasal kena 'tangkap basah' dengan cikgu. Itulah, siapa suruh berdua-duaan di tangga sekolah selepas sesi persekolahan. Kan dah malu nak ke sekolah.


Insiden melucukan itu berlaku ketika pasangan berkenaan, Syazwan dan Syazwani, 14, menunggu kakak mereka untuk menjemput pulang.



Kisah itu tular di laman sosial apabila kakak kepada pasangan kembar itu, Syahirah Shafawiza, 22, memuat naik kisah lucu mereka di Insta Storynya.


Esok aku tak nak pergi sekolah!



Memetik mStar Online, Syahirah atau panggilan mesranya Angah sepatutnya menggantikan bapanya untuk menjemput pasangan kembar terbabit yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf di Batu Gajah, Perak, namun terlewat kerana perlu menjemput seorang lagi adiknya berusia 11 tahun di sekolah berasingan.

Dek kerana lewat tiba, Syazwan dan Syazwani memutuskan untuk menunggunya di tingkat tiga bangunan sekolah selepas tamat sesi persekolah sebelah pagi.


Ini semua salah Angah!




Cikgu baru



Menurut Syahirah, dia dimarahi bapanya selepas menceritakan insiden itu kepada keluarga mereka.

“Ayah marah saya sebab lambat ambil mereka kat sekolah. Sebab saya lambat ambillah, kan adik-adik dah kena tegur sebab berdua-duaan,” katanya kepada mStar Online.

Mengulas mengenai guru yang 'mencekup' kedua beradik yang mesra dengan panggilan Abang dan Kakak itu, Syahirah menjelaskan tiada perkara serius berlaku kerana semuanya hanya salah faham.

“Guru tu mungkin baru atau tak kenal adik-adik saya ni sebenarnya kembar. Jadi, dia mungkin ingat Kakak dan Abang tu pasangan kekasih," katanya.

Gara-gara kejadian itu, sekolah mereka diserbu wartawan untuk bertemu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM).





Rata-rata netizen terhibur dengan insiden melucukan yang berlaku kepada pasangan kembar terbabit.


Takkan cikgu baru tu nak pindah sekolah balik?


Kredit foto: Twitter

Alahai, kenapalah mereka menunggu di tingkat atas bangunan sekolah yang sudah sunyi tanpa murid lain. Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada semua orang supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh membangkitkan fitnah, okey? - CARI
25

Bagus
23

Marah
33

Terkejut
25

Sedih
29

Lawak
36

Bosan

Friends Rank (171 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 27-7-2018 12:00 PM
Cikgu bangang. Dengar explanation tak boleh ke?
Quote manehnya 27-7-2018 12:12 PM
yg kembar perempuan tu comel sgtt!!

msti best ada twin cam ni.. alaa haiii
Quote palmolive 27-7-2018 12:16 PM
cikgu tu dulu sekolah taliban kah?
Quote kucingitam 27-7-2018 12:17 PM
hahaha...kesian cikgu kena troll
Quote Skuau 27-7-2018 12:19 PM
munchkin replied at 27-7-2018 12:00 PM
Cikgu bangang. Dengar explanation tak boleh ke?

apabila depa yg ada kuasa selalu fikir depa.... always right.....
Quote Artemesiaa 27-7-2018 12:23 PM
Sian jadi mangsa salah faham cikgu pun bertindak melulu jer tampa cari tahu hal sebenar.  Maklum ler tak ramai yang kember berlainan jantina macam mereka ni.
Quote shernazz 27-7-2018 12:47 PM
Biasa la tu..maybe slalu nampak couple.lain berduaan.

Nampak.yang ni..trus serang..
Tp wartawan xde cite lain.ke siap jumpa.pk hem.sekolah tu?
Quote shernazz 27-7-2018 12:47 PM
Budak pompuan tu cm anak.iols yg sulung..huhu...
Quote nasha82 27-7-2018 01:01 PM
siap dgn wartawan pegi sana.
Quote Foxey 27-7-2018 01:19 PM
suka tengok kembar ni, comel. kelakar kena tangkap disangka berdua2an, padahal adik-beradik kot. mesti cikgu dia rasa termalu sikit sbb tak dengar dulu explanation.
Quote stargazer20 27-7-2018 02:02 PM
kenapa lah cikgu tu tak tanya dulu nama dan dengar penjelasan mereka?asyik nak menghukum je..kan dah mengaibkan namanya...







Quote stargazer20 27-7-2018 02:04 PM
palmolive replied at 27-7-2018 12:16 PM
cikgu tu dulu sekolah taliban kah?

mungkin juga,sebab tu bertindak mcm tu..dah jadi cikgu merangkap pegawai jais
Quote krustykrab 27-7-2018 02:19 PM
citer mcm ni pun wartawan nak sibuk
Quote tri-max 27-7-2018 02:21 PM
apada, cikgu ada masa nak jerit smpi tgkt 3
tapi takde masa dgr explanation anak murid
yada... yada.. much
Quote merrissa 27-7-2018 02:33 PM
kahkahkah aku pon pernah kene macam cikgu ni....maluuu siotttt

sampai la ni aku kene gelak wakkakakaka

tp atleast xde la aku tak dgr penjelasan kawan aku tu..xde la sampai wartawan nak crik aku wakkakakaka
Quote merrissa 27-7-2018 02:34 PM
kenapalah mereka menunggu di tingkat atas bangunan sekolah yang sudah sunyi tanpa murid lain


tu port deme kot....sejuk berangin kat tingkat atas
Quote myakayina 27-7-2018 02:38 PM
kembar sepasang..mesti rapat kan.. klu org tak tau mesti ingat kapel..
Quote armin 27-7-2018 02:51 PM
Ni kisah baru ke lama? Sebab tulis atas tu umur budak tu dah 22tahun.
Quote WajibulGhunah 27-7-2018 04:13 PM
armin replied at 27-7-2018 02:51 PM
Ni kisah baru ke lama? Sebab tulis atas tu umur budak tu dah 22tahun.

Kakak kepada pasangan kembar 22, pasangan kembar 14

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.123123 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top